Monday, December 14, 2009

Apa Kata Mereka











Dinamik dan Pembela Koperasi

klik gambar untuk besarkan imej







Wednesday, December 9, 2009

MANIFESTO BERSAMA YDP & NYDP ANGKASA

MANIFESTO BERSAMA
DATO’ HJ MUSTAPA KAMAL B MAULUT & TN HJ ISMAIL B NORDIN, berasaskan :
1. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri (Ar-Ra’d: 11)
2. UUK ANGKASA – No.5, ( j ) :
Mengambil dayausaha bagi menggalakkan aktiviti dalam bidang SOSIO EKONOMI NEGARA.


TRANSFORMASI PENAMBAHBAIKAN ANGKASA DAN GERAKAN KOPERASI

Memulakan langkah pendapatan alternatif kepada ANGKASA, supaya mengurangkan kepergantungan tunggal kepada BPA.
A. KOD Biro Potongan Gaji Angkasa ( BPA )
I. Mencekapkan dan pantas pengurusan berkomputer kod potongan gaji.
II. Mengurangkan kadar charge potongan anggota antara 0.4 – 0.5
III. Mewujudkan Tabung Amanah Kod Potongan gaji yang di tadbir bersama 3 pihak ; ANGKASA + CUEPEC + AKAUNTAN NEGARA, bagi memanfaatkan dana ini untuk kebajikan dan skim pendidikan kepada kakitangan kerajaan keseluruhannya.

B. MENUBUHKAN BANK ANGKASA :
I. Menyediakan dana “ working capitol” kepada koperasi kredit, sekaligus memantapkan pelanggan BPA.
II. Menyediakan modal pusingan untuk gerakan koperasi meningkatkan perniagaannya.
III. Menyediakan subsidari kredit untuk member pinjaman peribadi kepada BUKAN KAKITANGAN KERAJAAN, dengan koperasinya sebagai penjamin atas NPL (non performing loan) yang timbul.

C. PASARAYA BORONG DAN RETAIL ANGKASA:
( JUALAN SETEMPAT )
I. Membeli semua produk koperasi dengan konsultasi kualiti yang tinggi.
II. Membeli secara pukal besar barangan domestic dan import.
III. Jualan secara borong dan runcit.
IV. Memperkenalkan kad keahlian pasaraya ANGKASA untuk pakej loyalty.
V. Menubuhkan pasaraya cawangan di negeri-negeri sebagai pusat pengedara, pemborongan dan peruncitan.

( PUSAT PENGEDARAN )
I. Membekal semua barang jualan kepada lebih 1800 kedai koperasi sekolah seluruh Negara, dan kedai-kedai bebas.
II. Koperasi Dewasa terlibat sebagai pengedar barangan pasaraya ANGKASA.

D. HARTANAH
I. Menceburkan dalam industry hantanah strategic di bandaraya , dengan pulangan pelaburan tahunan ( ROI ) 7 %.
II. Melangkah dalam pemilikan hartanah perladangan komoditi, sebagai pendapatan jangka masa panjang.
III. Menubuhkan REIT ANGKASA (Real Estate Investment Trust ).
Mengikut UUK ANGKASA No.6 (k):
ANGKASA bolehlah meminjam dan menerima deposit-deposit daripada ahli-ahli dengan cagaran dan syarat-syarat seperti yang diluluskan oleh Persidangan Kebangsaan dan Pendaftar.

E. LAIN-LAIN:
I. Meminda Undang-undang Kecil ANGKASA sewajarnya.
II. Menjadi badan puncak gerakan koperasi yang prihatin kepada Koperasi Sekolah, Koperasi Kredit dan Pengguna, Akta SKM, Panduan Percukaian kepada koperasi, Kwapk, CLP, CDK.
III. Mengurang kos operasi sewajarnya, tetapi masih berproduktiviti tinggi.
IV. Mengoptimakan kakitangan ANGKASA sebagai sumber yang cekap dan professional, yang menjana pendapatan kepada ANGKASA, seperti perakaunan dan pensyarah modal insan.
V. Taman Cahaya Mata (TCM) dikembangkan sebagai aktiviti koperasi dewasa dan sekolah.
VI. Pelancungan dikembangkan sebagai aktiviti pendapatan koperasi, dan permainan Petanq dibiayaai oleh tajaan syarikat-syarikat koperat.
VII. Beberapa majalah tambahan di hasilkan sebagai saluran penyebaran ilmu pengetahuan, dan siaran di media elektronik di perkenalkan untuk mempromosikan produk koperasi, bermatlamat menjana pendapatan kepada gerakan koperasi.
VIII. Meluaskan service dan jualan AIRCONDITION, dibimbing oleh ANGKASA, membuka peluang koperasi dewasa meneroka bidang teknologi dan kejuruteraan.
IX. Menubuhkan dan memantapkan dana untuk YAYASAN PENDIDIKAN ANGKASA bagi keperluan pelajaran rakyat Malaysia.
X. Meninggikan Integriti, Demokratik, Ketelusan dan Keadilan kepimpinan ANGKASA, agar kewibawaan ANGKASA dihormati oleh masyarakat Malaysia dan antarabangsa.
I. Ahli Majlis Penasihat Kehormat dan Ahli Majlis Syariah ANGKASA diwujudkan (UUK ANGKASA No. 60 ( 1) )
II. Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan ANGKASA.

Bekas-bekas pemimpin ANGKASA dan tokoh pelbagai bidang akan dijemput menggangotai majlis di atas.

INSYAALLAH MENANG YDP & NYDP ... amiin, amiin, amiin.

Friday, December 4, 2009

Koperasi KOSPETA melawat Ukhwah



Koperasi KOSPETA Semenajung Malaysia Berhad telah melawat Koperasi Ukhwah pada hari Jumaat 04 Disember 2009, bertujuan meninjau sendiri aktiviti yang sedang dilaksanakan oleh Ukhwah. Selain itu dapat merapatkan silaturahim seterusnya meningkatkan kerjasama diantara koperasi.




Rombongan telah diketuai oleh Tuan Haji Abu Hasan Abdul, disertai oleh 12 orang Ahli Lembaga dan 3 orang pegawai.




Lawatan telah dilakukan ke Restoran Rakyat 1Malaysia, Ar-Rahnu, Ukhwah Marketing,Coop Medical Centre, Galeri Hartanah, Ukhwah Travel dan Ukhwah Komputer.




Seterusnya perjumpaan ramah mesra bersama Pengerusi Ukhwah merangkap NYDP Angkasa, Y.Bhg. Dato' Haji Mustapa Kamal Maulut.

Sunday, November 29, 2009

Restoran Rakyat 1 Malaysia


Thursday, November 26, 2009

Biodata Calon YDP Angkasa


DATO' HJ MUSTAPA KAMAL BIN MAULUT (47 tahun) adalah Pengerusi Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH) yang berasal dari Teluk Intan, Perak. Ketika ini memegang jawatan Naib Yang Dipertua, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad ( ANGKASA).


Berkelulusan Master of Science, Condition Monitoring (Nottingham Trent University, England).


Ketika ini beliau adalah Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran At Tijarah Selayang Selangor, Presiden Persatuan Usahawan dan Pengurusan Islam Malaysia (URUS), Bendahari Kehormat Barisan Bertindak Perpaduan Melayu dan Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur dengan portfolio Pengerusi R&D dan Pembangunan Perniagaan Usahawan (DPMMKL), Ahli Majlis Perniagaan Melayu-China (DPMMKL), Ahli Majlis Perniagaan Kuala Lumpur-Jakarta (DPMMKL) dan Ahli Majlis Perniagaan Argentina-Kuala Lumpur (DPMMKL). Beliau juga merupakan Pengerusi Gabungan Coop Medical Centre Medan Tunku Kuala Lumpur.

Tuesday, November 24, 2009

COOP MEDICAL CENTRE - SATU LAGI LAMBANG KEJAYAAN UKHWAH

CMC Coop Medical Center
Formerly known as Sambhi Clinic Sdn Bhd

No. 17-19, Jalan Medan Tunku 1,
50300 Kuala Lumpur,
Tel: 03-2694 2530, 03-2692 9222

Ini adalah ditubuhkan koperasi gabungan diketuai oleh:
1. Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah)
2. Koperasi Puteri Cemerlang (Koputri)
3. Koperasi Tenaga Bersatu Berhad (Kobeta)
4. Koperasi Pusamaju Berhad
.
CMC melancarkan Skim Tabungan Kesihatan, faedah menyertai tabung kesihan ini:
1. Rawatan biasa bayar 60% dari tabungan anggota koperasi
Contoh rawatan biasa 60% dari tabungan tahunan anggota koperasi.
Bakinya RM20 dibayar oleh tabung kesihatan CMC

2. Operation – 60%, baki 40% dari tabung kesihatan CMC.
Contoh operation RM10,000 maka 60% hanya bayar RM6,000. Bakinya RM 4,000 dibayar oleh tabungan CMC

Bayaran menyertai CMC,
1. Yuran pendaftaran koperasi Ukhwah = RM10 seumur hidup
2. Yuran modal syer Koperasi Ukhwah = RM50 seumur hidup
3. Yuran bulanan (simpanan dan kebajikan) = RM216 setahun
4. Yuran tabung kesihatan = RM120 setahun
Jumlah = RM396 setahun

Faedah lain menjadi ahli Koperasi Ukhwah :
1. Penginapan eksklusif di Kuala Lumpur dari bentuk kondominium dan banglo di Kuala Lumpur
2. Sewaan kerata harga istimewa
3. Limusin percuma di Kuala Lumpur
4. Pakej umrah dan lawatan luar Negara istimewa dan diskaun
5. Sumbangan perkahwinan dan bersalin
6. Sumbangan khairat kematian

Perubatan yang ditawarkan

1. General Patient – pesakit luar, demam, kencing manis etc
2. Maternity – sebelum dan selepas bersalin - Perbidanan
3. Specialist i) Diagnostic – cardiology
ii) Orthipedic / spinal
iii) Gastroenteroly
iv) Plastic surgery

Wednesday, November 4, 2009

Koperasi Ukhwah bantu beli kaki palsu

Utusan Malaysia 04 Nov. 2009

Dato Hj. Mustapa Kamal Maulut (lima dari kanan), Pengerusi Koperasi Ukhwah menyerahkan replika cek bantuan kepada Omi Kalsom Mohamed sambil disaksikan oleh Rahim Baba (empat dari kanan) dan Syed Ali Alhabshee pada majlis di Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 3 Nov. – “Bantuan yang diberi oleh Koperasi Ukhwah untuk pembelian kaki palsu benar-benar meringankan beban kami sekeluarga. “Saya tidak sangka keperitan hidup mengumpul duit untuk membeli kaki palsu akhirnya didengar pihak Ukhwah.”


