Tuesday, November 3, 2009

PESANAN UNTUK RAKAN-RAKAN KOPERASI : Dari KUMPULAN KOPERASI PEMANTAU

TAJUK : Dr. Mohd Ali Baharom dan rakan-rakannya MENYALAH GUNAKAN KUASA ANGKASA dalam perlantikan Lembaga ANGKASA.

Untuk makluman para koperator sekelian, bahawa dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Tertinggi ANGKASA ( JKT ) ,

(i) Pada tahun 2008, Dr. Mohd Ali Baharom dan kumpulannya yang sama telah memecat Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz ( PAK ENGKU ) , dan tindakan itu ternyata salah apabila SKM terpaksa bertindak campurtangan memasukkan kembali PAK ENGKU.

(i) dan telah sekali lagi menyalah tafsirkan Undang-undang Kecil Angkasa , lalu menyalahgunakan kuasa untuk melantik jawatan-jawatan Lembaga Angkasa seperti berikut :
Tafsiran: JKT - Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan

PKTA - Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA

UUK - Undang-undang Kecil ANGKASA

YDP - Yang Dipertua

TYDP - Timbalan Yang Dipertua

NYDP - Naib Yang Dipertua

1. Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA PKTA-25 yang telah diadakan pada 10hb Januari 2009 bertempat di Putrajaya International Convection Center (PICC).

2. PKTA-25 telah memilih seorang Yang Dipertua, seorang Timbalan Yang Dipertua dan tiga orang Naib Yang Dipertua.

3. Keputusan pemilihan adalah seperti berikut :-

Yang Dipertua : YBhg Datuk Abdul Rahim Abu Bakar

Timbalan Yang Dipertu : Profoser Dr. Mohd Ali Baharum

Naib Yang Dipertua :
1) YBhg. Dato’ Hj Mustapa Kamal Maulut. (1050 undi).
2) YBhg Datuk Abdul Fatah Abdullah ( 888 undi )
3) Puan Hajjah Armi Zainuddin ( 680 undi ).

4. Mesyuarat JKT pertama telah diadakan sebaik selesai PTKA pada 11 Januari 2009.
Antara keputusan mesyuarat JKT kali- 1 ialah menentukan tempuh perkhidmatan (giliran gugur atau mengosongkan jawatan) Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua.


5. Selaras dengan UUK 30(2), keputusan mesyuarat JKT adalah seperti berikut:-

Kumpulan A : Yang Dipertua dan seorang Naib Yang Dipertua. (Akan mengosongkan jawatan pada PKTA tahun 2009).
Mereka ialah :-
YDP - YBhg Datuk Abdul Rahim Abu Bakar
NYDP - YBhg. Dato’ Hj. Mustapa Kamal Maulut

Kumpulan B : Timbalan Yang Dipertua dan seorang Naib Yang Dipertua. (Akan mengosongkan jawatan pada PKTA tahun 2010).
Mereka ialah :-
TYDP - Profoser Dr. Mohd Ali Baharum
NYDP - YBhg Datuk Abdul Fatah Abdullah.

Kumpulan C : Seorang Naib Yang Dipertua. (Akan mengosongkan jawatan pada PKTA tahun 2011). NYDP tersebut ialah Pn Hajjah Armi Zainuddin.

Giliran seterusnya pada tahun 2012 ialah kumpulan A, tahun 2013 ialah kumpulan B, tahun 2014 ialah kumpulan C dan seterusnya mengikut pusingan.

6. Isu timbul selepas kematian Yang Dipertua ANGKASA Allahyarham YBhg Datuk Abdul Rahim Abu Bakar pada 5 Syawal/ 24 Sept. 2009.

7. Mesyuarat JKT pada 6 Okt. 2009 telah memutuskan melantik Timbalan Yang Dipertua Profoser Dr. Mohd Ali Baharum mengisi kekosongan jawatan Yang Dipertua ANGKASA. P.D. Mohd Ali Baharum akan berkhidmat sehingga PKTA yang akan datang iaitu sehingga 19hb. Disember 2009. Pilihan YDP yang baru akan diadakan pada PKTA tahun 2009 pada 19hb Disember 2009.

Perlantikan tersebut selaras dengan UUK 30(5).

