Thursday, April 30, 2009

Bencana Peringatan Dari ALLAH

Assalamualaikum.

Mari kita renung maksud Firman Allah SWT:

"Akan berlakulah kerosakan di daratan dan di lautan hasil dari tangan manusia itu sendiri".

Jika kitaa berjalan diseluruh dunia, maka kedapatan kelakuan-kelakuan manusia itu yang melanggar perintah Allah, diantaranya:

1. ORANG KAFIR : Kafir kepada Allah SWT,
hidup sex bebas, minum arak, dan makan babi serta binatang buas dlln.


2. ORANG ISLAM : Tidak menegakkan hukum Allah,
tidak mendirikan solat, tidak menutup aurat , makan riba dlln.

Sebenarnya segala suruhan Allah itu ada faedahnya untuk manusia, manakala larangan Allah itu ada kebaikannya jika dapaat di elakkan.

Misalnya, orang kafir seluruh dunia menjadi kelaziman makan BABI, dan sekarang tibalah giliran di datangkan oleh Allah penyakit " SWINE FLU ", yang melanda seluruh dunia, dari Mexica, USA, Europe, hingga New Zealand. dulu di Negeri Sembilan Malaysia juga kena penyakit babi JI.

Awaslah juga bahawa penyakit ketara orang Islam adalah MENINGGALKAN SOLAT dan MENDEDAH AURAT. Inialah punca akar umbi ketidak berjayaan ummat Islam dalam apa saja bidang, ekonomi mahupun tentangan kepada Yahudi dan Nasrani.

IKTIBAR.

Kini tersebar virus H1N1, atau selsema babi. Di mana-mana terdapat babi, berisiko untuk tersear penyakit ini. Ini bermaksud, di seluruh dunia berisiko, kerana terdapat babi di sana.
Sebenarnya ini adalah petanda kemurkaan Allah SWT terhadap manusia yang engkar. Allah turunkan bala' tanpa mengira mukmin atau kufur. Bagi yang beriman, jika terlibat dalam musibah, wabak atau bala', Allah kurniakan darjat dan pahala. Bagi yang derhaka dan kufur, itu adalah azab dan laknat.
Telah banyak bencana berupa penyakit atau bencana alam telah berlaku dalam sejarah hidup manusia. Di antara bencana-bencana yang tercatat di dalam Al Quran adalah sebagai peringatan untuk manusia atas kemurkaan Allah kepada mereka yang telah melampaui batas kederhakaan dan kekafirannya:

1. Banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s, yang tingginya melampaui puncak-puncak bukit dan gunung. Tiada seorangpun manusia yang selamat, melainkan mereka yang beserta Nabi Nuh yakni hanya seramai 80 orang di dalam bahtera. (Surah Nuh: 1-28 dan Surah Al Mukminun: 23-30)

2. Bencana besar Allah timpakan ke atas bangsa Tsamud, suatu bangsa yang makmur kehidupannya tetapi menyanggah ajaran Allah dan berpakat membunuh Nabi Soleh a.s. Letusan gunung berapi yang hebat menjadikan mereka hancur lebur, lenyap menjadi abu dalam waktu sedetik. (Surah Al Haqqah: 4-5, An Naml: 45-54)

3. Gempa bumi yang dahsyat sehingga bumi pecah, retak dan terbalik diiringi dengan hujan batu dan lumpur yang panas ke atas kaum Nabi Luth a.s yang melakukan kekafiran dan perbuatan homoseks. (Surah Al-A'raf: 80-84, An Naml: 54-59)

4. Bom batu berapi yang digugurkan oleh burung-burung, ditimpakan ke atas tentera Abrahah yang cuba menyerang dan menghancurkan Kaabah. Kesannya lebih mengerikan daripada bom atom dan nuklear, diibaratkan hancurnya sebagai daun-daun yang dimakan ulat. (Al-Fiil: 1-4)

Begitulah hebatnya gambaran murka Allah terhadap kaum-kaum yang terlalu menderhakainya. Adakah sesuatu kekuatan saintifik atau teknologi yang dapat menghalang bencana Allah itu?

Jawapannya tiada. Cara menghalang dan menghindarkan berlakunya bencana tersebut hanyalah dengan menghentikan segala kejahatan dan kekufuran serta bertaubat kepada Allah SWT.

5. Kemurkaan Alah terhadap individu

Tanda kemurkaan Allah kepada seseorang adalah melalui ujian dan bala. Kemalangan, kebakaran, kehilangan harta, rumahtangga porak peranda dan bercerai berai, pemerintah zalim, hidup gelisah, jiwa tiada ketenangan. Semuanya Allah timpakan setimpal dengan dosa yang dilakukan cukup untuk membuat manusia itu sedar akan kesalahan-kesalahan dan dosa-dosanya.

Ujian bagi orang-orang soleh, para nabi dan wali adalah untuk peningkatan darjat dan diampun dosa oleh Allah, bukan dianggap sebagai bala.

6. Istidraj

Allah juga boleh menunjukkan tanda kemurkaannya kepada hambaNya yang berdosa secara memberi nikmat-nikmat yang berlebihan, dipanggil istidraj. Mereka ini adalah orang-orang yang kufur dan sangat degil hati-hati mereka. lantas Allah tambahkan nikmat ke atas mereka secara murka dan benci, agar mereka bertambah lalai.

Semakin bertambah kekufuran dan kejahatannya, nikmat yang Allah curahkan padanya semakin banyak. Mereka semakin jauh dari Allah, hingga akhirnya mati dalam kekufuran, balasannya dihumban ke neraka Jahannam.
Nota ; rujuk risalah doa bencana dari blog bekas Mufti Negeri Sembilan (klik sini)
Corespondent : Dari Paris, Abu Saad.