Itu luahan hati Omi Khalsom Mohamed, 53, selepas menerima bantuan wang tunai untuk pembelian kaki palsu oleh Koperasi Ukhwah dalam satu majlis ringkas di Restoran Rakyat 1 Malaysia di sini semalam.


Beliau yang menderita sejak dua tahun lalu akibat dipotong kaki selepas mengidap penyakit kencing manis benar-benar terharu dan bersyukur di atas sumbangan yang diterima.


Turut hadir, Penasihat Koperasi Ukhwah, Datuk Rahim Baba, Pengerusi Koperasi Ukhwah, Datuk Mustapa Kamal Maulut dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.
Ketika ditemui, Rahim menjelaskan, bantuan yang diberi adalah tanggungjawab Koperasi Ukhwah sendiri dalam misi membantu masyarakat.


Katanya, individu yang memerlukan bantuan boleh terus menghubungi pihak koperasi dan bantuan akan diberi mengikut kadar yang akan ditetapkan.


“Kami mahu membantu... kami minta mana-mana individu yang memerlukan bantuan tampil segera.


“Ini tanggungjawab yang harus dilaksanakan setiap insan. Mana yang perlu bantuan harus dibantu dan tidak boleh dipinggirkan,” ujarnya.

Tuesday, November 3, 2009

Tahniah Koperasi Ukhwah - Terus Maju Jaya


KOPERASI UKHWAH LEAD PENUBUHAN COOP MEDICAL CENTRE

DI MEDAN TUANKU KUALA LUMPUR


PESANAN UNTUK RAKAN-RAKAN KOPERASI : Dari KUMPULAN KOPERASI PEMANTAU

TAJUK : Dr. Mohd Ali Baharom dan rakan-rakannya MENYALAH GUNAKAN KUASA ANGKASA dalam perlantikan Lembaga ANGKASA.

Untuk makluman para koperator sekelian, bahawa dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Tertinggi ANGKASA ( JKT ) ,

(i) Pada tahun 2008, Dr. Mohd Ali Baharom dan kumpulannya yang sama telah memecat Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz ( PAK ENGKU ) , dan tindakan itu ternyata salah apabila SKM terpaksa bertindak campurtangan memasukkan kembali PAK ENGKU.

(i) dan telah sekali lagi menyalah tafsirkan Undang-undang Kecil Angkasa , lalu menyalahgunakan kuasa untuk melantik jawatan-jawatan Lembaga Angkasa seperti berikut :
Tafsiran: JKT - Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan

PKTA - Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA

UUK - Undang-undang Kecil ANGKASA

YDP - Yang Dipertua

TYDP - Timbalan Yang Dipertua

NYDP - Naib Yang Dipertua

1. Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA PKTA-25 yang telah diadakan pada 10hb Januari 2009 bertempat di Putrajaya International Convection Center (PICC).

2. PKTA-25 telah memilih seorang Yang Dipertua, seorang Timbalan Yang Dipertua dan tiga orang Naib Yang Dipertua.

3. Keputusan pemilihan adalah seperti berikut :-

Yang Dipertua : YBhg Datuk Abdul Rahim Abu Bakar

Timbalan Yang Dipertu : Profoser Dr. Mohd Ali Baharum

Naib Yang Dipertua :
1) YBhg. Dato’ Hj Mustapa Kamal Maulut. (1050 undi).
2) YBhg Datuk Abdul Fatah Abdullah ( 888 undi )
3) Puan Hajjah Armi Zainuddin ( 680 undi ).

4. Mesyuarat JKT pertama telah diadakan sebaik selesai PTKA pada 11 Januari 2009.
Antara keputusan mesyuarat JKT kali- 1 ialah menentukan tempuh perkhidmatan (giliran gugur atau mengosongkan jawatan) Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua.


5. Selaras dengan UUK 30(2), keputusan mesyuarat JKT adalah seperti berikut:-

Kumpulan A : Yang Dipertua dan seorang Naib Yang Dipertua. (Akan mengosongkan jawatan pada PKTA tahun 2009).
Mereka ialah :-
YDP - YBhg Datuk Abdul Rahim Abu Bakar
NYDP - YBhg. Dato’ Hj. Mustapa Kamal Maulut

Kumpulan B : Timbalan Yang Dipertua dan seorang Naib Yang Dipertua. (Akan mengosongkan jawatan pada PKTA tahun 2010).
Mereka ialah :-
TYDP - Profoser Dr. Mohd Ali Baharum
NYDP - YBhg Datuk Abdul Fatah Abdullah.

Kumpulan C : Seorang Naib Yang Dipertua. (Akan mengosongkan jawatan pada PKTA tahun 2011). NYDP tersebut ialah Pn Hajjah Armi Zainuddin.

Giliran seterusnya pada tahun 2012 ialah kumpulan A, tahun 2013 ialah kumpulan B, tahun 2014 ialah kumpulan C dan seterusnya mengikut pusingan.

6. Isu timbul selepas kematian Yang Dipertua ANGKASA Allahyarham YBhg Datuk Abdul Rahim Abu Bakar pada 5 Syawal/ 24 Sept. 2009.

7. Mesyuarat JKT pada 6 Okt. 2009 telah memutuskan melantik Timbalan Yang Dipertua Profoser Dr. Mohd Ali Baharum mengisi kekosongan jawatan Yang Dipertua ANGKASA. P.D. Mohd Ali Baharum akan berkhidmat sehingga PKTA yang akan datang iaitu sehingga 19hb. Disember 2009. Pilihan YDP yang baru akan diadakan pada PKTA tahun 2009 pada 19hb Disember 2009.

Perlantikan tersebut selaras dengan UUK 30(5).

8. MENYALAHI UUK:
Selepas Profoser Madya Dr. Ali Baharum dilantik sebagai Yang Dipertua, mesyuarat JKT pada 6 Okt. 2009 telah memutuskan melantik Naib Yang Dipertua YBhg Datuk Abdul Fatah Abdullah mengisi kekosongan jawatan Timbalan Yang Dipertua ANGKASA.

Mesyuarat JKT memutuskan YBhg Datuk Abdul Fatah Abdullah memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua sehingga PKTA tahun 2010.

Perlantikan tersebut selaras dengan UUK 30(5).

9. MENYALAHI UUK:

Selepas YBhg. Datuk Abdul Fatah Abdullah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua, mesyuarat JKT pada 6 Okt 2009 telah memutuskan melantik Pengerusi JPN Perlis Tuan Haji Muthado Bahari mengisi kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua.

Mesyuarat JKT memutuskan Tuan Haji Muthado Bahari memegang jawatan Naib Yang Dipertua sehingga PKTA tahun 2010.



10. ISU NYA IALAH :

Jawatan Timbalan Yang Dipertua yang disandang oleh YBhg. Datuk Abdul Fatah Abdullah dan jawatan Naib Yang Dipertua yang disandang oleh Tuan Haji Muthado Bahari sepatutnya diadakan pemilihan semula pada PTKA 19 Disember 2009 dan dipilih sekali lagi pada tahun 2010 seleras dengan UUK 30(5) dan keputusan JKT pada 11 Januari 2009 yang telah menentukan kumpulan yang akan mengosongkan jawatan.




UUK 30(5) berbunyi :-
“Kekosongan dalam JKT boleh diisi dengan cara perlantikan oleh JKT dan tempoh memegang jawatan Ahli itu ialah sehingga Persidangan Kebangsaan berikutnya.”

“Persidangan Kebangsaan berikutnya” adalah bermaksud dan boleh di tafsirkan sebagai Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA yang terdekat iaitu PKTA 19 Disember 2009.

Perlantikan bagi mengisi kekosongan jawatan memerlukan pemilihan semula dengan mendapat mandat dari anggota-anggota ANGKASA tanpa mengira tamat tempoh kumpulan-kumpulan yang telah diputuskan.

11. Anggota-anggota Koperasi Ahli yang menghadiri Persidangan JPN Negeri dan seterunya menghadiri PKTA tahun 2009 untuk mendesak dan meluluskan serta memutuskan UUK 30(5) dipatuhi dengan jawatan Timbalan Yang Dipertua yang dilantik oleh JKT dan satu jawatan Naib Yang Dipertua yang dilantik oleh JKT diadakan pemilihan dan tempuh perkhidmatan sehingga PKTA tahun 2010.

Satu lagi jawatan Naib Yang Dipertua yang kosong secara automatic (Kumpulan A) diadakan pemilihan dan tempoh perkhidmatan sehingga PKTA tahun 2012.


RINGKASAN- MENYALAHI UUK ANGKASA

1. Melantik Dr. Mohd Ali Baharum sebagai jawatan Yang Dipertua Angkasa mutlak , tiada istilah Pemangku. Ini tindakan menyalahgunakan kuasa.

2. Melantik Abdul Fattah Abdullah sebagai jawatan Timbalan Yang Dipertua ( secara percuma ), tiada istilah Pemangku, jawatan ini dikekalkan selama 2 tahun hingga Disember 2010 tanpa dipertandingkan dalam mesyuarat agung Angkasa 19 Disember 2009. Ini menyalahgunakan kuasa.

3. Melantik Muthado sebagai jawatan NYDP( secara percuma ) , tiada istilah Pemangku, jawatan ini dikekalkan selama 2 tahun hingga Disember 2010 tanpa dipertandingkan dalam mesyuarat agung Angkasa 19 Disember 2009. Ini menyalahgunakan kuasa.

RUJUKAN:
1. Undang-undang Kecil ANGKASA 31(5) menyebut :
“ Jika ada kekosongan pada jawatan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua akan menggantikannya.
Jika ada kekosongan pada jawatan Timbalan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua yang menerima undi UNDI TERBANYAK akan menggantikannya.
Jika ada kekosongan diantara Naib-naib Yang Dipertua, ini akan digantikan SEMENTARA oleh salah seorang dari JKT.”