8. MENYALAHI UUK:
Selepas Profoser Madya Dr. Ali Baharum dilantik sebagai Yang Dipertua, mesyuarat JKT pada 6 Okt. 2009 telah memutuskan melantik Naib Yang Dipertua YBhg Datuk Abdul Fatah Abdullah mengisi kekosongan jawatan Timbalan Yang Dipertua ANGKASA.

Mesyuarat JKT memutuskan YBhg Datuk Abdul Fatah Abdullah memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua sehingga PKTA tahun 2010.

Perlantikan tersebut selaras dengan UUK 30(5).

9. MENYALAHI UUK:

Selepas YBhg. Datuk Abdul Fatah Abdullah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua, mesyuarat JKT pada 6 Okt 2009 telah memutuskan melantik Pengerusi JPN Perlis Tuan Haji Muthado Bahari mengisi kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua.

Mesyuarat JKT memutuskan Tuan Haji Muthado Bahari memegang jawatan Naib Yang Dipertua sehingga PKTA tahun 2010.



10. ISU NYA IALAH :

Jawatan Timbalan Yang Dipertua yang disandang oleh YBhg. Datuk Abdul Fatah Abdullah dan jawatan Naib Yang Dipertua yang disandang oleh Tuan Haji Muthado Bahari sepatutnya diadakan pemilihan semula pada PTKA 19 Disember 2009 dan dipilih sekali lagi pada tahun 2010 seleras dengan UUK 30(5) dan keputusan JKT pada 11 Januari 2009 yang telah menentukan kumpulan yang akan mengosongkan jawatan.




UUK 30(5) berbunyi :-
“Kekosongan dalam JKT boleh diisi dengan cara perlantikan oleh JKT dan tempoh memegang jawatan Ahli itu ialah sehingga Persidangan Kebangsaan berikutnya.”

“Persidangan Kebangsaan berikutnya” adalah bermaksud dan boleh di tafsirkan sebagai Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA yang terdekat iaitu PKTA 19 Disember 2009.

Perlantikan bagi mengisi kekosongan jawatan memerlukan pemilihan semula dengan mendapat mandat dari anggota-anggota ANGKASA tanpa mengira tamat tempoh kumpulan-kumpulan yang telah diputuskan.

11. Anggota-anggota Koperasi Ahli yang menghadiri Persidangan JPN Negeri dan seterunya menghadiri PKTA tahun 2009 untuk mendesak dan meluluskan serta memutuskan UUK 30(5) dipatuhi dengan jawatan Timbalan Yang Dipertua yang dilantik oleh JKT dan satu jawatan Naib Yang Dipertua yang dilantik oleh JKT diadakan pemilihan dan tempuh perkhidmatan sehingga PKTA tahun 2010.

Satu lagi jawatan Naib Yang Dipertua yang kosong secara automatic (Kumpulan A) diadakan pemilihan dan tempoh perkhidmatan sehingga PKTA tahun 2012.


RINGKASAN- MENYALAHI UUK ANGKASA

1. Melantik Dr. Mohd Ali Baharum sebagai jawatan Yang Dipertua Angkasa mutlak , tiada istilah Pemangku. Ini tindakan menyalahgunakan kuasa.

2. Melantik Abdul Fattah Abdullah sebagai jawatan Timbalan Yang Dipertua ( secara percuma ), tiada istilah Pemangku, jawatan ini dikekalkan selama 2 tahun hingga Disember 2010 tanpa dipertandingkan dalam mesyuarat agung Angkasa 19 Disember 2009. Ini menyalahgunakan kuasa.

3. Melantik Muthado sebagai jawatan NYDP( secara percuma ) , tiada istilah Pemangku, jawatan ini dikekalkan selama 2 tahun hingga Disember 2010 tanpa dipertandingkan dalam mesyuarat agung Angkasa 19 Disember 2009. Ini menyalahgunakan kuasa.

RUJUKAN:
1. Undang-undang Kecil ANGKASA 31(5) menyebut :
“ Jika ada kekosongan pada jawatan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua akan menggantikannya.
Jika ada kekosongan pada jawatan Timbalan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua yang menerima undi UNDI TERBANYAK akan menggantikannya.
Jika ada kekosongan diantara Naib-naib Yang Dipertua, ini akan digantikan SEMENTARA oleh salah seorang dari JKT.”

