Thursday, March 19, 2009

UMNO DAN RAJA-RAJA

Pemimpin Umno ambil kuasa mutlak Raja-raja

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Thu Mar 19, 09 1:09:04 pm MYT
"...Apa yang berlaku di Perak, kita tidak ada arahan memaki Raja, kita tidak mahu bertempur dengan Raja kerana kita mendukung Raja Berperlembagaan."


Kita perlu jelas dalam persepsi terhadap makna keadilan dan makna kezaliman, Tanggapan orang kampung apabila pukul kepala atau belasah pun nama zalim. Tidak memberi hak yang sewajar termasuk juga dalam zalim.
Kita melihat bagaimana langkah-langkah yang diambil terhadap negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai contohnya dalam mengagihkan pelaburan, dalam mengagihkan pelaburan asing.

Di sana ada kempen-kempen yang tidak menggalakkan pelaburan pergi negeri-negeri lain daripada yang diperintahkan oleh Barisan Nasional (BN) apabila kita sebuah negara yang mengamalkan federalisme.
Federalisme ini mengiktiraf negeri-negeri yang dipilih oleh rakyat kerajaan tertentu. Dalam hal yang tertentu pihak BN sebagai contoh, di Terengganu semasa kita memerintah dirampasnya royalti petroleum walaupun di sana ada perjanjian.

Kami tidak lupa peristiwa ini. Sabah sendiri yang sudah 50 tahun ketinggalan. Jalan berpuluh kilometer sahaja tidak ada lebih raya. Di Sarawak saya pergi kempen pilihan raya barangkali wakil rakyat kenal rakyat masa pilihan raya sahaja.
Ini termasuk dalam perngertian kezaliman dan kita tidak boleh hendak hapuskan kemiskinan kalau boleh biar mengatasi masalah kemiskinan. Hendak atasi masalah kemiskinan pun kita tidak mencapai kadar kemiskinan yang masih besar dalam negara kira.Begitu juga kadar pengangguran masih besar.

Sekarang kita masih menghadapi krisis ekonimu yang melanda dunia dan tempias masuk ke dalam negara kita. Kita mahu satu pembelaan yang wajar kepada mereka yang dibuang kerja.
Saya lihat dalam TV bagaimana negara komunis walaupun dia komunis dia zalim, kadangkala dia sebagai contoh yang perlu kita ambil.Menyediakan peruntukan untuk memberi bantuan kepada pekerja-pekerja yang dibuang kerja. Ini satu amalan yang perlu diambil contoh oleh kerajaan.
Apa yang berlaku di Perak, di mana kita tidak ada arahan untuk memaki Raja, kita tidak mahu bertempur dengan Raja kerana kita mendukung Raja Berperlembagaan.

Raja berperlembagaan dengan seti yang sebenarnya. Siapa yang membubar Perlembagaan, yang merampas kuasa Raja-raja? Kita tidak mahu Raja-raja memberi kuasa mutlak.
Akan tetapi apa yang berlaku ialah, pemimpin Umno telah mengambil kuasa mutlak daripada Raja-raja dia sendiri untuk menyalah gunakan kuasa dan inilah yang mencelarukan negara. Saya tidak menyanggah titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Titah itu menggambarkan perpaduan yang rapuh. Inilah yang saya sebutkan. Perpaduan yang masih rapuh yang perlu kita tegakkan.
Membina perpaduan rakyat
Dalam membina perpaduan rakyat, mesti kita membina modal insan. Modal insan adalah modal diri manusia. Untuk membina manusia mestilah dengan ilmu, dengan iman dan dengan akhlak.
Di sinilah Islam memulakan ayat yang pertama yang bermaksud, "bacalah dengan nama Tuhan-Mu".

Ilmu yang dibaca dengan iman dan dengan akhlak. Ilmu adalah asas untuk membangunkan manusia yang menjadi masyarakat madani dan masyarakat Hadhari atau madani, masyarat yang bertamadun.
Perkataan hadarah yang bererti bandar dan hadir berhimpun di satu tempat dan Tuhan jadikan manusia ini hidup bermasyarakat.