( Adalah maklum bahawa keputusan Persidangan Kebangsaan Angkasa 10 jan 2009 di PICC Putrajaya seperti berikut:
Jawatan NYDP : 1. YBhg. Hj Mustapa Kamal Maulut 1055 undi
2. D.H.A. Fattah Abdullah 888 undi.
3. Pn.H.Armi Zainudin 680 undi )

Rumusan : Keputusan pengundian di atas jelas menunjukkan bahawa yang layak menduduki jawatan TYDP adalah pemenang pertama Dato’ Hj Mustapa Kamal B Maulut, maka Dr. Mohd Ali Baharom dan rakan-rakannya telah menyalah gunakan kuasa dengan merampas hak Dato’. Hj. Mustapa Kamal Maulut, dan memberikan kepada D. Abdul Fathah Abdullah secara tak sah.

2. Dalam SURAT SKM bertarikh 5 Oktober 2009, perenggan 3 menyebut :
“ Isu penggantian kekosongan jawatan yang wujud adalah menjadi hak ANGKASA sendiri untuk menentukannya.”

( " Menjadi hak ANGKASA " ertinya dikembalikan semula penentuan dan keputusan kepada kuasa puncak Angkasa iaitu Persidangan Agung Tahunan Angkasa yang mewakili hampir 4000 koperasi, bukannya hanya 15 orang ahli-ahli JKT yang bermesyuarat, yang mana bidang kuasa JKT hanyalah menguruskan dan mentanbir Angkasa setahun demi setahun ).

3. Undang-undang Kecil 30 (5 ) menyebut ;
“ Kekosongan dalam JKT boleh diisi dengan cara perlantikan oleh JKT dan tempoh memegang jawatan Ahli itu ialah sehingga Persidangan Kebangsaan BERIKUTNYA. ‘
( Jelas bahawa kekosongan YDP, TYDP dan NYDP itu harus di isi sementara hingga Persidangan Agung Angkasa berikutnya 19 Disember 2009, bukan seperti salah tafsir Dr. Mohd Ali Baharom dan rakan-rakannya , di mana jawatan mereka bagi jawatan TYDP dan NYDP hingga Disember 2010 .)


SARANAN.
1. Kami menggesa koperasi-koperasi membuat usul bertulis untuk Persidangan Kebangsaan Angkasa 19 Disember 2009, agar membatalkan keputusan mesyuarat JKT 6 oktober 2009, dan melucutkan jawatan TYDP Fathah b Abdullah dan NYDP Muthadho Bahari yang berstatus sementara itu , dan di adakan EGM untuk satu pemilihan baru untuk jawatan TYDP dan NYDP berkenaan.

2. Jika JKT enggan membawa usul ini ke PKTA 19 Disember 2009, maka perwakilan koperasi mengusulkan USUL TERGEMPAR pengundian sulit untuk membatalkan jawatan TYDP dan NYDP berkenaan.

3. Pada Persidangan 19 Disember 2009 ini, para perwakilan harus memilih jawatan kekosongan YDP dan NYDP dengan pimpinan baru, tidak melibatkan penama-penama di atas, agar Angkasa dapat menyusun kembali kepimpinan yang ADIL, BENAR dan BERSIH, untuk membawa kemajuan dan kejayaan Angkasa dan gerakan koperasi keseluruhannya. Jika tidak maka Angkasa kekal dipandang sebagai sebuah institusi rendah ketelusan dan integritin, akan membawa implikasi dahsyat KOD POTONGAN GAJI ANGKASA akan dipindahkan kepada badan lain.

Akhir kata, hantarlah borang Pencalonan YDP dan NYDP, dan juga isikan borang perwakilan Persidangan Kebangsaan Angkasa 19 Disember 2009 , dan hantar usul di atas secara bertulis seberapa segera ke pejabat Angkasa Pusat. Dan hadirlah ke mesyuarat tersebut dengan azam kuat untuk berani BERUBAH,MERUBAH, MENGUNDI PERUBAHAN.

Sekian, terima kasih.

Surat KUMPULAN KOPERASI PEMANTAU Kepada : Yang Mulia Tuan Pengerusi Koperasi Sekolah dan Anggota Lembaga


Sukacita kami Kumpulan Koperasi Pemantau menarik perhatian tuan puan sekelian bahawa kewujudan koperasi sekolah dalam konstitusi persekolahan berperanan sebagai tulang belakang pembangunan sekolah, seperti hasrat untuk melengkapkan prasarana dan alat bantu pembelajaran, dengan tujuan meningkatkan pencapaian pembelajaran.


Sebagai contoh, koperasi sekolah yang berkeupayaan boleh membiayai program kursus dan seminar pembelajaran di sekolah tersebut, termasuk sumbangan untuk biaya pusat sumber, makmal sains dan komputer, peralatan multimedia, sumbangan lawatan pelajar dan guru ke dalam Negara dan luar Negara, taman rekreasi sekolah, pondok wakaf, parking, surau , sumbangan kesukanan dan lain-lain. Semua prasarana di atas adalah penting dan harus disegerakan, demi memberi justifikasi indek KPI guru-guru sekolah terbukti dapat dipertingkatkan.


Untuk memberi upaya koperasi sekolah ke arah fungsi di atas, satu target harus dicapai iaitu jualan tahunan (turn-over) harus mencecah RM1 juta, dengan anggaran kadar keuntungan 20%, iaitu keuntungan RM200 ribu setahun.


Bagi menggerakkan wawasan ini Koperasi Sekolah harus di bantu dan di pacu oleh badan puncak gabungannya ANGKASA, selaras dengan prinsip koperasi “kerjasama antara koperasi”, dengan tujuan tidak membebankan tugas pengajaran guru-guru, tetapi tetap berdaya saing.


Antara kerjasama yang boleh diusahakan:


i. ANGKASA menjadi pembekal semua produk dan item yang ada di dalam kedai koperasi sekolah, agar mengurangkan bebanan guru untuk pergi ke kedai borong.
ii. ANGKASA membekalkan sistem pengurusan dan akaun berkomputer kepada koperasi sekolah.
iii. ANGKASA menjadi badan puncak membela dan membaiki sebarang akta-akta koperasi dan SKM yang menekan dan mengancam para guru-guru koperator sekolah.
iv. ANGKASA menjadi mediator kepada pihak Kementerian Pendidikan terhadap hal-hal kebajikan guru-guru koperator dan pengiktirafan jam bertugas guru-guru dengan aktiviti koperasi.
v. ANGKASA dan Koperasi Sekolah memperkenalkan aplikasi e-commerce agar murid- murid dapat melibatkan dalam pembelajaran internet yang berfaedah, di samping pengurusan yang mudah dan meluas, pasaran global, sekaligus menambahkan pendapatan yang berlipat ganda.


Kini lebih 1800 buah koperasi sekolah telah berdaftar dengan ANGKASA dan merupakan komposisi 35% ahli Persidangan Tahunan ANGKASA . Untuk merealisasikan hala tuju korporat ANGKASA yang baru, maka perwakilan persidangan dari koperasi sekolah harus mendokong semangat PERUBAHAN yang realistik. Gelombang PERUBAHAN itu memerlukan perwakilan sekolah turut serta memastikan pemilihan YDP ANGKASA yang baru diteraju oleh pemimpin yang berwibawa, yang telah berkecimpung dalam dunia koperasi dengan berjaya.


Era pasca ANGKASA terdahulu menyaksikan bahawa tokoh-tokoh akademik meneraju ANGKASA, sesuai peranannya sebagai penyebar pelajaran, tetapi di dalam era liberasasi Malaysia, ANGKASA memerlukan tokoh ekonomi berkoperasi yang terbukti telah berjaya kepimpinan koperasinya, berinovasi, muda, bersemangat juang yang tinggi dan bercirikan taqwa.


Mana mungkin contohnya, pimpinan dari koperasi keuarga kecil dapat dibuktikan kewibawaan dan kehebatan kepimpinannya , sedangkan koperasinya pun tidak dapat didorong berjaya, apatah lagi ANGKASA dan koperasi sekolah yang begitu “complicated”.


Menyedari keperluan dan “urgency” di atas, kami Kumpulan Koperasi Pemantau , mengajak dan menyeru Tuan-Puan Pengerusi dan ALK Koperasi Sekolah agar datang dan mengambil bahagian dalam Persidangan Tahunan ANGKASA pada 19 Disember 2009, di PWTC KL. Dengan semangat untuk mendapatkan pemimpin yang hebat untuk membantu aspirasi Koperasi Sekolah, maka kami setelah membuat lawatan ke koperasi beliau dan kajian kepada calon yang berwibawa, mencadangkan CALON YDP ANGKASA berikut harus di pilih:


Nama calon : DATO’ HJ. MUSTAPA KAMAL MAULUT, ( HP: 0133410461 )
Jawatan disandang : Pengerusi Koperasi UKHWAH
Merangkap Naib Yang DiPertua ANGKASA.
Kelulusan : Master Of Science, Condition Monitoring, Nottingham Trend University
United Kingdom.
Koperasi : Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad ( UKHWAH ).
Alamat : No. 20-A, Lorong Medan Tuanku 1, Medan Tuanku, Off Jalan Tuanku Abdul Rahman 50300 Kuala Lumpur. Tel: 03-26985784, Fax: 03-26926660. Web : http://www.ukhwah.com.my/.
Trade-mark koperasi : Restoren Rakyat 1 Malaysia ( RM1 roti canai & teh tarik ),



  • Memiliki Hartanah Strategik di Bandaraya ( lebih RM200 juta),

  • Kemudahan Penginapan Eksklusif Anggota di Kuala Lumpur,

  • menghasilkan Coop Medical Centre di Medan Tuanku Kuala Lumpur,

  • Koperasi Kredit terbaik dengan keahlian 60,000 anggota.

Akhir kata, marilah kita bertekad untuk memperkasakan koperasi sekolah, demi tujuan membantu kelancaran dan kecemerlangan persekolahan murid-murid kita, dengan tema berani BERUBAH, MERUBAH DAN MEMBUAT PERUBAHAN.


