Wednesday, July 8, 2009

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI INTEGRITI KEUSAHAWANAN PENGANGKUTAN AWAM KUALA LUMPUR (KUSPA)

7 Julai 2009 - Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

NYDP Angkasa, Hj Mustapa Kamal Maulut (MKM) telah merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi KUSPA untuk pemandu-pemandu, penguasaha teksi dan usahawan.


Pernulaan mesyuarat dengan doa, dan seterusnya anggota Koperasi wajib beriman kepada Allah SWT untuk terus maju jaya.

Ucapan NYDP menyentuh anggota-anggota mendokong koperasi secara sukarela dan demokrasi, manakala anggota lembaga mesti bersikap adil dan takut kepada Allah SWT, mengelakkan daripada ketirisan wang dan melakukan aktiviti dan perbelanjaan yang lagho.

Koperasi dianjurkan untuk bergabung dengan ANGKASA, yang menyediakan latihan dan pendidikan serta masyhur dengan Biro Potongan Gaji ANGKASA. Selain itu program kerjasama antara koperasi boleh diujudkan dalam bentuk konsep Mentor - Mentee, Koperasi UKHWAH boleh ditinjau sebagai mentor perniagaan kepada Koperasi KUSPA.

Saf kepimpinan Koperasi KUSPA hendaklah disatukan kefahaman dan tindakan melalui latihan menunaikan solat berjemaah, dengan matlamat yang satu iaitu membawa kemajuan koperasi dan mendaulatkan agama Islam.

Sekian, wassalam.