Sunday, November 29, 2009

Restoran Rakyat 1 Malaysia


Thursday, November 26, 2009

Biodata Calon YDP Angkasa


DATO' HJ MUSTAPA KAMAL BIN MAULUT (47 tahun) adalah Pengerusi Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH) yang berasal dari Teluk Intan, Perak. Ketika ini memegang jawatan Naib Yang Dipertua, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad ( ANGKASA).


Berkelulusan Master of Science, Condition Monitoring (Nottingham Trent University, England).


Ketika ini beliau adalah Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran At Tijarah Selayang Selangor, Presiden Persatuan Usahawan dan Pengurusan Islam Malaysia (URUS), Bendahari Kehormat Barisan Bertindak Perpaduan Melayu dan Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur dengan portfolio Pengerusi R&D dan Pembangunan Perniagaan Usahawan (DPMMKL), Ahli Majlis Perniagaan Melayu-China (DPMMKL), Ahli Majlis Perniagaan Kuala Lumpur-Jakarta (DPMMKL) dan Ahli Majlis Perniagaan Argentina-Kuala Lumpur (DPMMKL). Beliau juga merupakan Pengerusi Gabungan Coop Medical Centre Medan Tunku Kuala Lumpur.

Tuesday, November 24, 2009

COOP MEDICAL CENTRE - SATU LAGI LAMBANG KEJAYAAN UKHWAH

CMC Coop Medical Center
Formerly known as Sambhi Clinic Sdn Bhd

No. 17-19, Jalan Medan Tunku 1,
50300 Kuala Lumpur,
Tel: 03-2694 2530, 03-2692 9222

Ini adalah ditubuhkan koperasi gabungan diketuai oleh:
1. Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah)
2. Koperasi Puteri Cemerlang (Koputri)
3. Koperasi Tenaga Bersatu Berhad (Kobeta)
4. Koperasi Pusamaju Berhad
.
CMC melancarkan Skim Tabungan Kesihatan, faedah menyertai tabung kesihan ini:
1. Rawatan biasa bayar 60% dari tabungan anggota koperasi
Contoh rawatan biasa 60% dari tabungan tahunan anggota koperasi.
Bakinya RM20 dibayar oleh tabung kesihatan CMC

2. Operation – 60%, baki 40% dari tabung kesihatan CMC.
Contoh operation RM10,000 maka 60% hanya bayar RM6,000. Bakinya RM 4,000 dibayar oleh tabungan CMC

Bayaran menyertai CMC,
1. Yuran pendaftaran koperasi Ukhwah = RM10 seumur hidup
2. Yuran modal syer Koperasi Ukhwah = RM50 seumur hidup
3. Yuran bulanan (simpanan dan kebajikan) = RM216 setahun
4. Yuran tabung kesihatan = RM120 setahun
Jumlah = RM396 setahun

Faedah lain menjadi ahli Koperasi Ukhwah :
1. Penginapan eksklusif di Kuala Lumpur dari bentuk kondominium dan banglo di Kuala Lumpur
2. Sewaan kerata harga istimewa
3. Limusin percuma di Kuala Lumpur
4. Pakej umrah dan lawatan luar Negara istimewa dan diskaun
5. Sumbangan perkahwinan dan bersalin
6. Sumbangan khairat kematian

Perubatan yang ditawarkan

1. General Patient – pesakit luar, demam, kencing manis etc
2. Maternity – sebelum dan selepas bersalin - Perbidanan
3. Specialist i) Diagnostic – cardiology
ii) Orthipedic / spinal
iii) Gastroenteroly
iv) Plastic surgery

Wednesday, November 4, 2009

Koperasi Ukhwah bantu beli kaki palsu

Utusan Malaysia 04 Nov. 2009

Dato Hj. Mustapa Kamal Maulut (lima dari kanan), Pengerusi Koperasi Ukhwah menyerahkan replika cek bantuan kepada Omi Kalsom Mohamed sambil disaksikan oleh Rahim Baba (empat dari kanan) dan Syed Ali Alhabshee pada majlis di Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 3 Nov. – “Bantuan yang diberi oleh Koperasi Ukhwah untuk pembelian kaki palsu benar-benar meringankan beban kami sekeluarga. “Saya tidak sangka keperitan hidup mengumpul duit untuk membeli kaki palsu akhirnya didengar pihak Ukhwah.”


