Monday, April 20, 2009

HARI KELUARGA KOKITA

Seorang peserta mendapat tiket cabutan bertuah ke Acheh dari Koperasi Ukhawah

Pengerusi Kokita, Hj Zulkifli (berbaju merah, duduk) dan Setiausaha Kokita, Hj Ahmad Adnan (berbaju coklat, berdiri) beramah mesra dengan NYDP.

Koperasi Kakitangan Angkasa Berhad (KOKITA) telah mengadakan Hari Keluarga pada hari Ahad 19 April 2009 bertempat di Chalet PNK Sepang Resort. Seramai 100 orang anggota dan keluarga masing-masing telah memeriahkan Hari Keluarga tersebut. Pelbagai acara disediakan dan Kokita telah mendapat sumbangan wang dan hadiah dari Koperasi UKHWAH. Diantara sumbangan tersebut merupakan pakej melancong ke Acheh. Tiga orang anggota telah mendapat pakej tersebut.

Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran NYDP Hj Mustapa Kamal b Maulut. Beliau telah menyampaian ucapan aluan dan merasmikan majlis Penutup Hari Keluarga tersebut. Beliau juga telah meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah-hadiah.