Wakil Kumpulan Koperasi Pemantau:
DR. ARRIFIN MANSOR ( 012 2786282 )
DR ABD. RAHMAN SYEKH ( 0193829383 )
DR RAZMI B ABD. RAHMAN ( 0195033792 )

Tuesday, October 27, 2009

Perutusan KUMPULAN KOPERASI PRIHATIN SEKOLAH



Kepada Tuan, Puan, Setiausaha Koperasi Sekolah dan ALK.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Kami Kumpulan Koperasi Prihatin SEKOLAH ingin mengajak para ALK Sekolah untuk berfikir bahawa penglibatan Guru dalam memajukan koperasi sekolah harus dilakukan dengan sistematik dan berkesan. Namun demikian, guru juga mempunyai tanggungjawab utama menyampaikan pendidikan dan pelajaran kepada pelajar-pelajar sekolah.


Ada pepatah menyebut,jangan:
"yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".


Ini mengingatkan para guru bahawa tugas utama adalah melahirkan pelajar-pelajar cemerlang. Untuk "compliment" masalah bebanan tugas ALK koperasi, kami Koperasi prihatin berpendapat bahawa Angkasa dan Koperasi Dewasa harus menunaikan prinsip kerjasama antara koperasi dengan membina " network " yang sistematik lagi berkesan.


Kerja ALK koperasi boleh dikurangkan dari terpaksa pergi ke kedai dan supermarket untuk mendapatkan bekalan kedai koperasi, dimana Angkasa dan Koperasi Dewasa harus bertindak sebagai pembekal barangan (distributors). Terdapat hampir 2000 koperasi sekolah yang bernaung dibawah Angkasa. Penglibatan ALK memadai sebagai penyelia dan pembimbing kepada pelajar-pelajar sekolah dalam menjalankan aktiviti koperasi selaku kelab usahawan pelajar. Guru boleh mengajar dengan cemerlang, pelajar dapat diasuh dengan keusahawanan, koperasi dewasa dapat peluang perniagaan, dan Angkasa sendiri memperoleh cabang pendapatan tambahan, sekaligus memeriahkan pertumbuhan ekonomi negara.

Dibidang kesukanan pula, koperasi sekolah mendepani permainan PETANQ, namun kehebatan pelajar-pelajar perlu diasuh hingga ke tahap angtarabangsa. Dalam hal ini peruntukan Angkasa sangat terhad, sepatutnya kepimpinan Angkasa proaktif mencari SPONSOR dari syarikat-syarikat swasta untuk menjayakan sukan ini.


Penglibatan cikgu adalah sukarela, namun terdapat rasa kekhuatiran dari ALK sekolah dengan akta-akta baru SKM, dimana pesalah-pesalah koperasi dikenakan denda yang sangat tinggi. Untuk tujuan membela dan meningkatkan minat guru-guru melibatkan diri dengan aktiviti koperasi, langkah-langkah penerangan kepada guru patut dilebarkan, dan Angkasa selaku badan puncak wajar mengadakan rundingan dengan SKM berhubung dengan akta SKM yang perlu diseimbangkan dengan 'nature of work' para guru-guru. Begitu juga Angkasa harus berunding dengan Kementerian Pendidikan berhubung pengiktirafan masa bertugas di kedai koperasi seperti mana masa bertugas bagi guru disiplin dan sukan.


Begitu besar peranan kepimpinan Angkasa, dan setelah kumpulan Koperasi Prihatin Sekolah mengadakan perbincangan dan analisa , kami dengan ini mengenalpasti bahawa calon yang paling layak dan sanggup menggalas aspirasi guru-guru adalah seperti berikut:


Nama jawatan kekosongan: YDP ANGKASA (Yang Di Pertua)
Nama calon: DATO' HJ MUSTAPA KAMAL BIN MAULUT (DSMP)
Koperasi: Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH) NYDP ANGKASA dan Pengerusi Koperasi UKHWAH
Jawatan sekarang Kelulusan: Master of Science, Condition Monitoring, England.

Kami menyarankan para perwakilan Koperasi Sekolah agar hadir dalam Persidangan Tahunan ANGKASA pada 19 Disember 2009, di PWTC KL, untuk memberi sokongan dan undian kepada calon pilihan Koperasi Sekolah ini. Dan terlebih dahulu isikanlah Borang Pencalonan dan Borang Perwakilan , dan hantarkanlah ke pejabat ANGKASA seberapa segera.


Selamat maju jaya gerakan koperasi di Malaysia. SEMANGAT BERUBAH, MENGUBAH DAN PERUBAHAN.


Yang benar,

t.t

CIKGU HJ ABD LATIP BIN HJ ISMAIL
Taiping, Perak (HP: 019-5109573)
(Wakil Kumpulan Koperasi Prihatin Sekolah)






KUMPULAN KOPERASI PRIHATIN -SEKOLAH



1- Koperasi SMK Tunku Ampuan Najihah Bhd (NEGERI SEMBILAN)


2- Koperasi SMK Seremban Jaya 2 Bhd(NEGERI SEMBILAN)


3- Koperasi SMKAyer Keroh Bhd (MELAKA)

4- Koperasi SMK Durian Tunggal Bhd (MELAKA)


5- Koperasi SMK Sen Puteri Putrajaya Bhd (WP KUALA LUMPUR)


6- Koperasi SMK Convent Bhd (WP KUALA LUMPUR)


7- Koperasi SMK Bukit Tinggi Bentong Bhd (PAHANG)


8- Koperasi SM Sains Tengku Abdullah Bhd (PAHANG)


9- Koperasi SMK (P) Kapar Bhd (SELANGOR)

10- Koperasi SMK Meru Klang Bhd (SELANGOR)

11- Koperasi SMK Sultan Sulaiman Bhd (TERENGGANU)

12- Koperasi SMK (A) Sultan Zainal Abidin Bhd (TERENGGANU)


13- Koperasi SMK Air Hitam Bhd (PULAU PINANG)


14- Koperasi SMK Raja Tun Uda Bhd (PULAU PINANG)


15- Koperasi SMK Wira Jaya Bhd (PERAK)


16- Koperasi SMK Raja Perempuan Bhd (PERAK)


17- Koperasi SMK Muadzam Shah Bhd (KEDAH)


18- Koperasi SMK Darul Aman Bhd (KEDAH)


19- Koperasi SMK (A) Arau Bhd (PERLIS)


20- Koperasi SMK Dato' Ali Ahmad Bhd (PERLIS)

21- Koperasi SMK Pengkalan Chepa Bhd (KELANTAN)


22- Koperasi SMK Kota Bharu Bhd (KELANTAN)


23- Koperasi SMK Sri Medan Bhd (JOHOR)


24- Koperasi SM Kelapa Sawit Kulai Bhd (JOHOR)


25- Koperasi SMK Pekan Kudat Bhd (SABAH)

26- Koperasi SMK Kidurong Bintulu Bhd (SARAWAK)


DAN LAIN-LAIN.
























Tuesday, September 22, 2009

PENCALONAN YDP ANGKASA - Kumpulan Koperasi Prihatin

( Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA 19 Disember 2009 )

HJ MUSTAPA KAMAL BIN MAULUT


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1 Syawal 1430
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

"Adalah dimaklumkan bahawa mengikut Undang-undang Kecil ANGKASA 30(2), jawatan YANG DIPERTUA ANGKASA berlaku KEKOSONGAN pada Persidangan Kebangsaan ANGKASA (PKTA) 19 Disember 2009, maka koperasi-koperasi ahli ANGKASA boleh memilih individu yang terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan YDP itu"


Kepada rakan-rakan koperasi ahli ANGKASA;

Kami adalah sekumpulan Koperasi Prihatin, ingin mengajak rakan-rakan koperasi sekelian untuk berfikir sejenak bahawa, kita yang menganggotai ANGKASA adalah bertanggungjawab memacu ANGKASA menuju kejayaan yang lebih cemerlang. Disedari bahawa gerakan koperasi di Malaysia yang sudah sekian lama wujud, sejak awal tahun 1920 an, hanya mampu menyumbang KDNK Negara pada 1%, ini adalah amat mendukacitakan dan memalukan, membawa kepada nama Kementerian Koperasi itu terpadam dari pandangan kerajaan buat sekejap waktu yang lalu, dan ancaman Akauntan Negara ingin memberi kod potongan gaji kepada bank sekaligus mengancam ANGKASA. Langkah yang besar dan segera lagi teratur wajib diusahakan demi membela maruah dan menjaga kepentingan gerakan koperasi.

Menyedari kedhaifan ini, kumpulan Koperasi Prihatin merasai bahawa ANGKASA sebagai badan puncak koperasi perlu mendepani kebangkitan ekonomi ini. Malah lebih 6 juta anggota-anggota koperasi di Malaysia adalah terdiri dari 95% kaum bumiputera yang memerlukan kebangkitan ekonomi.

Oleh yang demikian adalah perlu kepimpinan ANGKASA itu diteraju dengan kepimpinan yang syumul, muda, bertenaga, dedikasi, dinamik dan bercirikan TAQWA.

Koperasi Prihatin mengenalpasti calon untuk diketengahkan dan disokong, bagi menggalas tugas besar membangunkan JIHAD Ekonomi untuk membela agama, bangsa dan negara yang tercinta ini. Dengan ini kami mengajak seluruh koperasi ahli-ahli ANGKASA agar mencalonkan dan menyokong :

Nama jawatan : YDP ANGKASA. ( Yang Di Pertua ).
Nama calon : HJ. MUSTAPA KAMAL BIN MAULUT.

Koperasi : Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad ( UKHWAH ).
Jawatan sekarang : NYDP ANGKASA dan Pengerusi Koperasi UKHWAH.
Kelulusan : Master of Science, Condition Monitoring, England.

Selamat maju jaya gerakan koperasi di Malaysia.