Itu luahan hati Omi Khalsom Mohamed, 53, selepas menerima bantuan wang tunai untuk pembelian kaki palsu oleh Koperasi Ukhwah dalam satu majlis ringkas di Restoran Rakyat 1 Malaysia di sini semalam.


Beliau yang menderita sejak dua tahun lalu akibat dipotong kaki selepas mengidap penyakit kencing manis benar-benar terharu dan bersyukur di atas sumbangan yang diterima.


Turut hadir, Penasihat Koperasi Ukhwah, Datuk Rahim Baba, Pengerusi Koperasi Ukhwah, Datuk Mustapa Kamal Maulut dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.
Ketika ditemui, Rahim menjelaskan, bantuan yang diberi adalah tanggungjawab Koperasi Ukhwah sendiri dalam misi membantu masyarakat.


Katanya, individu yang memerlukan bantuan boleh terus menghubungi pihak koperasi dan bantuan akan diberi mengikut kadar yang akan ditetapkan.


“Kami mahu membantu... kami minta mana-mana individu yang memerlukan bantuan tampil segera.


“Ini tanggungjawab yang harus dilaksanakan setiap insan. Mana yang perlu bantuan harus dibantu dan tidak boleh dipinggirkan,” ujarnya.

Tuesday, November 3, 2009

Tahniah Koperasi Ukhwah - Terus Maju Jaya


KOPERASI UKHWAH LEAD PENUBUHAN COOP MEDICAL CENTRE

DI MEDAN TUANKU KUALA LUMPUR


PESANAN UNTUK RAKAN-RAKAN KOPERASI : Dari KUMPULAN KOPERASI PEMANTAU

TAJUK : Dr. Mohd Ali Baharom dan rakan-rakannya MENYALAH GUNAKAN KUASA ANGKASA dalam perlantikan Lembaga ANGKASA.

Untuk makluman para koperator sekelian, bahawa dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Tertinggi ANGKASA ( JKT ) ,

(i) Pada tahun 2008, Dr. Mohd Ali Baharom dan kumpulannya yang sama telah memecat Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz ( PAK ENGKU ) , dan tindakan itu ternyata salah apabila SKM terpaksa bertindak campurtangan memasukkan kembali PAK ENGKU.

(i) dan telah sekali lagi menyalah tafsirkan Undang-undang Kecil Angkasa , lalu menyalahgunakan kuasa untuk melantik jawatan-jawatan Lembaga Angkasa seperti berikut :
Tafsiran: JKT - Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan

PKTA - Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA

UUK - Undang-undang Kecil ANGKASA

YDP - Yang Dipertua

TYDP - Timbalan Yang Dipertua

NYDP - Naib Yang Dipertua

1. Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA PKTA-25 yang telah diadakan pada 10hb Januari 2009 bertempat di Putrajaya International Convection Center (PICC).

2. PKTA-25 telah memilih seorang Yang Dipertua, seorang Timbalan Yang Dipertua dan tiga orang Naib Yang Dipertua.

3. Keputusan pemilihan adalah seperti berikut :-

Yang Dipertua : YBhg Datuk Abdul Rahim Abu Bakar

Timbalan Yang Dipertu : Profoser Dr. Mohd Ali Baharum

Naib Yang Dipertua :
1) YBhg. Dato’ Hj Mustapa Kamal Maulut. (1050 undi).
2) YBhg Datuk Abdul Fatah Abdullah ( 888 undi )
3) Puan Hajjah Armi Zainuddin ( 680 undi ).

4. Mesyuarat JKT pertama telah diadakan sebaik selesai PTKA pada 11 Januari 2009.
Antara keputusan mesyuarat JKT kali- 1 ialah menentukan tempuh perkhidmatan (giliran gugur atau mengosongkan jawatan) Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua.


