Sunday, May 31, 2009

MEMBINA HALA TUJU STRATEGI BARU ANGKASA

30 Mei , Awana Genting Highland. NYDP Angkasa, Hj. Mustapa Kamal Maulut bergerak dari Senawang Specialist Hospital sejurus selepas "discharged" 12 pm menuju ke Awana Golf Resort Genting Highland, membawa visi dan misi yang besar dalam menentukan hala tuju strategi baru Angkasa.






NYDP ANGKASA Haji Mustapa Kamal Maulut




Diantara rumusan adalah:

1- Angkasa harus menubuhkan '"TASK FORCE" BEBAS terdiri daripada pimpinan Angkasa dan pakar luaran, utk mengstrukturkan kembali organisasi Angkasa dan membina modul-modul baru yg berkesan utk menjana pendapatan Angkasa.
2- Angkasa harus mengkaji KOS "EFFECTIVENESS" dlm beberapa aktiviti usahawan yg memungkinkn menjana pendapatan.

a) Seperti projek pelatih "aircond" yg berpotensi berdaya maju.

b) projek pakaian sekolah ditawarkn oleh pe"tender" dgn harga yg murah memberi potensi keuntungn, TETAPI kertas proposal mekanisme pemasaran dan koleksi duit jualan WAJIB DIBENTANGKAN.
Ini membawa kekhuatiran bhwa berjuta wang ringgit Angkasa akn dihabiskan namun pulangan dan tempoh untung kpd Angkasa tidak menentu lagi.
Masalah pemasaran dan kutipan hasil adalah kelemahan utama peniaga Bumiputra masa kini. Masyarakat koperasi tidak membenarkn aktiviti ekonomi tidak mendatangkan untung kpd Angkasa apatah lagi hanya "political milage" sahaja.

c) Kakitangan Angkasa perlu menjalankan tugas "Multi-task", mengoptimakan tenaga kerja.

Suasana Bengkel Wacana ANGKASA - Hala Tuju Era Baru (tarikh 29-31 mei)
3- PERNIAGAAN

a. Jangka masa panjang, Angkasa harus meneroka pelaburan dalam sektor perladangan, perbelian hartanah strategik dan menubuhkan BANK ANGKASA seberapa segera.

b. Ber awas dengan penubuhan "subsidary" atau anak syarikat. Ini hanya untuk pelaburan jangka pendek, yang menjangkakan pulangan balik keuntungan pelaburan Angkasa setiap tahun diperolehi. Oleh itu proposal anak syarikat yang lengkap dan menyakini wajib di lakukan.

Setengah dari insiden buruk dalam penubuhan anak syarikat adalah , modal dari koperasi induk tidak dipulangkan keuntungan setiap tahun, malah tiap-tiap tahun anak syarikat di istiharkan tidak untung. Rupa-rupanya perniagaan anak syarikat itu hanya membelanjakan modal pelaburan koperasi induk, tiada untung mendatang.

Akhirnya setelah lebih 5 tahun koperasi induk memohon dalam mesyuarat agung agar pelaburannya ke dalam anak syarikat di lupuskan atau " write off ".

" Yang terkandung tercicir, yang di kejar melepas ".
c- Pelaburan di dalam perniagaan "salvage". ANGKASA tidak seharusnya menjadi galang ganti perniagaan yang telah bankrup. 4 sebab menolak pelaburan ini iaitu : (1) tidak munasabah membayar hutang piutang syarikat yang terkandas itu, (2) tidak diketahui dengan pasti berapa modal yang perlu dilabur oleh ANGKASA dalam menghidupkan kembali operasi kilang tersebut, (3) tidak pasti berapa tankah pengeluaran dan jualan sehingga dapat mendatangkan keuntungan kepada ANGKASA, dan (4) Kepimpinan ANGKASA WAJIB MEMBENTANGKAN kerja kerja fisibiliti studi tentang pelaburan kilang mengeluarkan palet ikan sangkar.

Oleh yang demikian, cadangan ke arah membeli dan melabur di syarikat pengeluaran makanan ikan MPOB di Negeri Pahang wajib kajian mendalam. Tidak juga diketahui berapa banyakkan sangkar ikan yang berada di sepanjang Sungai Pahang dari Kuala Lipis hingga ke Pekan. Kemanakah ikan-ikan tersebut akan dipasarkan? Bolehkan penternak ikan-ikan itu membayar belian makanan ikan kepada ANGKASA?

Ini adalah pelaburan berisiko tinggi dan membahayakan ANGKASA.

4- MENAMBAH PENDAPATAN ANGKASA

Adalah disasarkan bahawa pendapatan ANGKASA dilipatgandakan kpd "double" iaitu RM100 juta setahun. Ini dapat meningkatkan simpanan ANGKASA utk memobilisasikan kegawatan yg mungkin dimasa hadapan.


Fokus utama adalah meningkatkan pendapat koperasi kredit, kini menyumbang 12% kpd ANGKASA, ditingkatkan kpd 30% sumbangan kpd ANGKASA.

Kaedahnya:

i) Memohon dana stimulas pakej ke-3 kerajaan Malaysia dgn working capital 10 billion dicurahkan kedalam BANK ANGKASA (penubuhan). Dana ini akan disalurkan kpd koperasi-koperasi kredit.

ii) ANGKASA bertindak sbg penyelaras kpd bank-bank tempatan dan luar negara utk menghulurkan pinjaman kpd working capital kpd koperasi-koperasi kredit.

