Friday, April 24, 2009

KOPERASI DI PERAK MAHU ANGKASA BERUBAH.




Assalamualaikum,

Seminar Keusahawanan Angkasa
22-23 April di Lake Town Hotel, Bukit Merah, Perak.

Secara keseluruhan, seminar ini tidak boleh dilihat sebagai satu seminar untuk melahirkan usahawan, atau membina usahawan. Dengan kehadiran Etiqa Insurans untuk menerangkan produk Tabarru’ Angkasa, HPA industries dengan Radix Fried Chicken dan Era Edar dengan MLM nya, seminar ini lebih kepada mempromosikan ketiga-tiga syarikat tersebut.

Perkara ini telah disentuh oleh beberapa peserta seminar, antaranya Datuk Bakar dari Koperasi Masjid Perak. Beliau mempersoalkan mengapa Angkasa Perak tidak menjemput kalangan Kopeasi dan Koperator yang telah berjaya, contohnya Haji Mustapa Kamal Maulut dari Koperasi Ukhwah.

Di Seminar ini juga mendedahkan beberapa kelemahan Skim Tabarru’ Angkasa. Antara yang dipertikaikan sistem amalan mudharabah yang bersifat kapitalis, dimana hanya memberi keuntungan dari baki yang tidak dituntut oleh peserta sebanyak 50:50, hanya untuk jangkamasa setahun.

Jika sumbangan dari koperasi berjumlah RM100,000.00, mungkin ditolak tuntutan kematian dsb. Berbaki RM80,000.00, maka keuntungan akan dikira untuk jangkamasa setahun sahaja (mungkin koperasi mendapat 2-3 ribu sahaja). Maka modal RM80,000.00 itu sah menjadi milik Etiqa. Inikah sistem Mudharabah?

Seminar telah dirasmikan oleh TYDP Angkasa, Dr. Ali Baharum. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyarankan orang melayu mencontohi cina dalam perniagaan. Ucapan-ucapan sinis menghina melayu diucapkan, hingga menimbulkan kemarahan peserta seminar. Perkara ini telah diulas oleh Haji Latif dari Koperasi Kakitanga Kerajaan, Taiping.
” Walaupun saya berdarah campuran, separuh melayu separuh lain, tapi saya tetap terasa dihina dengan ucapan-ucapan dari TYDP.” ujar beliau.

TYDP juga menyarankan ”perniagaan viable”, seperti menternak cacing untuk kompos, membeli estate (bagi bidang hartanah) dan produk halal. Beliau tidak menggalakkan menternak lintah (kerana telah gagal), sementara menternak cacing kejayaannya belum tahu lagi. Selain ini beliau menyentuh tentang pembelian bangunan angkasa setiap negeri.

Ulasan saya, bagi yang mengenali koperasi Ukhwah, pasti akan nampak percubaan menciplak idea oleh TYDP and the gang, tetapi tidak kena caranya.

Kehadiran Era Edar Marketing hanya sebagai pengisi masa, sementara HPA Industries sebagai menampakkan kesungguhan untuk menonjolkan agenda produk halal. Tidak banyak yang boleh diguna untuk membangun usahawan.

Agak menarik, HPA Industries telah membariskan 12 orang ahli panel syariah sendiri untuk memastikan status halal produk mereka. Ini kerana mereka meragui status halal yang dikeluarkan JAKIM.

Isu panel syariah Angkasa dibangkitkan oleh Haji Latif dalam sesi dialog dengan NYDP, Dato’ Fattah. Persoalan ini langsung tidak dijawab.

Dialog dan perasmian penutup semakin panas dengan soalan-soalan cepumas oleh peserta seminar. Penampilan Haji Latif yang cemerlang menggamatkan suasana. Ketika beliau membuat pertanyaan yang agak panjang, ditegur oleh Dato’ Fattah. Dato’ Fattah telah membuat soalan bola tanggung hingga di”smash” oleh peserta. Beliau bertanya kepada peserta seminar, adakah tuan-tuan setuju nak dengar celoteh Haji Latif? Disambut oleh seisi dewan...Nak dengar! Nak dengar! Setuju!. Haji Ali dari Koperasi Sg. Manila bangun lalu berkata, ” Dato’, kalau saya tak undi Dato’ hari tu, Dato’ tak duduk atas tu.” Disambut peserta , undur! Turun! Siapa yang cakap saya tak tahu, dari belakang dewan. . Dato’ Fattah malu sendiri. Terpaksalah beliau memberi laluan kepada Haji Latif.

Soalan-soalan haji Latif:

Tolak kepimpinan Dr. Ali Baharum kerana teralu banyak kegagalan dalam koperasi dan projek beliau.
Yayasan – dijawab oleh Dato’ Fattah, dalam kajian
Panel Syariah – tiada jawapan

Saudara Ustaz Zainan (Koperasi Kg Gajah) bangun bertanya, jika asyik dok kaji, sampai bila nak jadi yayasan tu. Nanti bila tukar kepimpinan, masih nak kaji lagi..sampai bila.

Dato’ Fattah jawab, beliaupun harap penubuhan yayasan akan jadi kenyataan. Satu dewan jadi saksi ucapan tu...seramai 200 orang.

Datuk Bakar, secara terang-terangan menyeru angkasa mencontohi Koperasi Ukhwah yang dipimpin Haji Mustapa Kamal Maulut. Beliau hadir seminar di KL International minggu lalu.

Akhir sekali seorang peserta dari Koperasi Sekolah bertanya, benarkah desas desus bahawa koperasi sekolah akan dipisahkan dari koperasi dewasa? Dato’ Fattah terkejut dengan solan itu, lantas bertanya semula, ”dari mana dapat berita tu.” Dia jawab dari mesyuarat agung. Dato’ Fattah kata, belum ada rancangan seperti itu.
Sekian.

Laporan dari saya salah seorang peserta seminar di atas- Abdullah.