5. Selaras dengan UUK 30(2), keputusan mesyuarat JKT adalah seperti berikut:-

Kumpulan A : Yang Dipertua dan seorang Naib Yang Dipertua. (Akan mengosongkan jawatan pada PKTA tahun 2009).
Mereka ialah :-
YDP - YBhg Datuk Abdul Rahim Abu Bakar
NYDP - YBhg. Dato’ Hj. Mustapa Kamal Maulut

Kumpulan B : Timbalan Yang Dipertua dan seorang Naib Yang Dipertua. (Akan mengosongkan jawatan pada PKTA tahun 2010).
Mereka ialah :-
TYDP - Profoser Dr. Mohd Ali Baharum
NYDP - YBhg Datuk Abdul Fatah Abdullah.

Kumpulan C : Seorang Naib Yang Dipertua. (Akan mengosongkan jawatan pada PKTA tahun 2011). NYDP tersebut ialah Pn Hajjah Armi Zainuddin.

Giliran seterusnya pada tahun 2012 ialah kumpulan A, tahun 2013 ialah kumpulan B, tahun 2014 ialah kumpulan C dan seterusnya mengikut pusingan.

6. Isu timbul selepas kematian Yang Dipertua ANGKASA Allahyarham YBhg Datuk Abdul Rahim Abu Bakar pada 5 Syawal/ 24 Sept. 2009.

7. Mesyuarat JKT pada 6 Okt. 2009 telah memutuskan melantik Timbalan Yang Dipertua Profoser Dr. Mohd Ali Baharum mengisi kekosongan jawatan Yang Dipertua ANGKASA. P.D. Mohd Ali Baharum akan berkhidmat sehingga PKTA yang akan datang iaitu sehingga 19hb. Disember 2009. Pilihan YDP yang baru akan diadakan pada PKTA tahun 2009 pada 19hb Disember 2009.

Perlantikan tersebut selaras dengan UUK 30(5).

8. MENYALAHI UUK:
Selepas Profoser Madya Dr. Ali Baharum dilantik sebagai Yang Dipertua, mesyuarat JKT pada 6 Okt. 2009 telah memutuskan melantik Naib Yang Dipertua YBhg Datuk Abdul Fatah Abdullah mengisi kekosongan jawatan Timbalan Yang Dipertua ANGKASA.

Mesyuarat JKT memutuskan YBhg Datuk Abdul Fatah Abdullah memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua sehingga PKTA tahun 2010.

Perlantikan tersebut selaras dengan UUK 30(5).

9. MENYALAHI UUK:

Selepas YBhg. Datuk Abdul Fatah Abdullah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua, mesyuarat JKT pada 6 Okt 2009 telah memutuskan melantik Pengerusi JPN Perlis Tuan Haji Muthado Bahari mengisi kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua.

Mesyuarat JKT memutuskan Tuan Haji Muthado Bahari memegang jawatan Naib Yang Dipertua sehingga PKTA tahun 2010.



10. ISU NYA IALAH :

Jawatan Timbalan Yang Dipertua yang disandang oleh YBhg. Datuk Abdul Fatah Abdullah dan jawatan Naib Yang Dipertua yang disandang oleh Tuan Haji Muthado Bahari sepatutnya diadakan pemilihan semula pada PTKA 19 Disember 2009 dan dipilih sekali lagi pada tahun 2010 seleras dengan UUK 30(5) dan keputusan JKT pada 11 Januari 2009 yang telah menentukan kumpulan yang akan mengosongkan jawatan.




UUK 30(5) berbunyi :-
“Kekosongan dalam JKT boleh diisi dengan cara perlantikan oleh JKT dan tempoh memegang jawatan Ahli itu ialah sehingga Persidangan Kebangsaan berikutnya.”

“Persidangan Kebangsaan berikutnya” adalah bermaksud dan boleh di tafsirkan sebagai Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA yang terdekat iaitu PKTA 19 Disember 2009.

Perlantikan bagi mengisi kekosongan jawatan memerlukan pemilihan semula dengan mendapat mandat dari anggota-anggota ANGKASA tanpa mengira tamat tempoh kumpulan-kumpulan yang telah diputuskan.