5- Memasukkan nilai TAQWA dalam nilai-nilai utama digunapakai ANGKASA spt SADIQ, AMANAH dan TELUS. TAQWA ertinya beriman kpd Allah Ta'ala dan merasa takut kpd-Nya hingga tidak berlaku penyelewengan dalam operasi ANGKASA.

En. Muhammad Salim Md Dom

Sementara itu ahli JAD ANGKASA, En. Muhammad Salim b Md Dom menyarankan rakan sejawat JAD ANGKASA agar bertindak pro-aktif, dgn mengetahui pelan tindakan ANGKASA mendatang, maka JAD sudah menyiapkan modus operandi setiap procedure wajib ditempuh dalam setiap perniagaan ANGKASA. Ini mengelakkan berlaku perlanggaran keatas UUK ANGKASA dan sebarang kuropsi.


Tn. Hj. Tuan Ludin


Dimasa yg sama, ahli JKT Kelantan Tn. Hj. Tuan Ludin menggesa agar pimpinan ANGKASA tertinggi (top 5) bersatu dan bersepakat mendukung hasrat era baru hala tuju ANGKASA. Beliau memberi amaran jangan ada usaha "CHAH KETING" yg akan menggendalakan agenda besar ANGKASA ini.

oleh Wartawan koperasi2009.




Friday, May 29, 2009

NYDP HAJI MUSTAPA (MKM) DI SENAWANG SPECIALIST HOSPITAL, NS

NYDP MKM sedang berada di Senawang Specialist Hospital, NS untuk menerima rawatan kesihatan tubuh badan disamping berehat dari kesibukan tugasan koperasi. Tetamu adalah ahlan wasahlan.

Wednesday, May 27, 2009

Koop Ukhwah siapkan rumah pesakit strok


KAMPUNG SELAMAT - Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Koperasi Ukhwah) melalui 'Skuad Ukhwah di Hatimu' telah menyiapkan sebuah rumah kepada pesakit strok (angin ahmar), Mihat Kasim, 53, yang hidup menderita sejak lapan tahun lalu.

Ini adalah pondok asal kediaman En Mihat bersama isteri dan 4 orang anak.
Bekalan air dari anak sungai dan bercahayakan pelita ... kasihan.
Negara Malaysia sudah maju tetapi masih ada warganya yang masih dhaif.

Pengerusi Koperasi Ukhwah, Mustapa Kamal Maulut berkata, kos menyiapkan rumah Mihat yang terbengkalai akibat dia tidak mampu meneruskan pembinaan rumah itu setelah dia jatuh sakit adalah sebanyak RM30,000.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat kerana telah memberi maklumat dan bekerjasama dengan Koperasi Ukhwah untukmembantu golongan kurang berkemampuan seperti Mihat. Kerjasama ini perlu dijalankan berterusan kerana dengan cara ini, Koperasi Ukhwah dapat mengenal pasti individu yang benar-benar memerlukan bantuan," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi keluarga Mihat di sini, kelmarin.


Upacara simbolik menyiapkan rumah En. Mihat. Pengerusi Koperasi UKHWAH, merangkap NYDP Angkasa, Hj Mustapa Kamal b Maulut sedang mengecat dinding rumah.

Hadir sama, Dato'Rahim Baba SKM, Datuk Noraini Ahmad Koperasi Puteri serta kakitangan Koperasi Ukhwah.

Mustapa berkata, beliau berharap supaya semua anak-anak Mihat dapat meneruskan pelajaran dalam keadaan yang sempurna setelah menghuni rumah baru itu.

"Saya harap mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan kerana dengan cara itu, mereka akan dapat mengubah nasib keluarga kelak," katanya.



Rumah baru pemberian UKHWAH masih belum mempunyai bekalan air dan elektrik. UKHWAH meyeru agar pihak Syarikat Bekalan Air dan TNB menyegerakan pembekalan kepada penduduk kawasan ini.

Sebelum mi, Mihat tinggal di sebuah pondok bersama isterinya, Che Siti Said, 50, yang bekerja mengambil upah menoreh getah untuk menyara hidup mereka sekeluarga serta menguruskan kehidupan anak-anak mereka yang masih bersekolah.

Mihat yang bekerja sebagai kelendan lori kayu di sebuah kilang di Padang Lembu, dekat sini, terpaksa berhenti kerja setelah mengidap strok.

Suami isteri itu mempunyai empat anak iaitu Mohd Syukuri, Mohd Zamri, Mohd Hasif dan Mohd Rasyid.

Mohd Syukuri dan Mohd Zamri yang sudah berumah tangga menyara hidup dengan melakukan kerja-kerja kampung manakala Mohd Hasif dan Mohd Rasyid masih lagi bersekolah.

Sinar Harian -Yan 25 Mei 2009

Tuesday, May 26, 2009

NYDP ANGKASA Lancar Penubuhan Koperasi Jelatek


NYDP Angkasa merangkap Pengerusi Koperasi UKHWAH sedang memberi penerangan mengenai penubuhan koperasi dan faedah yang diperolehi ekonomi yang diperolehi melalui koperasi.

Sebuah lagi koperasi bakal memeriahkan dunia koperasi negara, Koperasi Jelatek Berhad telah dilancarkan penubuhannya di PPR Jalan Jelatek Kuala Lumpur pada 24 Mei lalu.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh NYDP Angkasa, Tuan Haji Mustapa Kamal Bin Maulut, yang juga Pengerusi Koperasi Ukhwah.

