14 Mei 2009, PUTRAJAYA-
Suatu kunjungan silaturahim telah dilakukan oleh Koperasi Ukhwah kepada Menteri yang menyelia badan koperasi, Dato' Ismail Sabri, di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Deligasi Ukhwah di wakili oleh Tn Hj Mustapa Kamal Maulut, selaku Pengerusi Koperasi Ukhwah merangkap Naib Yang DiPertua Angkasa dan Datok Rahim Baba, selaku Ahli Majlis SKM merangkap YDP Penasihat Koperasi Ukhwah.
Pertemuan ini merupakan majlis pengenalan Kop. Ukhwah kpd Menteri, yang mana Kop. Ukhwah adalah sebuah koperasi credit yang menyediakan kemudahan kewangan kepada anggota-anggotanya.
Pihak Menteri juga dimaklumkan bahawa, hasil dari aktiviti credit ini, memberi keuntungan sewajarnya, sehingga Kop. Ukhwah berupaya memberi kebajikan kepada anggota-anggotanya, dan anak-anak anggota, mahupun masyarakat Malaysia.
Begitu juga, selebihnya Kop.Ukhwah melebarkan pelaburan jangka masa pendek dan panjang ke dalam bidang hartanah yang strategi dan bernilai tinggi di Lembah Klang, dan memberi keuntungan yang sewajarnya kepada Kop. Ukhwah.
Selanjutnya, Kop. Ukhwah mengadakan perbincangan untuk melebarkan manfaat dalam bidang pendidikan kepada masyarakat luar bandar, di mana beberapa aktiviti pendidikan boleh di curahkan oleh gerakan koperasi, seperti mengadakan bimbingan dan tuisyen pelajaran, menyediakan biasiswa dan dermasiswa, dan sponsoring lawatan sambil belajar pelajar ke bandaraya mahupun ke luar negara.
Menyentuh bidang kepenggunaan, Menteri diberitahu bahawa Kop. Ukhwah ada mengusahakan pengedaran produk halal berjenama Ukhwah Choice, yang memastikan produk itu halal dan berseh disamping kawalan harga yang berpatutan, tidak melampau.
Akhir pertemuan itu, pihak Kop. Ukhwah menjemput YB Menteri dapat meluangkan masa kepada suatu majlis yang sedang diatur olek Kop. Ukhwah disuatu masa terdekat kini. Pertemuan berjalan dan berakhir dalam suasana yang mesra dan positif.
Mengiringi sama rombongan adalah Tn. Hj Hassan Gondol, selaku Naib Pengerusi Kop. Ukhwah, En. Idris , selaku Peg. Kebajikan Ukhwah dan sdr . Sabaruddin.
Terima kasih.