Manusia tidak boleh menghasilkan keperluan secara individualistik. Mestilah bermasyarakat, perlu berhimpun dan tukar menukar antara satu sama lain.
Ini yang dimaksudkan dengan madani. Baju yang kita pakai daripada kain, kain daripada benang, benang daripada kapas dan kapas ditanam. Untuk tanam kapas kena ada benih dan cangkul.

Cangkul daripada besi. Tidak mungkin seorang manusia mahu sehelai baju, dia buat kerja semua.
Dia yang cari besi untuk cangkul, dia cari benih kapas dan dia seorang yang pintal benang. Sampai kiamat dan sampai mati tidak jumpa baju dan bertelanjang.
Mesti ada manusia yang melombong, ada manusia yang bercucuk tanam, ada manusia yang berniaha dan semua pihak ini berhimpun dalam satu bandar yang dinamakan Madinah. Inilah madani. Ini makna madani.

Inilah makna hadhari. Kehadiran. Mereka bertemu di satu tempat dan manusia yang hadir ini mestilah dibangun kemanusiaannya dengan ilmu dan dengan akhlak yang tepat. Dengan ilmu yang memberi manfaat.
Bukan ilmu yang tidak memberi manfaat. Ini salah satu yang perlu kita faham. Kita mendukung kerajaan membina sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian yang banyak tetapi sejauh mana kita berjaya dalam modal insan.

Kita sedang menghadapi keadaan yang parah. Anak-anak muda yang tinggal di pusat serenti lebih ramai daripada di universiti. Ini satu hal. Ini menunjukkan modal insan kita dalam keadaan begitu celaru. Dia perlu selesai. Di sana ada tempat yang tidak kena. Kita mahu rakyat yang berilmu dengan sebanyak-banyaknya.
Untuk mengilmukan rakyat dengan sebanyak-banyaknya, mestilah dengan bahasa ibunda. Untuk mendalami dan menimba ilmu daripada bangsa asing itu perlu kita mengetahui bahasa asing. Tidak menjadi salah. Digalakkan belajar ilmu bahasa asing. Akan tetapi hendak mengilmukan rakyat sebanyak-banyaknya mestilah dengan bahasa ibunda.

Bahawa kita sendiri telah menonjolkan slogan dalam tahun 60-an Bahasa Jiwa Bangsa. Apabila kita buang bahasa kita, kita menghilangkan jiwa bangsa kita sendiri. Kita telah menerima satu hakikat yang sangat baik.
Semua kaum menerima bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Bahasa pengantaraan di antara kaum yang mengilmukan rakyat.

(Artikel ini dipetik daripada laman web Presiden PAS) _

Wednesday, March 18, 2009

Ukhwah bantu Nurul teruskan pengajian

YAN- Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah) meluluskan bantuan pendidikan koperasi seorang murid tahun lima, Sekolah Kebangsaan Hj Hussin Dol, memandangkan keluarganya kurang berkemampuan.
Ketua Komunikasi Koporat dan Perhubungan Awam Koperasi Ukhwah, Sharifah Aminah Al-Habshee berkata, Nurul Asyikin Ismail, akan menerima bantuan sebanyak RM40 sebulan ketika di sekolah kebangsaan, kemudian memperoleh RM60 sebulan apabila ke sekolah menengah.
Menurutnya, bantuan pendidikan itu melalui biasiswa kecil Maulidur Rasul Koperasi Ukhwah Berhad sehingga tingkatan lima sahaja. “Diharap dengan bantuan itu sekurang-kurangnya meringankan sedikit bebanan keluarga Nurul. Dengan bantuan itu juga, di harap Nurul dapat belajar bersungguh-sungguh dan mencapai dalam pelajarannya,” katanya.
Nurul merupakan anak bongsu daripada enam beradik bercita-cita untuk berjaya dalam hidupnya agar dapat membantu keluarganya kelak. Bapa Nurul, Ismail Omar yang hanya bekerja dengan mengambil upah menoreh getah berasa lega dengan bantuan tersebut.
Sumber: Sinar Harian 09-02-2009