11. Anggota-anggota Koperasi Ahli yang menghadiri Persidangan JPN Negeri dan seterunya menghadiri PKTA tahun 2009 untuk mendesak dan meluluskan serta memutuskan UUK 30(5) dipatuhi dengan jawatan Timbalan Yang Dipertua yang dilantik oleh JKT dan satu jawatan Naib Yang Dipertua yang dilantik oleh JKT diadakan pemilihan dan tempuh perkhidmatan sehingga PKTA tahun 2010.

Satu lagi jawatan Naib Yang Dipertua yang kosong secara automatic (Kumpulan A) diadakan pemilihan dan tempoh perkhidmatan sehingga PKTA tahun 2012.


RINGKASAN- MENYALAHI UUK ANGKASA

1. Melantik Dr. Mohd Ali Baharum sebagai jawatan Yang Dipertua Angkasa mutlak , tiada istilah Pemangku. Ini tindakan menyalahgunakan kuasa.

2. Melantik Abdul Fattah Abdullah sebagai jawatan Timbalan Yang Dipertua ( secara percuma ), tiada istilah Pemangku, jawatan ini dikekalkan selama 2 tahun hingga Disember 2010 tanpa dipertandingkan dalam mesyuarat agung Angkasa 19 Disember 2009. Ini menyalahgunakan kuasa.

3. Melantik Muthado sebagai jawatan NYDP( secara percuma ) , tiada istilah Pemangku, jawatan ini dikekalkan selama 2 tahun hingga Disember 2010 tanpa dipertandingkan dalam mesyuarat agung Angkasa 19 Disember 2009. Ini menyalahgunakan kuasa.

RUJUKAN:
1. Undang-undang Kecil ANGKASA 31(5) menyebut :
“ Jika ada kekosongan pada jawatan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua akan menggantikannya.
Jika ada kekosongan pada jawatan Timbalan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua yang menerima undi UNDI TERBANYAK akan menggantikannya.
Jika ada kekosongan diantara Naib-naib Yang Dipertua, ini akan digantikan SEMENTARA oleh salah seorang dari JKT.”

( Adalah maklum bahawa keputusan Persidangan Kebangsaan Angkasa 10 jan 2009 di PICC Putrajaya seperti berikut:
Jawatan NYDP : 1. YBhg. Hj Mustapa Kamal Maulut 1055 undi
2. D.H.A. Fattah Abdullah 888 undi.
3. Pn.H.Armi Zainudin 680 undi )

Rumusan : Keputusan pengundian di atas jelas menunjukkan bahawa yang layak menduduki jawatan TYDP adalah pemenang pertama Dato’ Hj Mustapa Kamal B Maulut, maka Dr. Mohd Ali Baharom dan rakan-rakannya telah menyalah gunakan kuasa dengan merampas hak Dato’. Hj. Mustapa Kamal Maulut, dan memberikan kepada D. Abdul Fathah Abdullah secara tak sah.

2. Dalam SURAT SKM bertarikh 5 Oktober 2009, perenggan 3 menyebut :
“ Isu penggantian kekosongan jawatan yang wujud adalah menjadi hak ANGKASA sendiri untuk menentukannya.”

( " Menjadi hak ANGKASA " ertinya dikembalikan semula penentuan dan keputusan kepada kuasa puncak Angkasa iaitu Persidangan Agung Tahunan Angkasa yang mewakili hampir 4000 koperasi, bukannya hanya 15 orang ahli-ahli JKT yang bermesyuarat, yang mana bidang kuasa JKT hanyalah menguruskan dan mentanbir Angkasa setahun demi setahun ).

3. Undang-undang Kecil 30 (5 ) menyebut ;
“ Kekosongan dalam JKT boleh diisi dengan cara perlantikan oleh JKT dan tempoh memegang jawatan Ahli itu ialah sehingga Persidangan Kebangsaan BERIKUTNYA. ‘
( Jelas bahawa kekosongan YDP, TYDP dan NYDP itu harus di isi sementara hingga Persidangan Agung Angkasa berikutnya 19 Disember 2009, bukan seperti salah tafsir Dr. Mohd Ali Baharom dan rakan-rakannya , di mana jawatan mereka bagi jawatan TYDP dan NYDP hingga Disember 2010 .)