( Adalah maklum bahawa keputusan Persidangan Kebangsaan Angkasa 10 jan 2009 di PICC Putrajaya seperti berikut:
Jawatan NYDP : 1. YBhg. Hj Mustapa Kamal Maulut 1055 undi
2. D.H.A. Fattah Abdullah 888 undi.
3. Pn.H.Armi Zainudin 680 undi )

Rumusan : Keputusan pengundian di atas jelas menunjukkan bahawa yang layak menduduki jawatan TYDP adalah pemenang pertama Dato’ Hj Mustapa Kamal B Maulut, maka Dr. Mohd Ali Baharom dan rakan-rakannya telah menyalah gunakan kuasa dengan merampas hak Dato’. Hj. Mustapa Kamal Maulut, dan memberikan kepada D. Abdul Fathah Abdullah secara tak sah.

2. Dalam SURAT SKM bertarikh 5 Oktober 2009, perenggan 3 menyebut :
“ Isu penggantian kekosongan jawatan yang wujud adalah menjadi hak ANGKASA sendiri untuk menentukannya.”

( " Menjadi hak ANGKASA " ertinya dikembalikan semula penentuan dan keputusan kepada kuasa puncak Angkasa iaitu Persidangan Agung Tahunan Angkasa yang mewakili hampir 4000 koperasi, bukannya hanya 15 orang ahli-ahli JKT yang bermesyuarat, yang mana bidang kuasa JKT hanyalah menguruskan dan mentanbir Angkasa setahun demi setahun ).

3. Undang-undang Kecil 30 (5 ) menyebut ;
“ Kekosongan dalam JKT boleh diisi dengan cara perlantikan oleh JKT dan tempoh memegang jawatan Ahli itu ialah sehingga Persidangan Kebangsaan BERIKUTNYA. ‘
( Jelas bahawa kekosongan YDP, TYDP dan NYDP itu harus di isi sementara hingga Persidangan Agung Angkasa berikutnya 19 Disember 2009, bukan seperti salah tafsir Dr. Mohd Ali Baharom dan rakan-rakannya , di mana jawatan mereka bagi jawatan TYDP dan NYDP hingga Disember 2010 .)


SARANAN.
1. Kami menggesa koperasi-koperasi membuat usul bertulis untuk Persidangan Kebangsaan Angkasa 19 Disember 2009, agar membatalkan keputusan mesyuarat JKT 6 oktober 2009, dan melucutkan jawatan TYDP Fathah b Abdullah dan NYDP Muthadho Bahari yang berstatus sementara itu , dan di adakan EGM untuk satu pemilihan baru untuk jawatan TYDP dan NYDP berkenaan.

2. Jika JKT enggan membawa usul ini ke PKTA 19 Disember 2009, maka perwakilan koperasi mengusulkan USUL TERGEMPAR pengundian sulit untuk membatalkan jawatan TYDP dan NYDP berkenaan.

3. Pada Persidangan 19 Disember 2009 ini, para perwakilan harus memilih jawatan kekosongan YDP dan NYDP dengan pimpinan baru, tidak melibatkan penama-penama di atas, agar Angkasa dapat menyusun kembali kepimpinan yang ADIL, BENAR dan BERSIH, untuk membawa kemajuan dan kejayaan Angkasa dan gerakan koperasi keseluruhannya. Jika tidak maka Angkasa kekal dipandang sebagai sebuah institusi rendah ketelusan dan integritin, akan membawa implikasi dahsyat KOD POTONGAN GAJI ANGKASA akan dipindahkan kepada badan lain.

Akhir kata, hantarlah borang Pencalonan YDP dan NYDP, dan juga isikan borang perwakilan Persidangan Kebangsaan Angkasa 19 Disember 2009 , dan hantar usul di atas secara bertulis seberapa segera ke pejabat Angkasa Pusat. Dan hadirlah ke mesyuarat tersebut dengan azam kuat untuk berani BERUBAH,MERUBAH, MENGUNDI PERUBAHAN.

Sekian, terima kasih.