23 April 2009, Cairo Mesir, Lapuran oleh Abu Ubaidah,
Cairo- NYDP Hj Mustapa Maulut sedang mengadakan lawatan meninjau ke Mesir, melihat perkembangan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir, meninjau sektor pertanian Mesir, dan melawat tempat lawatan pelancong utama iaitu Pyramid dan Spync di Mesir.
Di dapati pelajar-pelajar Malaysia begitu tekun dan gigih menjalani pelajaran mereka. Ada yang mengambil inisiatif mengambil kelas tiusyen di bayar sendiri , demi untuk memahami pelajaran. Mereka juga rajin dalam mengikuti aktiviti usrah demi menjalinkan persauraan antara mereka.
Di bidang PERTANIAN pula, NYDP begitu kagum dengan kegigihan petani-petani Mesir bertani , menanam gandum dan buah-buahan. Tanaman mereka begitu berjaya untuk di makan sendiri, malah hingga kepada ekspot. Sepanjang perjalanan antara Cairo dan Mansurah , 100 km di kiri kanan jalan di penuhi dengan tanaman yang menghijau dan meriah.
Petani-petani dan gerakan koperasi di Malaysia harus mencontohi petani Mesir yang berjaya bertani dalam sekala besar.
Manakala lawatan ke PYRAMID dan SPYNC, amat mengkagumkan. Raja Firaun yang derhaka kepada Allah itu telah memaksa rakyatnya membina pyramid dan spync yang gagah dan menakjubkan itu, tapi malangnya raja-raja Firaun ini derhaka kepada Allah. Di kekalkan permakaman pyramid dan spync ini agar manusia jangan berkekalan derhaka kepada Allah.
Begitu juga para pemimpin-pemimpin, tidak harus memanupulasi pengikut dan wang pengikut untuk kepentingan dan kepopulariti diri sendiri. Bukankah seorang pemimpin itu adalah khadam kepada ummatnya.
Ladang pertanian yang luas dan subur rakyat Mesir.