Pelancaran tersebut bersempena Program Kehidupan Murni 2009 di PPR Jelatek, yang turut dihadiri Ketua Pengarah DBKL, Datuk Haji Salleh Yusop, mewakili Menteri Wilayah Persekutuan.

NYDP telah menyeru kepada penduduk PPR seluruh Wilayah Persekutuan, khususnya penduduk PPR Jelatek agar menubuh serta menyertai koperasi sebagai cara berekonomi, sekaligus menyelesaikan masalah kemiskinan bandar.

Beliau turut menggariskan beberapa kelebihan berkoperasi, dengan mengambil Koperasi Ukhwah sebagai contoh, hingga mampu menabur kebajikan kepada masyarakat seperti yang telah berlaku di Kedah kelmarin. Katanya, Skuad Ukhwah Di hatiku, telah membuat khidmat masyarakat dengan membaiki surau yang telah uzur dan membina rumah rakyat termiskin.

Ketua Pengarah DBKL, Y.Bhg Datuk Haji Salleh Yusop dalam ucapannya telah mengalu-alukan penubuhan Koperasi Jelatek. Beliau amat bersetuju dan mahukan langkah murni ini diikuti oleh PPR yang lain.

NYDP dan Ketua Pengarah DBKL sedang merasa coklat mengubati penyakit ketagihan merokok, yang mana merokok difatwakan HARAM di sisi Allah SWT.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Jalan Jelatek, Encik Mohd Fadli Yusof yang bertindak sebagai Pengerusi Penaja Koperasi Jelatek berharap penubuhan koperasi akan membantu membaiki taraf hidup penduduk-penduduk di situ.

RM200,000 dana pendidikan Koperasi Ukhwah


YAN: Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Koperasi Ukhwah) memperuntukkan lebih RM200,000 setahun untuk menjalankan pelbagai program pendidikan dan kebajikan di seluruh negara.

Pengerusinya, Mustapa Kamal Maulut, merangkap NYDP ANGKASA berkata dana itu adalah hasil sumbangan setiap ahli Koperasi Ukhwah yang menderma sebanyak RM8 setahun melalui yuran khairat kebajikan.

Beliau berkata, melalui Skuad Uhkwah di Hatiku yang ditubuh pada Mac lalu, dana itu akan disalurkan untuk pelbagai program pendidikan dan kebajikan bagi membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan termasuk golongan kurang upaya dan miskin.

Surau berumur 60 tahun dibaik pulih oleh Koperasi UKHWAH untuk dimakmurkan
oleh penduduk kampung itu,

"Program membaiki pulih Surau Kampung 18 Luar di sini dan sumbangan kepada golongan miskin adalah antara program kebajikan yang pertama dianjur oleh skuad ini sepanjang dua hari berada di Kedah dan Perlis.

“Kedah adalah destinasi pertama program ini dijalankan dan sebanyak RM30,000 diperuntukkan untuk membaikpulih dan menyelenggara surau yang berusia hampir 40 tahun ini selepas mendapat persetujuan daripada ahli jawatankuasa dan pengasas surau, Abdul Ismail," katanya selepas merasmikan program terbabit di Kampung 18 Luar, Guar Chempedak di sini, kelmarin.

Hadir sama Ahli Majlis Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Rahim Baba dan 50 kaki tangan Koperasi Ukhwah yang berkonvoi dari Kuala Lumpur untuk menyertai pogram berkenaan.

Mustapa berkata, selain sumbangan kepada empat keluarga miskin di kampung itu, pihaknya turut membayar elaun kepada seorang guru yang membuka kelas agama di surau berkenaan.

Upacara penyerahan surau dilakukan dengan pembinaan papan tanda surau oleh Imam Masjid Guar Chempedak dan NYDP Angkasa, Hj Mustapa Kamal.


Katanya, selain itu pihaknya memperuntukkan sebanyak RM20,000 untuk membina sebuah rumah untuk penduduk miskin di Kampung Selamat, Padang Lembu, Pendang yang termasuk dalam program kebajikan skuad terbabit.

Katanya, Skuad Ukhwah akan menjalankan program terbabit di seluruh Malaysia untuk mendekati masyarakat terutama di luar bandar disamping mengenalpasti permasalahan yang berlaku sebelum menyampaikan sumbangan dalam kepada penduduk di situ.

"Pada bulan depan, skuad ini akan turun mendekati penduduk Orang Asli di Temerloh dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Skuad UKHWAH di hatiku adalah skuad kebajikan Koperasi UKHWAH yang berjalan ke seluruh tanahair sambil meninjau peluang untuk melakukan program kebajikan yang effektif kepada masyarakat... sedang menikmati jamuan bersama orang kampung ketika penyerahan surau di atas.

"Program ini memberi peluang kepada kakitangan Koperasi Ukhwah untuk memahami budaya masyarakat dan permasalahan setempat selain menjalankan tanggungjawab sosial organisasi," katanya.

Berita Harian, 25 Mei 2009

Thursday, May 21, 2009

KPRS melawat UKHWAH




Seramai 7 orang ahali lembaga KOPERASI PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN SAMARAHAN BERHAD (KPRS) telah melawat Koperasi Ukhwah baru-baru ini. Mereka diketuai oleh En. Nawi Bin Hj Som.




