Saturday, May 2, 2009

MENGAPA ANGKASA MASIH BELUM INGIN MENUBUHKAN YAYASAN ANGKASA?

30 April 2009-
Ekoran dari seorang wakil Koperasi dari Perak membangkitkan isu bilakah ANGKASA mahu menubuhkan YAYASAN dalam sesi soal jawab Seminar Keusahawan Angkasa 23 April , di Bukit Merah Perak, maka wartawan Koperasi2009 telah mendapatkan sedikit latar belakang proposal Yayasan tersebut.

Untuk makluman bahawa perkara penubuhan Yayasan ANGKASA ini telah bertahun-tahun disarankan oleh perwakilan koperasi pada mesyuarat Agung tahunan Angkasa, namun masih belum menjadi. Sedangkan baru-baru ini Yayasan Bank Rakyat telah berjaya dilancarkan oleh Menteri pada mesyuarat Bank Rakyat April 2009.

Adakah soal politiking lebih besar dalam ANGKASA melebihi faedah kemajuan ekonomi dan pendidikan kepada koperasi-koperasi gabungannya?


YAYASAN ANGKASA
( Di cadangkan oleh Jawatankuasa TAPAK ANGKASA )

CADANGAN AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN ANGKASA


1. Pengerusi

YDP ANGKASA (2009 )


2. Setiausaha @ Pengganti Pengerusi

Pengerusi Jawatankuasa TAPAK ( NYDP 2009 )


3. Ahli-Ahli

I. Top 3, 2009(Timbalan Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua ANGKASA)
II. 4 Ahli Jawatankuasa TAPAK
III. Wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SMK)




CADANGAN SUMBER DANA YAYASAN ANGKASA

1. Sumbangan tahunan ANGKASA dari budget Pinjaman Pelajaran RM500,000.00

2. Sumbangan tahunan dari SKM KWAP Pendidikan RM1,000,000.00

3. Sumbangan dari koperasi hasil dari pelepasan cukai RM500,000.00


STRUKTUR TADBIR URUS YAYASAN ANGKASA

i. LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

ii. PANEL PEMANTAU SYARAK

iii. PENGURUS BESAR

iv. PENGURUS JABATAN
OPERASI


v. PENGURUS JABATAN OPERASI
PENGURUS JABATAN PENTADBIRAN & KEWANGAN

vi. STAF


VISI, MISI, MATLAMAT DAN OBJEKTIF

VISI

· Berusaha untuk mempertingkatkan taraf pendidikan golongan Anggota Koperasi bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi menerusi bidang ilmu dan pendidikan.

MISI

· Menerima dan mentadbir dana yang disumbangkan oleh ANGKASA, koperasi – koperasi besar dan sumbangan daripada anggota-anggota Pelanggan BPA yang ingin menyumbang.
· Membangunkan golongan Anggota Koperasi dengan menyediakan prasarana serta bantuan pendidikan yang menepati kehendak semasa
· Mewujudkan ahli koperasi yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, memiliki sosio-ekonomi yang teguh dan berjasa kepada bangsa dan negara
· Menjadi penyumbang kepada pembangunan modal insan negara.

MATLAMAT

· Matlamat utama penubuhan Yayasan ANGKASA ialah untuk menyediakan bantuan dan perkhidmatan bagi membangunkan koperasi ke arah peningkatan ilmu pengetahuan ke peringkat pembelajaran yang lebih tinggi.

OBJEKTIF

· Membina dan meningkatkan taraf pendidikan kepada golongan koperasi untuk memberi biasiswa dan pembiayaan kepada yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di IPTA / IPTS.

· Menjaga dan menguruskan perihal urusan pemberian biasiswa atau pembiayaan pinjaman kepada yang berkelayakan dan telah diterima masuk atau sedang mengikuti kursus bagi peringkat sarjana ,ijazah sarjana lanjutan dan Doktor Falsafah yang difikirkan oleh Yayasan layak menerima biasiswa atau pinjaman bagi tujuan pengajian mereka di IPTA / IPTS.

· Menyediakan perkhidmatan mengurus, mentadbir dan memungut bayaran pembiayaan / pinjaman yang diberikan.

· Menyelaras dan melaksanakan Program – Program Pendidikan dan Kemahiran kepada anggota, anak anggota, kakitangan Koperasi Ahli ANGKASA dan Anak Kakitangan ANGKASA

· Memberi bantuan dan sokongan kepada mana – mana organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia ( LHDN ).


AKTIVITI YAYASAN ANGKASA

a. Bantuan Kewangan Pendidikan

· Biasiswa

Biasiswa ditawarkan bagi pengajian akademik iaitu peringkat Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma kepada pelajar yang layak yang sedang menuntut dalam tahun pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta secara sepenuh masa.

· Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah

Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah ditawarkan bagi pengajian akademik di peringkat peringkat Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma kepada pelajar yang layak dan yang sedang menuntut dalam tahun pertama secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta.


b. Aktiviti Berkaitan Pendidikan Anggota/ Anak Anggota/ Kakitangan Ahli ANGKASA

· Akitiviti Pembangunan Pendidikan
(Seminar dan Kem Motivasi di Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah)
· Aktiviti Pembangunan Kemahiran dan Kerjaya
· Aktiviti Pembangunan Masyarakat


Oleh wartawan : Koperasi2009.