Monday, March 9, 2009

Salam MaulidurRasul -Khairaa Ummah

ISLAM bukan saja satu ajaran yang mengandungi hukum-hakam serta suruhan-suruhan dan larangan, tetapi ia juga merupakan satu ajaran yang lebih luas daripada itu. la meliputi juga soal-soal seperti membangunkan jiwa (iman) hingga seseorang itu cinta kepada ALLAH, terasa hina di hadapan ALLAH dan inginkan bantuan serta pertolongan daripada-Nya; dan membangunkan fikiran dengan ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan dunia mahupun pengetahuan Akhirat.

Islam juga merupakan ajaran yang dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di tengah-tengah masyarakat manusia. Ia juga dapat memberi guide line bagi cara-cara membangunkan akhlak, mencetuskan persaudaraan, memandu manusia berekonomi, membangunkan rumahtangga, bermasyarakat, dan lain-lain lagi.

Oleh itu, kalaulah ajaran Islam itu benar-benar dapat difahami dengan sebaik-baiknya serta diterima dengan jiwa yang murni (iman yang bersih), dapat disampaikan dengan metod (uslub) yang baik serta dengan penuh hikmah, dan dapat pula diperkuat dengan hujah-hujah akal fikiran, sudah tentu umat Islam sentiasa subur jiwanya dengan iman, sentiasa bercahaya akalnya dengan ilmu pengetahuan, sentiasa dapat mengubati penyakit masyarakatnya dengan panduan yang datang daripada Islam, dan dapat menuntun kemajuan-kemajuannya berlandaskan ajaran Islam.

Dan sudah tentu masyarakat Islam akan menjadi masyarakat yang terbaik; akhlaknya tinggi bak bunga yang indah; ilmunya luas dapat membantu membangunkan tamadun yang cemerlang; jiwanya tenang serta kuat berjuang dan mampu menempuh ujian-ujian yang berat; ukhwahnya padu hingga menjadi satu ummah yang bersatu padu laksana batu-bata yang dapat dicantumkan antara satu dengan yang lain dengan simen yang baik hingga terbangunnya sebuah rumah besar, gagah dan indah serta dapat menaungi penghuni-penghuninya dalam suasana penuh aman, damai dan selesa.

Ertinya, lahir sebuah masyarakat Islam yang tidak lagi dapat dicerai-beraikan oleh musuh-musuhnya. yang dapat bertindak dengan satu irama mental dan fizikal - sama ada terhadap musuh ataupun dalam menyelesaikan masalah masyarakat yang timbul, sehingga menjadi satu masyarakat yang baik dan menjadi contoh kepada bangsa dan penganut agama lain.

Tepat sepertimana yang difirmankan oleh ALLAH SWT bermaksud: "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan ke tengah masyarakat (manusia); kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu beriman kepada ALLAH." (Ali Imran: 110)

Dengan ertikata lain, umat Islam akan layak menjadi guru dan pemimpin, serta menjadi ikutan kepada seluruh manusia di dunia.

Thursday, March 5, 2009

UKHWAH unjur penguasaan hartanah RM300 Juta


Pengerusi UKHWAH, Haji Mustapa Kamal Maulut berkata, Koperasi UKHWAH melancarkan unjuran pengusaan hartanah sehingga nilai RM300 Juta dalam tempoh 3 tahun dari sekarang.

Untuk masa terdekat ini Koperasi UKHWAH melangkah ke peringkat global, akan membeli bangunan di London bernilai 4 Juta Pound Sterling.

Selain itu Koperasi UKHWAH juga akan membeli bangunan di Kota Mekah dan Madinah untuk kegunaan umat Islam menunaikan ibadah umrah dan haji.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Galeri Hartanah UKHWAH di Kuala Lumpur 2 Mac 2009 yang lalu.

Berkenaan Galeri Hartanah UKHWAH, bangunan setinggi 5 tingkat di Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur merupakan hartanah terbaru milik UKHWAH bernilai RM2.7 Juta yang dibeli secara tunai.