Tuesday, July 28, 2009

KENYATAAN BALAS CUEPACS AMBIL ALIH ANGKASA




KENYATAAN AKHBAR
27 Julai 2009



Daripada :

Pengerusi Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH)
Hj Mustapa Kamal Maulut
(Merangkap Naib Yang DiPertua ANGKASA)

KENYATAAN BALAS CUEPACS MOHON KOD POTONGAN GAJI

Merujuk kepada kenyataan di akhbar-akhbar tempatan, 27 Julai 2009, saya ingin mengulas sebagai respon gesaan Cuepacs memohon menguruskan kod potongan gaji kakitangan kerajaan, yang terdapat kenyataan Cuepacs iaitu dakwaan ANGKASA memperolehi komisen RM8.1 bilion adalah tidak benar.

Saya ingin menarik perhatian pembaca bahawa ANGKASA yang telah ditubuhkan selama lebih 37 tahun, telah mempunyai kelengkapan IT, kepakaran pemprosesan potongan gaji dan kakitangan yang cekap dan tidak satu sen pun berlaku keteresan duit hilang dan sistem potongan gaji ANGKASA sehingga kini, sedangkan sehingga ketika ini sejumlah besar wang pinjaman melalui kod ANGKASA dengan selamat.

ANGKASA selaku badan gabungan koperasi sudah memang memanfaatkan keuntungan komisen tahunan kepada masyarakat melalui berbagai-bagai program seperti pinjaman pelajaran TAPAK ANGKASA, kursus dan bimbingan usahawan ANGKASA, kursus, latihan dan seminar dalam berbagai tajuk dan modul, yang semuanya diberi dalam bentuk percuma kepada masyarakat.

Untuk makluman, ketika ini terdapat anggota koperasi lebih 6 juta di Malaysia, dan darinya anggaran 1.2 juta kakitangan kerajaan menjadi anggota koperasi dan mendapat kemudahan dan faedah dari ANGKASA Termasuk ANGKASA sedang menaungi aktiviti koperasi sekolah lebih dari 1,800 buah koperasi sekolah dengan berbagai bantuan dan bimbingan percuma kepada pelajar-pelajar sekolah.

Dengan itu, adalah sangat banyak faedah yang telah dicurahkan kepada masyarakat dan kakitangan kerajaan dari perkhidmatan ANGKASA ini.

Menyentuh tentang hasrat Cuepacs ini, saya berpendapat adalah lebih wajar Cuepacs menumpukan dan memperluaskan pembelaannya kepada kakitangan kerajaan, kerana banyak lagi isu-isu kakitangan kerajaan yang belum diselesaikan seperti hal ehwal penggajian, cuti bersalin, kerja lebih masa dan Iain-Iain lagi.

Seterusnya saya mengajak Cuepacs berganding bahu dengan gerakan koperasi dalam hal menangani isu bahawa Akauntan Negara telah memberi kod potongan gaji terus kepada bank-bank perdagangan. Ini adaiah satu ancaman yang lebih besar kepada hal kebajikan yang dilahirkan oleh gerakan koperasi, yang mana hasrat Akauntan Negara itu hanya akan memberi keuntungan kewangan yang besar kepada bank-bank komersial, tetapi mereka tidak meletak kebajikan kepada kakitangan kerajaan mahupun masyarakat Malaysia sebagai keutamaan.


HJ MUSTAPA KAMAL MAULUT
KP: 620924-08-5997
HP: 013-3410461