Lawatan ke Kuala Lumpur selama 4 hari 3 malam itu diakhiri dengan melawat ke pusat-pusat aktiviti Ukhwah di Medan Tuanku. Antara tempat dilawati adalah Galeri Hartanah Ukhwah.




Tuesday, May 19, 2009

NYDP MERASMIKAN BOWLING ANGKASA WP

AMPANG POINT, SELANGOR.- 17 Mei 2009.

Angkasa W.P telah berjaya mengadakan kejohanan bowling , dan penyertaannya amat menggalakkan, di mana lebih dari 50 pasukan telah mengambil bahagian.

Dipertandingan itu, AJK Angkasa W.P. telah menjemput NYDP Angkasa Hj Mustapa Kamal B Maulut, untuk merasmikan balingan penutup kejohanan , sekaligus menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.



NYDP Hj Mustapa sedang mula akan beraksi membuat lontaran penutup kejohanan, di iringi oleh Hj Ramlan Chan ( AJK ) dan Pn Hjh Salbiah ( AJK ).

NYDP Hj Mustapa sedang menyampaikan tropi pemenang no. 1 dari Koperasi Perbandaran Berhad. Bersama mengiringi adalah Tn Hj Zulkifli ( Pengganti Pengerusi Angkasa W.P ), Tn.Hj.Helmi ( AJK Angkasa Kelantan ), dan Ustaz Fadli Yusuf ( Perunding Motivasi dan Laman Web ).

NYDP Hj Mustapa bersama ahli bowling Koperasi Kojadi, begitu mesra dan terharu atas kesudian NYDP beramah mesra dengan koperator2 dari kalangan bukan Melayu.




Di tengah-tengah kejohanan bowling W.P. itu, NYDP dikunjungi oleh tetamu ALK Koperasi dari Samarahan Serawak, yang diketuai oleh En Nawi selaku Pengerusinya. BYDP berkesempatan bersama mereka untuk makan tengahari. Sebelum itu, rombongan Serawak itu telah menginap di Banglo Resort Bandaraya Koperasi Ukhwah di Alam Damai Cheras. Sepanjang lawatan mereka selama 4 hari telah disediakan Van Koperasi Ukhwah untuk lawatan tersebut. Rombongan sangat berpuas hati dan bersyukur kerana konsep koperasi tolong menolong dapat dilaksanakan.




NYDP meluahkan rasa syukur betapa koperasi-koperasi W.P. begitu bekerjasama, dalam menghantar peserta, lebih lagi mereka juga menghadiahkan beranika hadiah dan hamper. Seorang peserta dari Koperasi Kojadi telah terpilih menerima hadiah TV JVC untuk dibawa balik kenangan manis berkoperasi.
Harapan, semuga koperasi-koperasi W.P. akan terpanggil mengemudi kemajuan ekonomi gerakan koperasi, dan melahirkan ramai pemimpin mengemudi Angkasa, dengan jiwa TAQWA dan bersih dari maksiat dosa dan korupsi.
Wartawan Koperasi 2009.
Wassalam.



JIKA MAHU MAJU, PERNIAGAAN MESTI JAUHI DARI RIBA DAN JUDI.

Kementerian Kewangan lulus 1,822 lesen judi, Majlis Fatwa tiada fungsi?
Azamin Amin Fri Mar 13, 09 4:13:40 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Sebarang Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hanya akan tinggal panduan semata-mata sekiranya ia tidak diwartakan oleh negeri-negeri malah tidak boleh dikuatkuasakan daripada segi undang-undang.

Itulah yang terjadi kepada 1,822 lesen judi yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan termasuk cabutan khas (lucky draw) yang melibatkan dana melibatkan lebih daripada RM70 juta.

Ianya membangkitkan persoalan sejauh mana Majlis Fatwa memainkan peranan supaya setiap dasar kerajaan yang dibuat tidak bercanggah dengan syarak seperti yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan itu.

Perkara ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd. Yusoff sewaktu sesi soal jawab tambahan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr. Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Jadi, sekiranya negeri-negeri tersebut tidak mewartakan, maka dia hanya akan tinggal sebagai satu fatwa yang berbentuk sebagai satu panduan sahaja, yang tidak boleh dikuatkuasakan daripada segi undang-undang.

"Jadi, kalau misalnya beberapa fatwa yang Yang Berhormat sebut, katakan fatwa hal merokok misalnya, kalau di Selangor telah dikuatkuasakan dan diwartakan. Maka kalau orang merokok di Selangor, dikenakan tindakan undang-undang, tetapi kalau di Kuala Lumpur tidak dikenakan. Begitu juga yang berkaitan dengan lesen babi ataupun sebagainya." kata Mashitah menjawab soalan Zailah. - azm

Monday, May 18, 2009

GERAKAN KOPERASI MESTI MELAHIR 2 WATAK PEMIMPIN INI - FORMULA UNTUK MAJU JAYA

Tazkirah Jumaat: Mengambil iktibar watak Sayidina Abu Bakar, Omar
Ustaz Zainudin Hashim Fri May 15, 09 12:56:20 pm MYT

Bagi pengamal sirah para sahabat r.a., akan mendapati bahawa antara kedua-dua pimpinan tertinggi khilafah Islamiyah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. iaitu antara Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Omar bin al-Khattab, mempunyai perwatakan dan keperibadaan yang sama sekali berbeza antara satu sama lain.


Ini kerana ada yang ulama sirah seperti Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat, bahawa kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Sayidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang, sementara Sayidina Omar pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras.


Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah 'jemaah Islam' seperti PAS yang bercita-cita memperjuangkan Islam dalam segenap aspek kehidupan, terutamanya memastikan undang-undang negara berdasarkan prinsip hukum Ilahi. Ini kerana kedua-dua cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman di mana wujudnya kambing-kambing hitam yang mahu menumbangkan pemerintahan secara tidak demokratik.

Apa yang kita boleh belajar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah berkenaan, ialah salah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama, ia dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas berakhirnya perang Badar Kubra.

Dalam peperangan itu, umat Islam berjaya membunuh kira-kira 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain, baginda Rasulullah s.a.w. tidak dapat memutuskan kedudukan 70 tawanan tersebut. Maka kedua-dua Abu Bakar dan Omar dipanggil untuk mendapatkan pendapat mereka. Sayidina Abu Bakar mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.

Rasulullah bersetuju dengan pendapat Abu Bakar itu, walau bagaimanapun baginda tetap mahu mendengar pendapat daripada Sayidina Omar pula. Omar juga menyatakan bahawa pendapat Abu Bakar itu ada kebenarannya, tetapi baginya disebabkan puak-puak musyrikin itu adalah punca kepada berlakunya penyelewengan terhadap umat manusia, maka beliau mecadangkan agar kesemua mereka yang ditawan itu dipancung sahaja kepala mereka.

Rasulullah s.a.w. tidak dapat nak memutuskan antara kedua-dua pendapat itu, namun baginda menegaskan bahawa mahu berjumpa mereka berdua pada keesokan hari di tempat yang sama. Pada malam itu Allah SWT memutuskan keputusannya mengenai kedudukan tawanan perang melalui ayat 67 surah al-Anfal sebagai teguran kepada Nabi: "Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Boleh dibuat kesimpulan mengenai ayat di atas, bahawa Allah SWT mahu agar Nabi-Nya membunuh (dengan memenggal kepala) para tawanannya, ada mufassir menyebut seolah-olah pendapat Omar menepati ayat yang telah Allah tentukan sejak di 'Luh Mahfuz' lagi kedudukan mereka yang menentang Rasulullah. Ia bukanlah satu pendapat yang memperlihatkan kegarangan Omar, akan tetapi merekalah punca ramai manusia menentang Allah SWT.

Setelah kewafatan baginda Rasulullah, tampuk pemerintahan diserahkan kepada Sayidina Abu Bakar dengan cara syura dijalankan. Abu Bakar berpegang prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin ketumbukan perang agar ketahan Islam dapat dipelihara. Khalid Bin al-Walid menjadi pilihannya, kerana Khalid adala individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan.

Ringkasnya, apabila Sayidina Abu Bakar meninggal dunia, jawatan itu tidak dikekalkan Omar kepada Khalid, kerana Omar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama, nanti mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Khalid menerima pelucutan jawatannya sebagai panglima perang, kerana beliau juga tahu keadaan tersebut, maka Sayidina Omar melantik Sa'ad Bin Abi Waqqas yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.

Maknanya, kedua-dua Sayidina Abu Bakar dan Omar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam 'jemaah Islam'.

SYUKRAN,

Saturday, May 16, 2009

H1N1: Kes kedua dikesan di P.Pinang. Tunaikanlah Solat 5 Waktu dan Makanlah Yang Halal Buatan Orang Islam.

TAHAP KESELAMATAN DIPERKETATKAN....Beberapa kakitangan Hospital Pulau Pinang mengawal pintu masuk ward 16 yang menempatkan mangsa kedua yang dijangkiti virus Influenza A, H1N1. Foto THE STAR Oleh: ZAINUDIN AHAD.

PUTRAJAYA: Kes kedua influenza A (H1N1) dikesan di Pulau Pinang dan disahkan pagi ini, yang melibatkan rakan kepada pesakit pertama yang dikesan semalam, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat hari ini.

"Pesakit ini adalah rakan kepada pesakit pertama dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang. Beliau kini berada dalam keadaan stabil dan tidak lagi demam," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Katanya anggota keluarga pesakit berkenaan juga telah dikuarantin di kediaman mereka untuk tempoh tujuh hari bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan virus tersebut.

"Setakat ini mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.Mengulas lanjut, Dr Ramlee berkata kementerian telah mengenal pasti kesemua kontak yang berada dalam penerbangan yang sama dengan pesakit pertama dan kedua. Penerbangan MH091 yang merupakan destinasi terakhir pesawat terlibat, membawa 192 penumpang dan 15 anak kapal pada tarikh berkenaan, katanya.

"Daripada 192 penumpang, seramai 119 masih berada di negara ini, melibatkan 81 warganegara Malaysia dan 38 bukan warganenegara. Baki 73 penumpang lagi telah meneruskan penerbangan masing-masing ke luar negara pada tarikh yang sama, 13 Mei," katanya.

PAKEJ INSENTIF & KERJASAMA KOPERASI


Meningitis: Satu maut di Seremban. Peringatan menjauhkan diri MAKSIAT kepada Allah.

May 15, 09 6:22pm
dikemaskini Kementerian Kesihatan mengesahkan satu kematian pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jempol, Negeri Sembilan, di hospital Seremban semalam akibat meningitis.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata hasil bedah siasat didapati mangsa mengidap acute pericarditis dan kementerian masih menyiasat punca sebenar kejadian ini."Buat masa ini, terdapat dua kes yang dirawat di wad pengasingan, Hospital Jempol.