SARANAN.
1. Kami menggesa koperasi-koperasi membuat usul bertulis untuk Persidangan Kebangsaan Angkasa 19 Disember 2009, agar membatalkan keputusan mesyuarat JKT 6 oktober 2009, dan melucutkan jawatan TYDP Fathah b Abdullah dan NYDP Muthadho Bahari yang berstatus sementara itu , dan di adakan EGM untuk satu pemilihan baru untuk jawatan TYDP dan NYDP berkenaan.

2. Jika JKT enggan membawa usul ini ke PKTA 19 Disember 2009, maka perwakilan koperasi mengusulkan USUL TERGEMPAR pengundian sulit untuk membatalkan jawatan TYDP dan NYDP berkenaan.

3. Pada Persidangan 19 Disember 2009 ini, para perwakilan harus memilih jawatan kekosongan YDP dan NYDP dengan pimpinan baru, tidak melibatkan penama-penama di atas, agar Angkasa dapat menyusun kembali kepimpinan yang ADIL, BENAR dan BERSIH, untuk membawa kemajuan dan kejayaan Angkasa dan gerakan koperasi keseluruhannya. Jika tidak maka Angkasa kekal dipandang sebagai sebuah institusi rendah ketelusan dan integritin, akan membawa implikasi dahsyat KOD POTONGAN GAJI ANGKASA akan dipindahkan kepada badan lain.

Akhir kata, hantarlah borang Pencalonan YDP dan NYDP, dan juga isikan borang perwakilan Persidangan Kebangsaan Angkasa 19 Disember 2009 , dan hantar usul di atas secara bertulis seberapa segera ke pejabat Angkasa Pusat. Dan hadirlah ke mesyuarat tersebut dengan azam kuat untuk berani BERUBAH,MERUBAH, MENGUNDI PERUBAHAN.

Sekian, terima kasih.

Surat KUMPULAN KOPERASI PEMANTAU Kepada : Yang Mulia Tuan Pengerusi Koperasi Sekolah dan Anggota Lembaga


Sukacita kami Kumpulan Koperasi Pemantau menarik perhatian tuan puan sekelian bahawa kewujudan koperasi sekolah dalam konstitusi persekolahan berperanan sebagai tulang belakang pembangunan sekolah, seperti hasrat untuk melengkapkan prasarana dan alat bantu pembelajaran, dengan tujuan meningkatkan pencapaian pembelajaran.


Sebagai contoh, koperasi sekolah yang berkeupayaan boleh membiayai program kursus dan seminar pembelajaran di sekolah tersebut, termasuk sumbangan untuk biaya pusat sumber, makmal sains dan komputer, peralatan multimedia, sumbangan lawatan pelajar dan guru ke dalam Negara dan luar Negara, taman rekreasi sekolah, pondok wakaf, parking, surau , sumbangan kesukanan dan lain-lain. Semua prasarana di atas adalah penting dan harus disegerakan, demi memberi justifikasi indek KPI guru-guru sekolah terbukti dapat dipertingkatkan.


Untuk memberi upaya koperasi sekolah ke arah fungsi di atas, satu target harus dicapai iaitu jualan tahunan (turn-over) harus mencecah RM1 juta, dengan anggaran kadar keuntungan 20%, iaitu keuntungan RM200 ribu setahun.


Bagi menggerakkan wawasan ini Koperasi Sekolah harus di bantu dan di pacu oleh badan puncak gabungannya ANGKASA, selaras dengan prinsip koperasi “kerjasama antara koperasi”, dengan tujuan tidak membebankan tugas pengajaran guru-guru, tetapi tetap berdaya saing.


Antara kerjasama yang boleh diusahakan:


i. ANGKASA menjadi pembekal semua produk dan item yang ada di dalam kedai koperasi sekolah, agar mengurangkan bebanan guru untuk pergi ke kedai borong.
ii. ANGKASA membekalkan sistem pengurusan dan akaun berkomputer kepada koperasi sekolah.
iii. ANGKASA menjadi badan puncak membela dan membaiki sebarang akta-akta koperasi dan SKM yang menekan dan mengancam para guru-guru koperator sekolah.
iv. ANGKASA menjadi mediator kepada pihak Kementerian Pendidikan terhadap hal-hal kebajikan guru-guru koperator dan pengiktirafan jam bertugas guru-guru dengan aktiviti koperasi.
v. ANGKASA dan Koperasi Sekolah memperkenalkan aplikasi e-commerce agar murid- murid dapat melibatkan dalam pembelajaran internet yang berfaedah, di samping pengurusan yang mudah dan meluas, pasaran global, sekaligus menambahkan pendapatan yang berlipat ganda.