SEMANGAT BERUBAH, MERUBAH DAN PERUBAHAN

Yang benar,





t.t
...........................................................
HJ. ABD. LATIP B. HJ. ISMAIL
Taiping, Perak.
( Wakil Kumpulan Koperasi Prihatin ).
HP: 019-5109573, 05-8483032 ( R )




KUMPULAN KOPERASI PRIHATIN


Firman Allah SWT bermaksud:
”Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11)


1. Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu PAHANG Timor Bhd
2. Koperasi Guru atau Pegawai Ugama PAHANG Bhd
3. Koperasi Serbaguna Payi Kertau Bhd (PAHANG)
4. Koperasi Lipis PAHANG Bhd
5. Koperasi Bekas Penuntut STAR Ipoh Bhd (WPKL)
6. Koperasi Puteri Terbilang Bhd (WPKL)
7. Koperasi ERT EON Bhd (SELANGOR)
8. Koperasi Serbaguna Pelabuhan Klang Bhd (SELANGOR)
9. Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan NEGERI SEMBILAN Bhd
10.Koperasi Anggota-anggota Kerajaan NEGERI SEMBILAN Bhd
11.Koperasi Pembangunan Tijarah MELAKA Bhd
12.Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Bhd (MELAKA)
13.Koperasi Kampung Jawi JOHOR Baharu Bhd
14.Koperasi UTM JOHOR Bhd
15.Koperasi Peka Malaysia Bhd (TERENGGANU)
16.Koperasi Guru-guru TERENGGANU Bhd
17.Koperasi Serbaguna Pasir Pekan Bhd (KELANTAN)
18.Koperasi Gabungan PERAK Bhd
19. Koperasi Pulara PERAK Bhd.
20.Koperasi Jabatan Kesihatan KEDAH Bhd
21.Koperasi Guru-guru Melayu KEDAH Bhd
22.Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri PERLIS Bhd
23.Kampung Makam Hadhariah PULAU PINANG Bhd
24.Koperasi Sungai Nibong Bhd (PULAU PINANG)
25.Koperasi Peserta Felcra Gugusan Semarahan Bhd (SARAWAK)
26.Koperasi Peribumi SABAH Bhd
27.Koperasi Usaha Bersatu Ubian SABAH Bhd

28. Koperasi SMK Batu 8 Jalan Puchong Bhd (SELANGOR)
29. Koperasi SMK Jalan Kebun Klang Bhd (SELANGOR)
30. Koperasi SMK Alam Megah Bhd (SELANGOR)
31. Koperasi SMK Dato Mohd Taha Bhd (NEGERI SEMBILAN)
32. Koperasi SMK Belara TERENGGANU Bhd
33. Koperasi SMK Kampung Jambu Taiping Bhd (PERAK)
34. Koperasi SM Teknik Butterworth PULAU PINANG Bhd
35. Koperasi SMK Kolon Bong Bhd (SABAH)
36.Koperasi Maktab Sains Mara PERLIS Bhd
37. Koperasi Maahad Tahfiz Tijarah Gombak Berhad. (SELANGOR)
Dan lain-lain.

Sunday, August 23, 2009

Kabinet Tolak Cadangan AG - Awang Adek






Alhamdulillah, hasil usaha berterusan membantah cadangan AG memberi kod potongan kepada bank-bank komersil, akhirnya kabinet bersetuju menolak cadangan tersebut. Ini berikutan dari memorandum yang telah disampaikan kepada YAB Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan KPDNKK.




Tahniah kepada semua penggerak koperasi kredit yang bekerjasama bersama NYDP Haji Mustapa Maulut menyediakan memorandum tersebut.



Keterangan gambar: YB. Senator Datuk Dr. Awang Adek Bin Hussin. Timbalan Menteri Kewangan II sedang menyampaikan wang tunai hasil tabungan hari jumaat Restoran Rakyat 1 Malaysia kepada wakil Rumah Anak-Anak Yatim Bachok, Kelantan.

WAWANCARA KHAS SIARAN LANGSUNG RADIO 24NAIB YANG DIPERTUA ANGKASA









http://www.imeem.com/people/bcyXi3A/music/Yu1SReqX/hj-mustapa-kamal-maulut-nydp-angkasa-radio-24/

Tajuk : Bantahan Kepada Akauntan Negara Memberi Kod Potongan GajiKepada Bank Perdagangan

Tempat : Radio 24 BERNAMA

Tarikh : 10 Ogos 2009 (Isnin)

Jam : 6.30pm – 7.30pm

Segmen : Kerusi Panas

Antara : DJ Azlan Idris & Tn Hj Mustapa Kamal Maulut, NYDP

DJ : Pada petang ini kita ada tetamu iaitu NYDP ANGKASA Hj Mustapa Kamal Maulut (MKM) untuk membincangkan isu yang panas membabitkan ramai pihak. Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi,boleh ceritakan apakah sejarah ANGKASA dan apa itu ANGKASA untuk pengetahuan semua?

NYDP MKM : Saya Hj Mustapa Kamal Maulut NYDP ANGKASA, hari ini ingin membincangkan isu yang panas ini. ANGKASA ditubuhkan pada 38 tahun yang lalu dan berperanan sebagai mekanisma kod potongan gaji kakitangan kerajaan. Kakitangan kerajaan yang ingin meminjam dengan gerakan koperasi membayar balik ansuran bulanan melalui ANGKASA, yang menyediakan mekanisma yang kelengkapan IT yang lengkap dan canggih, sehingga ke saat ini potongan gaji berjalan dengan lancar tanpa kehilangan walau 1 sen pun.

DJ : ANGKASA telah berjasa selama 38 tahun kepada kakitangan kerajaan?

NYDP MKM : Ya, kakitangan kerajaan telah bersandar dengan ANGKASA dalam menguruskan kewangannya telah sekian lama, yang mana sebenarnya ada faedahnya melalui ANGKASA dengan gerakan koperasi kerana kadang-kadang kakitangan kerajaan ada kesulitan untuk terus meminjam kepada bank kerana mempunyai saringan-saringan seperti CITOS dan CRIS. Dengan adanya gerakan koperasi mereka dipelawa menjadi anggota koperasi dan diberi bantuan pembiayaan kewangan peribadi, lantas dengan itu pembayaran balik mereka itu berjalan lancar sepanjang kehidupan mereka tanpa sebarang masalah.

DJ : Berapa ramai mereka yang mendapat faedah daripada ANGKASA?

NYDP MKM : Untuk masa ini, seramai 1.2 juta orang kakitangan kerajaan dan mereka ini adalah anggota ahli-ahli koperasi dari pejabat mereka masing-masing. Setiap jabatan mempunyai koperasi masing-masing dan mereka menjadi ahli-ahli koperasi, lantas meminjam daripada koperasi yang mereka anggotai dan bayaran balik itu terus dipotong dari Akauntan Negara, terus kepada ANGKASA dan kembali kepada koperasi tanpa masalah.

DJ : Apakah isu sebenarnya pada petang ini?

NYDP MKM : Kami terkejut kerana pada tahun 2009 ini, tiba-tiba Akauntan Negara ingin memberi kod potongan gaji langsung kepada bank-bank perdagangan, ini bererti bahawa duit-duit potongan gaji atau ansuran itu nanti tidak perlu pergi kepada ANGKASA dan koperasi, akhirnya 1.2 juta anggota koperasi akan berhijrah kepada bank perdagangan. Ini akan menguntungkan bank-bank perdagangan tetapi ANGKASA dan gerakan koperasi langsung tidak mendapat faedah.

DJ : Berapakah jumlah kehilangan dalam bentuk RM sekiranya perkara ini berlaku?

NYDP MKM : Pada saat ini lebih kurang RM 65 juta keuntungan kasar dan setelah ditolak semua perbelanjaan pengurusan dan perkhidmatan ANGKASA, hanya memberi keuntungan sedikit sahaja lebih kurang pada RM 5 juta sahaja setahun. Jumlah sebenar yang akan hilang adalah sebanyak RM65 juta. Jumlah itu adalah keuntungan kasar daripada komisen potongan gaji daripada Akauntan Negara. ANGKASA mewujudkan perkhidmatan secara percuma kepada kakitangan kerajaan, membayar overhead seperti gaji,sewaan dan tanggungan ANGKASA yang lain. Dan akhirnya kita tidak membawa untung yang besar sebenarnya, semua keuntungan yang diperolehi ANGKASA dikembalikan balik kepada masyarakat dan khususnya kakitangan kerajaan. Ini terbukti sejak 38 tahun ANGKASA telah mengadakan perkhidmatan yang baik dan berguna kepada masyarakat.

DJ : Kita masih bersama NYPD ANGKASA Tn. Haji Mustapa Kamal Maulut bagi membincangkan isu berhubung dengan membantah cadangan Pejabat Akauntan Negara agar diwujudkan perkhidmatan potongan gaji penjawat awam kepada bank secara langsung. Mungkin mereka yang menjawat jawatan awam lebih peka dengan isu ini. Setelah 38 tahun memberikan begitu banyak faedah, kenapa polisi ini mahu dilaksanakan?

NYDP MKM : Secara umumnya bahawa gerakan koperasi di Negara ini terdiri lebih daripada 6 ribu buah koperasi dan dianggotai oleh lebih 6 juta rakyat Malaysia. Dalam 6 juta itu 1.2 juta adalah penjawat awam. Ertinya selama ini ANGKASA telah mengembalikan faedah keuntungan itu kepada masyarakat. Antara faedah yang dapat diberikan kepada masyarakat khususnya kakitangan kerajaan adalah:i. menyelamatkan masyarakat daripada terpedaya dengan pinjaman’Ah Long’.ii. Menyediakan pinjaman kebajikan dari koperasi kepada masyarakat termasuk kakitangan kerajaan.iii. Menyediakan pinjaman untuk memulakan perniagaan dan keusahawanan.iv. Memberi sumbangan dan pinjaman biasiswa kepada pelajar dan khusus dalam hal ini, ANGKASA mengeluarkan pinjaman boleh ubah yang dipanggil ’TAPAK’ dan tiap-tiap tahun ANGKASA memperuntukkan lebih RM500 ribu untuk pinjaman kepada anak anggota koperasi di Malaysia ini.v. Mengadakan kursus dan latihan secara percuma kepada masyarakat dalam pelbagai modul seperti bimbingan keusahawanan dan bina insan yang mana ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat kita yang tahu dalam hal-hal keusahawanan.vi. Membantu fakir miskin dalam masyarakat sekaligus mengurangkan kemiskinan tegar dalam masyarakat.vii. Gerakan koperasi menyumbangkan kepada ekonomi negara dalam sektor yang ke 3. Kalau dengan sebegini banyak yang kita telah curahkan kepada masyarakat khususnya kakitangan kerajaan, saya rasa tidak sayogianya faedah ini direntap dengan begitu saja. Sekaligus seolah-olah ada unsur dan cita-cita ingin membunuh koperasi dalam sekelip mata.