Keadaan mereka adalah stabil."Sebanyak 29 orang pelatih berada di dalam pemerhatian," katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.Beliau berkata aktiviti pemantauan ke atas pelatih dan kakitangan di Pulapol itu terus dijalankan oleh petugas kesihatan selama 24 jam dan sesiapa yang mempunyai gejala jangkitan akan dirujuk terus ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.

Mohd Ismail berkata, sehingga kini, sebanyak 166 orang yang berhubung dengan kes dikenal pasti dan diberi antibiotik profilaksis.Mengenai situasi semasa wabak disyaki meningitis di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, beliau berkata sebanyak 32 kes masih lagi dirawat di wad pengasingan Hospital Melaka.

Beliau berkata daripada 42 kes yang dirawat semalam, 10 daripada mereka telah dibenarkan pulang dan tiada kes baru dimasukkan ke hospital.Pagi semalam, Bernama melaporkan, orang ramai yang berada di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban heboh apabila mendapat tahu seorang anggota polis dari negeri ini baru meninggal dunia akibat jangkitan wabak tersebut.

Kekecohan itu dilaporkan berlaku selepas mereka melihat kakitangan hospital itu menggunakan penutup muka dan sarung tangan semasa menguruskan jenazah seorang anggota polis yang berasal dari Sabah yang meninggal di hospital itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainal Ariffin Omar semalam berkata jenazah anggota polis terbabit dihantar ke Hospital
Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Thursday, May 14, 2009

PERJUMPAAN DENGAN MENTERI KOPERASI.

14 Mei 2009, PUTRAJAYA-

Suatu kunjungan silaturahim telah dilakukan oleh Koperasi Ukhwah kepada Menteri yang menyelia badan koperasi, Dato' Ismail Sabri, di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Deligasi Ukhwah di wakili oleh Tn Hj Mustapa Kamal Maulut, selaku Pengerusi Koperasi Ukhwah merangkap Naib Yang DiPertua Angkasa dan Datok Rahim Baba, selaku Ahli Majlis SKM merangkap YDP Penasihat Koperasi Ukhwah.

Pertemuan ini merupakan majlis pengenalan Kop. Ukhwah kpd Menteri, yang mana Kop. Ukhwah adalah sebuah koperasi credit yang menyediakan kemudahan kewangan kepada anggota-anggotanya.

Pihak Menteri juga dimaklumkan bahawa, hasil dari aktiviti credit ini, memberi keuntungan sewajarnya, sehingga Kop. Ukhwah berupaya memberi kebajikan kepada anggota-anggotanya, dan anak-anak anggota, mahupun masyarakat Malaysia.

Begitu juga, selebihnya Kop.Ukhwah melebarkan pelaburan jangka masa pendek dan panjang ke dalam bidang hartanah yang strategi dan bernilai tinggi di Lembah Klang, dan memberi keuntungan yang sewajarnya kepada Kop. Ukhwah.

Selanjutnya, Kop. Ukhwah mengadakan perbincangan untuk melebarkan manfaat dalam bidang pendidikan kepada masyarakat luar bandar, di mana beberapa aktiviti pendidikan boleh di curahkan oleh gerakan koperasi, seperti mengadakan bimbingan dan tuisyen pelajaran, menyediakan biasiswa dan dermasiswa, dan sponsoring lawatan sambil belajar pelajar ke bandaraya mahupun ke luar negara.

Menyentuh bidang kepenggunaan, Menteri diberitahu bahawa Kop. Ukhwah ada mengusahakan pengedaran produk halal berjenama Ukhwah Choice, yang memastikan produk itu halal dan berseh disamping kawalan harga yang berpatutan, tidak melampau.

Akhir pertemuan itu, pihak Kop. Ukhwah menjemput YB Menteri dapat meluangkan masa kepada suatu majlis yang sedang diatur olek Kop. Ukhwah disuatu masa terdekat kini. Pertemuan berjalan dan berakhir dalam suasana yang mesra dan positif.

Mengiringi sama rombongan adalah Tn. Hj Hassan Gondol, selaku Naib Pengerusi Kop. Ukhwah, En. Idris , selaku Peg. Kebajikan Ukhwah dan sdr . Sabaruddin.

Terima kasih.





KOPERASI UKHWAH MENAMBAH PENGINAPAN PERCUMA KEPADA ANGGOTANYA DEKAT KLCC.

12 MEI 2009- KLCC,

Berita gembira untuk anngota-anggota Kop. Ukhwah, suatu kemudahan penginapan percuma dan selebihnya berbayar minimum di lebarkan kepada anggota, yang hebatnya kerana berdekatan dengan kemuncak dunia KLCC.

Penginapan ini terletak di MARC Service Resident di Jalan Pinang, dekat sangat dengan Twin Tower KLCC. Condominium ini dilengkapi dengan kolam renang, gelanggang tenis dan gymnasium.

Seorang anggota layak menginap percuma 6 kali setahun, dan selebihnya dikenakan bayaran minima. Ini merupakan kemajuan dan manfaat yang dapat dibina aktiviti dan perniagaan secara berkoperasi. Selamat datang ke Kop. Ukhwah.


Begitu hampir dengan KLCC yang sangat cantik.

Memasuki rumah Ukhwah di Marc Service Resident dengan Bismillah, Pengerusi Ukhwah Hj Mustapa, YDP Ukhwah Datok RahimBaba, Datok Osman Baba dan Sdr Fadli Yusof.