Kini lebih 1800 buah koperasi sekolah telah berdaftar dengan ANGKASA dan merupakan komposisi 35% ahli Persidangan Tahunan ANGKASA . Untuk merealisasikan hala tuju korporat ANGKASA yang baru, maka perwakilan persidangan dari koperasi sekolah harus mendokong semangat PERUBAHAN yang realistik. Gelombang PERUBAHAN itu memerlukan perwakilan sekolah turut serta memastikan pemilihan YDP ANGKASA yang baru diteraju oleh pemimpin yang berwibawa, yang telah berkecimpung dalam dunia koperasi dengan berjaya.


Era pasca ANGKASA terdahulu menyaksikan bahawa tokoh-tokoh akademik meneraju ANGKASA, sesuai peranannya sebagai penyebar pelajaran, tetapi di dalam era liberasasi Malaysia, ANGKASA memerlukan tokoh ekonomi berkoperasi yang terbukti telah berjaya kepimpinan koperasinya, berinovasi, muda, bersemangat juang yang tinggi dan bercirikan taqwa.


Mana mungkin contohnya, pimpinan dari koperasi keuarga kecil dapat dibuktikan kewibawaan dan kehebatan kepimpinannya , sedangkan koperasinya pun tidak dapat didorong berjaya, apatah lagi ANGKASA dan koperasi sekolah yang begitu “complicated”.


Menyedari keperluan dan “urgency” di atas, kami Kumpulan Koperasi Pemantau , mengajak dan menyeru Tuan-Puan Pengerusi dan ALK Koperasi Sekolah agar datang dan mengambil bahagian dalam Persidangan Tahunan ANGKASA pada 19 Disember 2009, di PWTC KL. Dengan semangat untuk mendapatkan pemimpin yang hebat untuk membantu aspirasi Koperasi Sekolah, maka kami setelah membuat lawatan ke koperasi beliau dan kajian kepada calon yang berwibawa, mencadangkan CALON YDP ANGKASA berikut harus di pilih:


Nama calon : DATO’ HJ. MUSTAPA KAMAL MAULUT, ( HP: 0133410461 )
Jawatan disandang : Pengerusi Koperasi UKHWAH
Merangkap Naib Yang DiPertua ANGKASA.
Kelulusan : Master Of Science, Condition Monitoring, Nottingham Trend University
United Kingdom.
Koperasi : Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad ( UKHWAH ).
Alamat : No. 20-A, Lorong Medan Tuanku 1, Medan Tuanku, Off Jalan Tuanku Abdul Rahman 50300 Kuala Lumpur. Tel: 03-26985784, Fax: 03-26926660. Web : http://www.ukhwah.com.my/.
Trade-mark koperasi : Restoren Rakyat 1 Malaysia ( RM1 roti canai & teh tarik ),



  • Memiliki Hartanah Strategik di Bandaraya ( lebih RM200 juta),

  • Kemudahan Penginapan Eksklusif Anggota di Kuala Lumpur,

  • menghasilkan Coop Medical Centre di Medan Tuanku Kuala Lumpur,

  • Koperasi Kredit terbaik dengan keahlian 60,000 anggota.

Akhir kata, marilah kita bertekad untuk memperkasakan koperasi sekolah, demi tujuan membantu kelancaran dan kecemerlangan persekolahan murid-murid kita, dengan tema berani BERUBAH, MERUBAH DAN MEMBUAT PERUBAHAN.


Wakil Kumpulan Koperasi Pemantau:
DR. ARRIFIN MANSOR ( 012 2786282 )
DR ABD. RAHMAN SYEKH ( 0193829383 )
DR RAZMI B ABD. RAHMAN ( 0195033792 )