DJ : Kenapakah ianya direntap?tetapi sebelum itu kita ada pemanggil.

Pemanggil pertama- Khairul Amin, dari Koperasi Muslimin Malaysia Bhd

Pertamanya saya menyokong supaya perkara ini jangan diberikan kepada mana-mana bank. Daripada keuntungan yang diperolehi itu, ada yang akan ANGKASA bagi secara percuma kepada rakyat dan bezanya dengan bank perdagangan yang hanya mendapat untung untuk mereka sahaja dan tiada sumbangan kepada rakyat?

NYDP MKM : Di sini saya ingin jelaskan lagi apa yang membezakan ANGKASA dengan bank-bank adalah hasil dari keuntungan aktiviti kod potongan ini, digunakan untuk:I. Pembayaran gaji,II. Pembayaran overhead,III. Mengadakan kursus-kursus secara percuma seperti kursus aircondition, kursus membuat kek dan kuih, kursus membela ikan keli, kursus bertani, kursus usahawan kecil seperti membuat kerepek dan kursus berkenaan pelaburan.

DJ : Berapa ramai yang terlibat? NYDP MKM : Hingga kini tidak kurang daripada 7 ribu orang yang terlibat dalam kursus ini.

DJ : Kenapa jumlahnya sedikit berbanding dengan 1.2 juta kakitangan awam yang menganggotai ANGKASA?

NYDP MKM : Kita harus faham bahawa kakitangan kerajaan ini, mereka tidak mempunyai masa lapang untuk mengikuti kursus walaupun kita sentiasa membuka peluang kepada mereka untuk mengikuti kursus-kursus ini. Dalam pada itu pun mungkin ada satu kekangan bahawa kakitangan kerajaan tidak seharusnya terlibat secara aktif dalam perniagaan, biarpun demikian ada faedah- faedah lain yang kita curahkan seperti faedah kebajikan dan pembelajaran. Sebagai contoh, ada satu koperasi yang menyediakan kebajikan kepada ahli- ahlinya apabila datang dari jauh seperti Kelantan, Kedah, atau Johor ke Kuala Lumpur, mereka akan mendapat kemudahan penginapan yang istimewa dengan harga berpatutan sekadar RM20 atau RM10. Ahli-ahli kakitangan kerajaan yang datang ke Kuala Lumpur, mereka disediakan dengan limosin secara percuma dan disediakan kemudahan sewa kereta dengan subsidi.





Pemanggil kedua- En. Sulaiman, dari Koperasi Kakitangan BSN

Adakah pihak kerajaan berbincang terlebih dahulu dengan sedalam-dalamnya mengenai apakah tindakan yang hendak di ambil sekarang ini?

NYDP MKM : Untuk setakat ini, selama saya berada di ANGKASA kita tidak pernah dijemput berbincang tentang idea Akauntan Negara untuk memberi potongan gaji kepada bank-bank malahan kami sendiri yang membuat mesyuarat dan menghantar memorandum kepada Akauntan General di Kementerian Kewangan tetapi sehingga kini tidak dilayan. Bahkan pada hari Jumaat yang lalu, kita telah menghantar memorandum kali ke 2 kepada Pejabat Perdana Menteri. Memorandum ini disampaikan kepada Pejabat Perdana Menteri dan diterima oleh Pegawai Khas Perdana Menteri Dato’ Nasir Bin Safar. Dalam isi memorandum itu kami membantah agar Akauntan Negara memberi kod potongan gaji kepada bank-bank, kerana sedia maklum apabila perkara ini berlaku banyak kemusnahan akan berlaku kepada gerakan koperasi. Sebagai contoh, keanggotaan koperasi 1.2 juta akan berpindah kepada bank- bank di mana mereka akan menjalankan aktiviti ’refinancing’. Pada waktu itu, sekaligus pegawai-pegawai kerajaan akan beratur di depan pejabat- pejabat koperasi ingin menuntut balik wang-wang modal syer, yuran dan pelaburan mereka secara mendadak. Ini akan berlaku seperti mana dahulu kita pernah alami di mana koperasi CCB runtuh begitu sahaja.



DJ : Berapakah jumlah sekiranya mereka beratur dan meminta pelaburan yang mereka laburkan?

NYDP MKM : 1.2 juta anggota x RM 100, itu sebagai modal syer. Ini bererti sebanyak RM 120 juta dan tidak ada kecairan yang ada pada tangan koperasi secara mengejut.

DJ : Kenapa ada cubaan ataupun kenapa ia mahu dilaksanakan?

NYDP MKM : Gerakan koperasi dianggotai oleh 95% bumiputera, apabila malapetaka ini berlaku, saya mengaggap bahawa satu sektor keusahawanan bumiputera akan tumbang sekaligus usaha meningkatkan diri dalam bidang keusahawanan ini akan terkubur. Ini menjelaskan lagi apabila MECD dibubarkan seolah- olah gerakan koperasi hilang punca walaupun gerakan koperasi berjaya menamakan kembali di dalam KPDN, Koperasi dan Kepenggunaan. Lantas saya ingin menjawab soalan tadi, sesetengah pihak melihat bahawa keuntungan besar itu harus mereka garapkan juga, ada satu pihak yang tertentu mengusulkan membuat satu syarikat sepertimana ANGKASA dengan mereka menawarkan propaganda murah iaitu RM 1 setiap transaksi sedangkan ANGKASA hanya mengenakan kadar dalam 0.6% sahaja.





DJ : Bagaimana pengiraan RM 1 setiap transaksi?

NYDP MKM : Setiap transaksi seseorang membayar balik ansuran bulanannya seperti RM 200 atau RM 300, hanya dikenakan charge RM 1, maka dengan RM 1 itulah mereka akan berkongsi antara Akautan Negara dan juga syarikat yang telah dikenalpasti yang disebut-sebut oleh pihak bank adalah MYEG.com, ertinya mereka akan mendapat komisen RM 1.2 juta sebulan. Sebenarnya jumlah itu mengikut pengalaman kami di ANGKASA tidak cukup untuk mengendalikan sistem yang begitu hebat dan perlukan kecanggihan. Jadi kita khuatir bahawa usaha yang di buat oleh Akauntan Negara dan MYEG.com ini akan kecundang di akhirnya nanti dan habis hilang duit-duit kakitangan kerajaan.

Pemanggil ketiga- En. Abdul Rahman

Saya membuat pinjaman dengan salah sebuah bank. Saya dapati bahawa pinjaman yang di buat melalui bank itu telah dipotong oleh ANGKASA, jadi saya mahu tahu kenapa perkara ini terjadi? Saya adalah kakitangan kerajaan dan meminjam di dua buah bank iaitu Bank Rakyat dan Bank Agro. Potongan itu bermula pada tahun 2006 dan 2008. Jadi saya tidak menyangka bahawa kedua-dua pinjaman ini akan berakhir di ANGKASA. Di sini saya mahu tahu, berapakah yang ANGKASA ambil? Dan sekiranya tanpa potongan ANGKASA, adakah harga itu direndahkan atau lebih tinggi atau sebagainya?

NYDP MKM : Pada asalnya dahulu, gerakan koperasi ini adalah gerakan jimat cermat, pinjam meminjam dan dana mereka itu adalah daripada anggota- anggota koperasi ini menyimpan duit, tetapi sebenarnya style begitu adalah hanya boleh menghasilkan dana yang sedikit sahaja. Tapi demi keperluan masyarakat ini berkembang dan keperluan perbelanjaan yang besar, koperasi ini tidak cukup dana untuk manampung keperluan. Ini sangat bahaya, kerana kalau koperasi tidak cukup dana itu, maka masyarakat akan meminjam pada ’Ah Long’. Ini satu malapetaka yang lebih besar. Maka sudah ada satu bentuk smart partnership di antara koperasi dengan bank, maka bank- bank sudi untuk manawarkan pinjaman dana kepada koperasi. Faedah yang utama adalah bank- bank dan koperasi, juga masyarakat akan mendapat ’win win situation’. Bank akan keluarkan dana dan koperasi boleh mencairkan kepada masyarakat dan memberi pulangan dari segi faedah- faedah yang pelbagai. Sebaliknya kalau terus kepada bank, bank hanya mengutip keuntungan tanpa memberi faedah kebajikan kepada masyarakat. Jadi, dana-dana yang diberikan oleh bank tadi di ’parking’kan di koperasi- koperasi. Koperasi pula memberikan pinjaman itu kepada kakitangan kerajaan. Apabila seseorang kakitangan kerajaan itu mengisi borang keahlian sekaligus mereka memohon untuk mendapatkan pinjaman. Maka agreement itu akan di pegang bersama oleh koperasi dan pihak bank. Koperasi memegang ‘agreement’ itu demi untuk menjaga keahlian dan bank juga sebagai ampunya dana juga memegang agreement itu.


Pemanggil keempat- En. Osman Omar, dari Kelang

1. Kenapa YDP ANGKASA tidak berada di tempat Tn Hj sekarang ini?2. Kalau berlaku bantahan ini tidak diterima, apakah tindakan koperasi?3. Kenapa semua koperasi ini kalau kita nampak apa yang telah diperkatakan tadi boleh menimbulkan banyak masalah, kenapa tidak semua koperasi yang ada sebanyak 6 ribu itu terang- terangan membantah kepada kerajaan?