Monday, May 11, 2009

MARI AKTIVIS USAHAWAN DAN KOPERASI MELEBARKAN BISNES KE INDONESIA.

Residen Hotel Bangi - 10 Mei 2009.

Usahawan dan warga koperasi Malaysia adalah di seru agar mempertimbangkan untuk meneroka peluang perniagaan di negara jiran Indonesia. Ini berikutan langkah awal yang telah di buat oleh Al Wahida Sdn Bhd pengedar MLM barangan HPA telah menubuhkan kedai-kedai produk HPA di Indonesia.

Alasan yang wajar adalah :

1. Mengembangkan produk halal fardu kifayah kepada umat Islam di Indonesia.

2. Meneroka pasaran MLM di pasaran luas dengan penduduk Indonesia melebihi 250 juta .

3. Meneroka peluang bisnes usahawan dan koperasi melangkaui sempadan Malaysia.

Tahniah kepada syarikat Al Wahida Sdn Bhd dengan pembukaan cabang berikut :

1. Cabang Medan. Ruko Plaza Milenium Blok B.59 Jl. Kapten Muslim Medan Sumatera Utara Telp. +6261-844058

2. Cabang Palembang. Jl. R. Sukamto No.91 D 8 Ilir Palembang Sumatera Selatan Telp. +62711-8356950

3. Cabang Bandung.Jl. Prof. Drg. Surya Sumantri No.6 C Sukagalih Bandung Jawa Barat Telp. +6222-2017663

4. Cabang Yogyakarta. Ruko TSBC No.160 Jl. Taman Siswa Yogyakarta Telp. +62274-383122

5. Cabang Surabaya. Ruko Villa Bukit Mas Cluster Amsterdam Blok RB. 24 Surabaya Jawa Timur Telp. +6231-5612480

6. Cabang Makasar. Jl. Pelita Raya No. 10 Makasar Sulawesi Selatan Telp. 085242664650

7. Cabang Kramat Raya Senen Jl. Kramat Raya No. 25 Lantai-1 Senen Jakarta Pusat Indonesia telp. +6221-3148702

8. Cabang Melawai Jl. Wijaya VIII No. 2 Melawai Jakarta Selatan Telp. +6221-7211411

Yang berminat untuk meluaskan perniagaan MLM ke Indonesia sila hubungi,

Pn Saadah 0123450461, Ustaz Fadli 0173117929, Ustaz Zainan 0179371701.
Email : ukhwah1@streamyx.com

Syukran.

Sunday, May 3, 2009

LAWATAN NYDP KE LONDON

27 April 2009, LONDON,

Sekitar lawatan kerja NYDP Hj Mustapa Maulut ke London.
Pada hujung April 2009, NYDP Hj Mustapa telah menghadiri seminar menarik pelabur United Kingdom ke Malaysia, bertempat di London , anjuran MITI. Ramai potensi pelabur dapat di hubungi, dan ekoran dari itu sudah mula ada hubungan awal delegasi pelabur akan datang ke Malaysia, meninjau prospek pelaburan, di samping ingin mencari rakan kongsi di pihak Malaysia.





Juga beberapa pertemuan telah di atur, diantaranya dengan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia , Dato' Dr Awang Adek. Antara isu di bincangkan adalah untuk meningkatkan dan menambahbaikan urusan kod potongan gaji ANGKASA dengan pihak Akauntan Negara yang di bawah seliaan Kementerian Kewangan Malaysia. Adalah di maklumkan kepada beliau bahawa kini Bank Simpanan Nasional sudah mendapat kod potongan terus kepada Akauntan Negera, dan ini bererti BSN tidak akan melalui kod ANGKASA lagi, dan memberi implikasi kehilangan pendapatan ANGKASA sebanyak 25%.




Pertemuan dengan Menteri MITI Malaysia, Dato' Mustapa Muhammad.
Ketika ceramah pelaburan YB Menteri di London, beliau mengajak pelabur-pelabur UK datang ke Malaysia. Sekali gus YB Menteri menggesa pihak Malaysia seperti Syarikat dan Koperasi untuk mengambil kesempatan menawarkan diri sebagai rakan kongsi pelabur-pelabur di atas. Diantara bidang yang boleh dilabur dalam Dasar Liberasasi Malaysia adalah seperti berikut:
1. Sektor Komputer dan perkhidmatan yang berkaitan denganya

2. Sektor kasihatan dan Perkhidmatan Sosial

3. Sektor pelancungan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan nya
4. Sektor Pengangkutan
5. Sektor kesukanan dan lain-lain urusan riadah
6. Sektor perkhidmatan perniagaanSektor Sewaan/ Leasing
7. Lain-lain sektor sokongan kepada sektor Pengankutan




Persefahaman dengan LIM KOK WENG University London.

NYDP Hj Mustapa Maulut telah menyuarakan hasrat kepada LimKokWeng University agar menyediakan beberapa modul khas kursus jangka pendek , seperti Kemahiran Global Business Communication, High Skill for Global Marketing Executive, English as Business Medium etc. Kursus ini akan ditawarkan untuk jangka masa singkat 3 minggu atau 6 minggu di kampus LimKokWeng Universiti London. Kursus-kursus ini amat perlu dan sesuai kepada pegawai-pegawai syarikat dan koperasi demi untuk melengkapkan diri dalam era perniagaan global dan Liberasasi.

