Saturday, July 4, 2009

RM29.9j bina 12 unit banglo


KUALA LUMPUR: Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah) memperuntukkan RM27.9 juta membina 12 unit banglo berkembar tiga tingkat di Kiara View Sri Hartamas di sini sebagai pelaburan jangka panjang terbaru koperasi berkenaan.



Projek pembangunan Fasa 4 (a) berkeluasan 4,236.24 meter persegi dijangka siap sepenuhnya penghujung 2010.

Koperasi terbabit memiliki lapan unit banglo berkembar bernilai RM11.6 juta di perumahan elit itu yang siap pada 2007 dan kini disewakan kepada warga asing.

Setiap satu disewa pada harga RM10,000 hingga RM15,000 dan menerusi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) serta seunit dijadikan rumah tamu lengkap dengan kemudahan kelab rekreasi mini.


Pengerusinya, Mustapa Kamal Maulut, berkata koperasi digalakkan terbabit dalam bidang belian serta jualan hartanah.

Menurutnya, walaupun berisiko tetapi sekiranya dilakukan dengan betul, pelaburan itu dapat memberikan pulangan lumayan.

Hadir sama, wakil pemaju Seni Nusantara Sdn Bhd, Nizaruddin Asmuni.