NYDP MKM : YDP Y.Bhg Dato’ Rahim Bakar berada di India bersama beberapa orang Ahli Lembaga yang lain kerana menghadiri perhimpunan ICCA international di India dan saya telah dipertanggungjawabkan untuk tampil di radio untuk menjawab beberapa isu potongan gaji di ANGKASA. Dahulu kita telah adakan satu perhimpunan koperasi kredit dan mengusulkan serta mengeluarkan satu memorandum dan telah dihantar. Baru- baru ini juga, YDP sudah mengeluarkan pressconference pada hari jumaat dan pada hari itu juga saya dan rakan koperasi kredit telah menghantar satu memorandum ke Putrajaya. Andaikata perkara ini tidak berhasil juga, MASSA akan digerakkan untuk terus membantah untuk menyelamatkan gerakan koperasi. Apabila bank- bank ini diberi kod potongan gaji, bukan sahaja koperasi kredit yang akan tumpas malah Bank Rakyat juga akan gulung tikar, kerana beberapa bank swasta atau konvensional, mereka mempunyai dana yang begitu murah iaitu pada kadar 0 %, kerana mereka mengambil daripada akaun semasa sahaja, sedangkan Bank Rakyat mengambil daripada deposit- deposit daripada ahlinya, ertinya ada kos. Bank Rakyat hanya mampu memberi kadar keuntungan 5%- 7% dan bank perdagangan mampu memberi 2%, saya rasa by the end of the year, ANGKASA akan tutup.Gerakan MASSA akan digerakkan ke arah memberi bantahan kepada pihak kerajaan agar memberhentikan niat Akauntan Negara daripada cita-citanya. Walaubagaimanapun kita menyeru Perdana Menteri Malaysia agar mempertimbangkan dan memberhentikan niat Akauntan Negara itu serta memperuntukkan satu dana stimulous pakej untuk gerakan koperasi menjalankan aktiviti koperasi kredit, kosnya lebih rendah dan banyak faedah kepada masyarakat Malaysia khususnya kakitangan kerajaan dapat ditawarkan oleh gerakan koperasi.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, August 12, 2009

MEMORANDUM KEPADA PM

Tarikh : 6hb. Ogos 2009

Kepada : YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA,
YB MENTERI KEWANGAN 2 MALAYSIA
YB MENTERI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI &
KEPENGGUNAAN

Dihantar ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya oleh rombongan diketua oleh NYDP Angkasa MKM pada 7 Ogos 2009 dan diterima oleh (sign & cop) Pegawai Khas PM Dato Nasir Safar.



BANTAHAN KEPADA AKAUNTAN NEGARA (AG) MEMBERI KOD POTONGAN PEMBIAYAAN PERIBADI KAKITANGAN KERAJAAN KEPADA BANK

Kami adalah wakil sekumpulan gerakan koperasi di Malaysia, yang mana jumlah koperasi di Malaysia adalah lebih 6000 buah dan dianggotai oleh lebih dari 6 juta rakyat Malaysia.

PENEMUAN :
1. Akhir-akhir ini pihak Akauntan Negara (AG) sudah beberapa kali memanggil pegawai-pegawai bank tempatan dan luar Negara dengan memberi taklimat penawaran kod potongan gaji terus kepada bank.

2. Tawaran kod potongan gaji ini diberikan kepada bank-bank dalam negeri (GLC) dan bank luar Negara (Foreign Bank).

3. Tidak seperti 38 tahun yang lampau dimana kod potongan gaji dikendalikan oleh ANGKASA, sebaliknya pengurusan potongan gaji ditawarkan akan dikendalikan oleh sebuah syarikat seliaan AG yang diberi nama my.eg.com.

4. Tarikh terdekat kod potongan gaji terus oleh bank dijangka pada 15hb. Ogos 2009.

PENAFIAN :
1. Seperti yang didakwa bahawa ANGKASA mendapat komisyen sebanyak RM8.1 bilion setahun adalah tidak benar.

2. ANGKASA menggunakan caj perkhidmatan 2.5% adalah tidak benar.

3. Koperasi menggunakan “paid-out charge” antara 15% – 20% dari jumlah pinjaman adalah tidak benar.

FAEDAH TAMBAHAN AKTIVITI KOPERASI KREDIT :
1. Memberi kemudahan pinjaman kepada kakitangan kerajaan (termasuk ahli CUEPACS) dan rakyat Malaysia.

2. Menyelamatkan masyarakat daripada terpedaya meminjam dari Along yang zalim.

3. Menyediakan pinjaman kebajikan dan emergency kepada masyarakat.

4. Menyediakan pinjaman untuk memulakan perniagaan dan keusahawanan.

5. Memberi sumbangan, pinjaman dan biasiswa kepada pelajar-pelajar.

6. Mengadakan kursus dan latihan secara percuma kepada masyarakat dalam pelbagai modul seperti Bimbingan Keusahawanan dan Bina Insan.

7. Membantu fakir miskin di dalam masyarakat sekaligus mengurangkan kemiskinan tegar di dalam masyarakat.

8. Gerakan koperasi menjadi penyumbang ekonomi Negara sektor ke 3.


IMPLIKASI :
Dengan pemberian kod potongan gaji pembiayaan peribadi terus kepada bank, suatu mala petaka besar akan menimpa gerakan koperasi sekaligus akan member kesan kepincangan yang dasyat kepada kotrak sosial ekonomi kepada Malaysia.

1. Semua ahli sesuatu koperasi kredit akan hilang dengan sekelip mata (overnight). Sebagai contoh, 1.2 juta kakitangan kerajaan yang mendapat pinjaman dari bank akan berpindah secara automatik, menjadi pelanggan bank, sekaligus menjadi ahli koperasi.

2. 1.2 juta kakitangan akan menuntut dikembalikan modal syer (i.e: RM1000 seorang), wang pelaburannya, wang yurannya. Koperasi akan menghadapi kesulitan besar kerana tiada liquidity secukupnya dalam sekelip mata ini.

3. Koperasi akan hilang pendapatan akibat anggota koperasi (peminjam) melakukan full settlement secara mendadak in block kerana mendapat tawaran daripada pihak bank.

4. Koperasi hilang pendapatan untuk membayar gaji kakitangan yang begitu ramai di seluruh Malaysia, kakitangan koperasi terpaksa diberhentikan atau hilang pekerjaan. Akibatnya, berlakulah masalah sosial yang besar bagi Negara.

5. Koperasi hilang pendapatan dan tidak mampu membayar sewa pejabat. Akibatnya, banyak premis-premis pejabat yang kosong tidak digunakan. Ini menggelapkan suasana perniagaan di Bandaraya.

6. Koperasi hilang pendapatan dan tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan asset dan property yang dimiliki secara mortgage. Berlakulah proses lelongan yang berleluasa di Negara Malaysia yang mengakibatkan kejatuhan nilai hartanah Negara.

7. Koperasi hilang pendapatan dan mengakibatkan berlakunya kebankrapan kepada banyak koperasi, dan lumpuhlah sektor koperasi di Malaysia.

8. Adalah dimaklumkan bahawa 90% anggota koperasi di Malaysia adalah dari kaum Bumiputera, maka malapetaka ini akan meningkatkan ketidakseimbangan sosio ekonomi di Malaysia.

SARANAN :
Berdasarkan implikasi yang dasyat di atas, dengan ini kami mewakili gerakan koperasi menghantar memorandum penting kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dengan beberapa saranan seperti berikut:

1. Agar YAB Perdana Menteri mengarahkan Akauntan Negara tidak meneruskan niat memberi kod potongan gaji pembiayaan peribadi kepada bank-bank kerana usaha tersebut hanya akan menguntungkan pihak bank perdagangan sahaja, malah bank-bank GLC dan Bank Koperasi akan tewas.

2. Sebaliknya kerajaan memperuntukkan dana (stimulus package) untuk gerakan koperasi menjalankan aktiviti pinjaman koperasi kredit kerana terbukti koperasi kredit mendatangkan kebaikan sosio ekonomi Negara Malaysia.

Alternatif :
Jika tiada pilihan lain maka kami mewakili gerakan koperasi memohon dipanjangkan hayat aktiviti koperasi kredit untuk sementara, seperti tempoh 2 tahun agar koperasi kredit mempunyai persiapan yang secukupnya untuk bertukar perniagaan asas yang selain daripada kredit.


KESIMPULAN
Memorandum ini adalah sangat penting dan tegas dan memohon pihak YAB Perdana Menteri mempertimbangkan dan mengambil langkah sewajarnya untuk menyelamatkan gerakan koperasi secara keseluruhan, selaras dengan semangat 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Tuesday, August 4, 2009

RESTORAN RAKYAT 1 MALAYSIA-KOPERASI UKHWAH

Menteri Koperasi melawat Restoran Ukhwah


ISMAIL SABRI (dua dari kanan) berbual dengan pelancong dari Amerika Syarikat, Barret Parkman dan Jessa Parkman yang makan di Restoran Rakyat 1Malaysia di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperkenalkan Akta Antikeuntungan Berlebihan tidak lama lagi bagi mengawal peniaga daripada mengaut keuntungan melampau sehingga menjejaskan kepentingan pengguna.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, akta tersebut kini dalam peringkat kajian dan kertas kerja mengenainya sedang dilaksanakan.


Sehubungan itu, pihaknya bakal melawat beberapa negara seperti Korea Selatan, Singapura dan Australia bagi mengkaji kaedah terbaik melaksanakan akta tersebut di negara ini.


"Kita akan menghantar para pegawai ke negara tersebut kerana mereka telah mempunyai akta berkenaan dan berjaya dilaksanakan dengan berkesan," katanya selepas meninjau promosi harga murah di Restoran Rakyat 1Malaysia milik Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah) di Lorong Medan Tuanku di sini semalam.
Jelas Ismail Sabri, akta tersebut perlu memandangkan ada peniaga sengaja mengambil untung berlebihan apabila terdapat kenaikan barangan asas atau harga minyak.
Sebagai contoh beliau melihat harga roti canai di negara ini yang berlainan harga dan harga-harga tersebut jauh lebih menguntungan dari kos sebenar.
" Kita lihat ada restoran seperti yang ditunjukkan Ukhwah mampu menurunkan harga roti canai semurah 40 sen sahaja sedangkan ada restoran menjual roti canai sehingga RM1.60," katanya.

Teh tarik, roti canai RM1 di Restoran Rakyat 1Malaysia






KUALA LUMPUR 3 Ogos - Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ditambah dengan harga barangan yang semakin meningkat, RM1 mungkin tidak memberi nilai dalam kehidupan seharian.

Namun, Koperasi Ukhwah membuktikan perniagaan kedai makan boleh memberi pulangan berpatutan kepada pengusaha walaupun mengenakan caj serendah RM1.

Ini terbukti apabila koperasi tersebut membuka Restoran Rakyat 1Malaysia miliknya sendiri di Jalan Medan Tuanku 1 dekat sini.