Yang berminat sila hubungi email: ukhwah1@streamyx.com untuk keterangan lanjut.

Laporan dari London : Rahizal.

Saturday, May 2, 2009

MENGAPA ANGKASA MASIH BELUM INGIN MENUBUHKAN YAYASAN ANGKASA?

30 April 2009-
Ekoran dari seorang wakil Koperasi dari Perak membangkitkan isu bilakah ANGKASA mahu menubuhkan YAYASAN dalam sesi soal jawab Seminar Keusahawan Angkasa 23 April , di Bukit Merah Perak, maka wartawan Koperasi2009 telah mendapatkan sedikit latar belakang proposal Yayasan tersebut.

Untuk makluman bahawa perkara penubuhan Yayasan ANGKASA ini telah bertahun-tahun disarankan oleh perwakilan koperasi pada mesyuarat Agung tahunan Angkasa, namun masih belum menjadi. Sedangkan baru-baru ini Yayasan Bank Rakyat telah berjaya dilancarkan oleh Menteri pada mesyuarat Bank Rakyat April 2009.

Adakah soal politiking lebih besar dalam ANGKASA melebihi faedah kemajuan ekonomi dan pendidikan kepada koperasi-koperasi gabungannya?


YAYASAN ANGKASA
( Di cadangkan oleh Jawatankuasa TAPAK ANGKASA )

CADANGAN AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN ANGKASA


1. Pengerusi

YDP ANGKASA (2009 )


2. Setiausaha @ Pengganti Pengerusi

Pengerusi Jawatankuasa TAPAK ( NYDP 2009 )


3. Ahli-Ahli

I. Top 3, 2009(Timbalan Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua ANGKASA)
II. 4 Ahli Jawatankuasa TAPAK
III. Wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SMK)




CADANGAN SUMBER DANA YAYASAN ANGKASA

1. Sumbangan tahunan ANGKASA dari budget Pinjaman Pelajaran RM500,000.00

2. Sumbangan tahunan dari SKM KWAP Pendidikan RM1,000,000.00

3. Sumbangan dari koperasi hasil dari pelepasan cukai RM500,000.00


STRUKTUR TADBIR URUS YAYASAN ANGKASA

i. LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

ii. PANEL PEMANTAU SYARAK

iii. PENGURUS BESAR

iv. PENGURUS JABATAN
OPERASI


v. PENGURUS JABATAN OPERASI
PENGURUS JABATAN PENTADBIRAN & KEWANGAN

vi. STAF


VISI, MISI, MATLAMAT DAN OBJEKTIF

VISI

· Berusaha untuk mempertingkatkan taraf pendidikan golongan Anggota Koperasi bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi menerusi bidang ilmu dan pendidikan.

MISI

· Menerima dan mentadbir dana yang disumbangkan oleh ANGKASA, koperasi – koperasi besar dan sumbangan daripada anggota-anggota Pelanggan BPA yang ingin menyumbang.
· Membangunkan golongan Anggota Koperasi dengan menyediakan prasarana serta bantuan pendidikan yang menepati kehendak semasa
· Mewujudkan ahli koperasi yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, memiliki sosio-ekonomi yang teguh dan berjasa kepada bangsa dan negara
· Menjadi penyumbang kepada pembangunan modal insan negara.

MATLAMAT

· Matlamat utama penubuhan Yayasan ANGKASA ialah untuk menyediakan bantuan dan perkhidmatan bagi membangunkan koperasi ke arah peningkatan ilmu pengetahuan ke peringkat pembelajaran yang lebih tinggi.

OBJEKTIF

· Membina dan meningkatkan taraf pendidikan kepada golongan koperasi untuk memberi biasiswa dan pembiayaan kepada yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di IPTA / IPTS.

· Menjaga dan menguruskan perihal urusan pemberian biasiswa atau pembiayaan pinjaman kepada yang berkelayakan dan telah diterima masuk atau sedang mengikuti kursus bagi peringkat sarjana ,ijazah sarjana lanjutan dan Doktor Falsafah yang difikirkan oleh Yayasan layak menerima biasiswa atau pinjaman bagi tujuan pengajian mereka di IPTA / IPTS.

· Menyediakan perkhidmatan mengurus, mentadbir dan memungut bayaran pembiayaan / pinjaman yang diberikan.

· Menyelaras dan melaksanakan Program – Program Pendidikan dan Kemahiran kepada anggota, anak anggota, kakitangan Koperasi Ahli ANGKASA dan Anak Kakitangan ANGKASA

· Memberi bantuan dan sokongan kepada mana – mana organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia ( LHDN ).


AKTIVITI YAYASAN ANGKASA

a. Bantuan Kewangan Pendidikan

· Biasiswa

Biasiswa ditawarkan bagi pengajian akademik iaitu peringkat Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma kepada pelajar yang layak yang sedang menuntut dalam tahun pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta secara sepenuh masa.

· Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah

Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah ditawarkan bagi pengajian akademik di peringkat peringkat Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma kepada pelajar yang layak dan yang sedang menuntut dalam tahun pertama secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta.


b. Aktiviti Berkaitan Pendidikan Anggota/ Anak Anggota/ Kakitangan Ahli ANGKASA

· Akitiviti Pembangunan Pendidikan
(Seminar dan Kem Motivasi di Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah)
· Aktiviti Pembangunan Kemahiran dan Kerjaya
· Aktiviti Pembangunan Masyarakat


Oleh wartawan : Koperasi2009.