Restoran yang terletak berhadapan beberapa premis milik koperasi tersebut ibarat kantin kepada kakitangannya dan pilihan terbaik dari segi harga dan sajian kepada pelanggan sekitar.

Pengerusi Koperasi Ukhwah, Mustapa Kamal Maulut berkata, restoran yang dibuka awal bulan lalu itu mula menjadi sebutan warga kota kerana menawarkan set menu istimewanya iaitu RM1 untuk segelas teh tarik dan sekeping roti canai.

Menurutnya, ia jauh lebih murah jika dibandingkan dengan restoran-restoran lain bukan sahaja di sekitar Lembah Klang tetapi dalam negara.

''Apa yang diutamakan di restoran ini adalah kepuasan pelanggan terhadap harga yang dikenakan dan kualiti makanan serta khidmat pelanggan.

''Bertemakan konsep rakyat dan '1Malaysia' restoran ini akan menyediakan pelbagai juadah dalam suasana yang penuh keselesaan dan dengan harga yang berpatutan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis makan tengah hari di Restoran Rakyat 1Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mustapa berkata, pada hari Jumaat pelanggan hanya perlu mengira sendiri apa yang dimakan dan membayar dengan keikhlasan kerana setiap sen dan ringgit pelanggan akan disumbangkan ke dalam Tabung Masyarakat Prihatin yang disediakan di kaunter bayaran.

Beliau memberitahu, Koperasi Ukhwah telah didaftarkan pada 1998 dan diberi nafas baru pada 2002 sehingga menjadi premis dan pejabat perniagaan terbesar di sekitar Medan Tuanku.

Kata Mustapa, koperasi ialah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan matlamat meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya melalui aktiviti yang dijalankan berdasarkan prinsip koperasi.

''Gerakan koperasi di Malaysia terus memacu sektor ekonomi negara dengan mencatat keuntungan tahunan berjumlah RM7.6 billion.

''Sebahagian daripada keuntungan koperasi diperuntukkan kepada tabung kebajikan anggota bagi membiayai aktiviti kebajikan seperti tabung pendidikan anak-anak anggota, khairat, kematian dan sumbangan kepada aktiviti kemasyarakatan,'' katanya.




Akta baru kawal peniaga

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISApengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Akta Antipengambilan Keuntungan Berlebihan akan diperkenalkan untuk menyekat peniaga yang sengaja mengambil keuntungan berlebihan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah mengadakan sekatan itu perlu untuk mengurangkan beban pengguna.

Menurutnya, peniaga sengaja mengambil kesempatan kenaikan harga barang asas dengan meningkatkan harga makanan seperti roti canai pada kadar tidak munasabah.

''Akta ini masih dalam perancangan di peringkat kementerian. Ia merupakan usaha kita memantau peniaga-peniaga yang sengaja menaikkan harga secara berlebihan.

''Bulan depan kita akan mula menghantar pegawai kementerian ke negara-negara yang sudahpun mengamalkan akta tersebut seperti di Korea Selatan, Singapura dan China untuk mengkaji dan mendapatkan maklum balas,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis makan tengah hari di Restoran Rakyat 1Malaysia yang dimiliki oleh Koperasi Ukhwah di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Koperasi Ukhwah, Mustapa Kamal Maulut.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pengguna perlu menggunakan kuasa beli mereka dengan memboikot peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

Beliau berkata, tindakan sedemikian dapat mengelak pengguna daripada menjadi mangsa peniaga yang tamak dan mementingkan keuntungan semata-mata.

''Sudah sampai masa bagi pengguna mengambil langkah bijak dengan tidak membeli barang yang dijual dengan harga keterlaluan.

''Buatlah perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli kerana terdapat banyak pilihan bagi setiap barangan yang hendak kita beli.

''Sebagai pengguna, kita mesti menggunakan kuasa kita untuk memastikan harga barangan yang kita beli bukan ditentukan oleh peniaga semata-mata,'' ujarnya.

Katanya, pengguna juga tidak boleh bergantung kepada kerajaan untuk melindungi kepentingan mereka tetapi harus memainkan peranan bersama.

Tuesday, July 28, 2009

KENYATAAN BALAS CUEPACS AMBIL ALIH ANGKASA




KENYATAAN AKHBAR
27 Julai 2009



Daripada :

Pengerusi Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH)
Hj Mustapa Kamal Maulut
(Merangkap Naib Yang DiPertua ANGKASA)

KENYATAAN BALAS CUEPACS MOHON KOD POTONGAN GAJI

Merujuk kepada kenyataan di akhbar-akhbar tempatan, 27 Julai 2009, saya ingin mengulas sebagai respon gesaan Cuepacs memohon menguruskan kod potongan gaji kakitangan kerajaan, yang terdapat kenyataan Cuepacs iaitu dakwaan ANGKASA memperolehi komisen RM8.1 bilion adalah tidak benar.

Saya ingin menarik perhatian pembaca bahawa ANGKASA yang telah ditubuhkan selama lebih 37 tahun, telah mempunyai kelengkapan IT, kepakaran pemprosesan potongan gaji dan kakitangan yang cekap dan tidak satu sen pun berlaku keteresan duit hilang dan sistem potongan gaji ANGKASA sehingga kini, sedangkan sehingga ketika ini sejumlah besar wang pinjaman melalui kod ANGKASA dengan selamat.

ANGKASA selaku badan gabungan koperasi sudah memang memanfaatkan keuntungan komisen tahunan kepada masyarakat melalui berbagai-bagai program seperti pinjaman pelajaran TAPAK ANGKASA, kursus dan bimbingan usahawan ANGKASA, kursus, latihan dan seminar dalam berbagai tajuk dan modul, yang semuanya diberi dalam bentuk percuma kepada masyarakat.

Untuk makluman, ketika ini terdapat anggota koperasi lebih 6 juta di Malaysia, dan darinya anggaran 1.2 juta kakitangan kerajaan menjadi anggota koperasi dan mendapat kemudahan dan faedah dari ANGKASA Termasuk ANGKASA sedang menaungi aktiviti koperasi sekolah lebih dari 1,800 buah koperasi sekolah dengan berbagai bantuan dan bimbingan percuma kepada pelajar-pelajar sekolah.

Dengan itu, adalah sangat banyak faedah yang telah dicurahkan kepada masyarakat dan kakitangan kerajaan dari perkhidmatan ANGKASA ini.

Menyentuh tentang hasrat Cuepacs ini, saya berpendapat adalah lebih wajar Cuepacs menumpukan dan memperluaskan pembelaannya kepada kakitangan kerajaan, kerana banyak lagi isu-isu kakitangan kerajaan yang belum diselesaikan seperti hal ehwal penggajian, cuti bersalin, kerja lebih masa dan Iain-Iain lagi.

Seterusnya saya mengajak Cuepacs berganding bahu dengan gerakan koperasi dalam hal menangani isu bahawa Akauntan Negara telah memberi kod potongan gaji terus kepada bank-bank perdagangan. Ini adaiah satu ancaman yang lebih besar kepada hal kebajikan yang dilahirkan oleh gerakan koperasi, yang mana hasrat Akauntan Negara itu hanya akan memberi keuntungan kewangan yang besar kepada bank-bank komersial, tetapi mereka tidak meletak kebajikan kepada kakitangan kerajaan mahupun masyarakat Malaysia sebagai keutamaan.


HJ MUSTAPA KAMAL MAULUT
KP: 620924-08-5997
HP: 013-3410461

Friday, July 10, 2009

TAWARAN DARI KOPERASI UKHWAH KEPADA ANGGOTA KOPERASI MALAYSIA

Menepati prinsip koperasi untuk menjalin kerjasama antara koperasi, Koperasi UKHWAH menawarkan perkhidmatan PENGINAPAN EKSKLUSIF DIBANDARAYA KUALA LUMPUR SEMPENA CUTI SEKOLAH NOVERBER - DISEMBER 2009,

Tawaran ini terbuka untuk Pelajar dan Guru Koperasi Sekolah , dan Anggota Lembaga Koperasi Dewasa. Tempahan segera dikehendaki :

1. MARC RESIDENCE & SERVICE CONDOMINIUM, JALAN PENANG, kejiranan KLCC .



2. UKHWAH LAGO - berhampiran SUNWAY LAGOON , PJ.


3. VILLA UKHWAH, TAMAN TASIK TITIWANGSA, KL



4. RESORT BANDARAYA ALAM DAMAI, BANDAR TUN RAZAK, KUALA LUMPUR



5. TROPIKA JELUTONG, SHAH ALAM


6. BUDGET HOSTEL, JALAN AMPANG, BUKIT NANAS, KUALA LUMPUR


TEMPAHAN :

1. Sewaan Bilik atau
2. Sewa Sebuah Banglo

Hubungi : Bahagian Hartanah Koperasi Ukhwah
Tel : 03-26926669, 26914530

Wednesday, July 8, 2009

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI INTEGRITI KEUSAHAWANAN PENGANGKUTAN AWAM KUALA LUMPUR (KUSPA)

7 Julai 2009 - Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

NYDP Angkasa, Hj Mustapa Kamal Maulut (MKM) telah merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi KUSPA untuk pemandu-pemandu, penguasaha teksi dan usahawan.


Pernulaan mesyuarat dengan doa, dan seterusnya anggota Koperasi wajib beriman kepada Allah SWT untuk terus maju jaya.

Ucapan NYDP menyentuh anggota-anggota mendokong koperasi secara sukarela dan demokrasi, manakala anggota lembaga mesti bersikap adil dan takut kepada Allah SWT, mengelakkan daripada ketirisan wang dan melakukan aktiviti dan perbelanjaan yang lagho.

Koperasi dianjurkan untuk bergabung dengan ANGKASA, yang menyediakan latihan dan pendidikan serta masyhur dengan Biro Potongan Gaji ANGKASA. Selain itu program kerjasama antara koperasi boleh diujudkan dalam bentuk konsep Mentor - Mentee, Koperasi UKHWAH boleh ditinjau sebagai mentor perniagaan kepada Koperasi KUSPA.

Saf kepimpinan Koperasi KUSPA hendaklah disatukan kefahaman dan tindakan melalui latihan menunaikan solat berjemaah, dengan matlamat yang satu iaitu membawa kemajuan koperasi dan mendaulatkan agama Islam.

Sekian, wassalam.