Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Oleh : NYDP ANGKASA
HJ MUSTAPA KAMAL BIN MAULUT.
HJ MUSTAPA KAMAL BIN MAULUT.
1 Jun 2009
Saya mulai dengan mengungkap komen dari Y.M. Tun Dr Mahadhir Mohammad, bahawa :
Saya mulai dengan mengungkap komen dari Y.M. Tun Dr Mahadhir Mohammad, bahawa :
Local media quoted Mahathir as saying, “after the land is sold, the Malays will be driven to live at the edge of the forest and even in the forest itself. In the end, the area in Iskandar Malaysia will be filled with Singaporeans and populated with only 15 per cent Malays.”
20 April 2009- NST.
Accountant General di bawah seliaan Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya
Atas keprihatinan bangsa Malaysia, satu lagi isu sedang mengancam Negara Malaysia, kali ini adalah badai tsunami kod potongan gaji kakitangan kerajaan, bakal akan membedal pantai hadapan badan apex Angkasa, di ikuti gerakan koperasi, bank koperasi Bank Rakyat, Bank Persatuan, bank-bank GLC, dan akhirnya panji terpacak di bank-bank bukan GLC dan Foreign Bank.
Begitu hebat bunyi abstract , namun tidak ramai yang menyelami dan menyedari implikasi yang dahsyat bakal menimpa Angkasa dan Koperasi. Baru-baru ini Acountant General ( A G ) telah memanggil 27 buah bank dalam dan luar Negara, memberi taklimat akan memberi kod potongan gaji .
Bantahan dilakukan oleh Angkasa dan gerakan koperasi, memaksa Acountant General ( A G ) mendengar pandangan Suruhan Jaya Koperasi Malaysia. Akibatnya A G menangguhkan niat untuk memberi kod potongan gaji kepada bank-bank.
Tetapi penganalisa kewangan gerakan koperasi masih menyedari ancaman kerana walaupun A G menangguhkan pemberian Kod Potongan Gaji kepada bank, namun cadangan memberi kod potongan gaji masih akan diteruskan atas kod potongan PERUMAHAN dan AUTOMOBILE.
Dengan niat member kod potongan kepada bank, ini sebenar membuka lubang pertama “ pin hole “ kepada bank :
Begitu hebat bunyi abstract , namun tidak ramai yang menyelami dan menyedari implikasi yang dahsyat bakal menimpa Angkasa dan Koperasi. Baru-baru ini Acountant General ( A G ) telah memanggil 27 buah bank dalam dan luar Negara, memberi taklimat akan memberi kod potongan gaji .
Bantahan dilakukan oleh Angkasa dan gerakan koperasi, memaksa Acountant General ( A G ) mendengar pandangan Suruhan Jaya Koperasi Malaysia. Akibatnya A G menangguhkan niat untuk memberi kod potongan gaji kepada bank-bank.
Tetapi penganalisa kewangan gerakan koperasi masih menyedari ancaman kerana walaupun A G menangguhkan pemberian Kod Potongan Gaji kepada bank, namun cadangan memberi kod potongan gaji masih akan diteruskan atas kod potongan PERUMAHAN dan AUTOMOBILE.
Dengan niat member kod potongan kepada bank, ini sebenar membuka lubang pertama “ pin hole “ kepada bank :
1. Kod perumahan boleh di tawarkan oleh pihak bank secara pakej, hutang rumah + hutang peribadi, atau hutang rumah + hutang overdraft, atau hutang restructuring loan + personal loan. Yang semuanya akan di bayar balik melalui kod potongan gaji bank.
Jumlah hutang bank sanggup memberi lebih besar, tempuh bayaran sangat panjang mungkin hingga 30 tahun, kadar keuntungan sangat rendah, tiada charges upfront, baki duit take home juga banyak. TIADA peminjam yang sanggup menahan gamitan ini.
2. Pinjaman automobile juga boleh di manipulate kan, banyak kali boleh membuat refinance kereta, tanpa perlu tunjuk geran kereta, pasal pembayaran instalment sangat senang potong gaji terus dari majikan.
Bank Negara selaku "Penguatkuasa" kepada bank-bank yang beroperasi di Malaysia
Bank yang dipunyai oleh bukan GLC seperti P. Bank dan H. L. Bank mampu menawarkan interest rate sangat rendah, kerana longgokan duit current account mereka sangat banyak. Orang buka Melayu majority membuka current account di bank bukan GLC, dan P. B. dan H.L.B. tak perlu bayar dividen kepada duit-duit ini. Maka lambakan wang inilah yang akan ditawarkan sebagai pakej personal loan dengan interest rate antara 0 % - 2 %. Bank luar Negara lagi besar dana mereka seperti H. S. Bank, N. S. Bank, S. C. dan lain-lain.
Tiada bank-bank GLC yang sanggup melawan, Maybank, CIMB, RHB, Ambank, Affin, Eon ? Semuanya duit mereka ber kos kerana mereka mesti membayar dividen kepada stakeholder mereka.
Apatah lagi Bank Rakyat, Bank Persatuan , yang masing-masing mempunya tanggungan modal sher yang wajib membayar dividen di hujung tahun, lagilah pula koperasi kredit, semuanya akan tewas kepada loan-loan dari bank-bank bukan GLC dan bank-bank luar Negara.
Dengan niat AG nak beri kod potongan kepada bank , adakah boleh meningkatkan ekonomi Negara? Sayugia di ingatkan bahawa kakitangan kerajaan hanya berjumlah 1.2 juta manusia, dan kini memberi pendapatan kepada Angkasa anggaran RM70 juta setahun. Jika beralih tangan kepada bank, RM70 juta setahun bahagi tak sama rata antara 27 bank, berapalah sangat dapatnya, maka bukanlah ia akan meningkatkan suasana ekonomi masyarakat.
Bank bukan GLC dan Luar akan menarik pelanggan kepadanya, Bank GLC juga tidak akan dapat menawarkan interest lebih rendah daripada mereka. Pelanggan akan lari dari Bank Rakyat, BSN, AgroBank sebab mereka hanya mampu paling rendah sanggup menawarkan interest 3.5 %, maka Bank Rakyat akan tumbang terdahulu kerana keuntungan utama adalah dari personel loan melalui kod potongan gaji Angkasa.
Anggaran 5500 koperasi didaftarkan seluruh Negara, dan mewakili anggaran 6.5 juta anggota koperasi se Malaysia. Tawaran 0% interest oleh bank bukan GLC dan Luar akan memancing 6.5 juta anggota koperasi untuk mengambil personal loan kepada bank, maka dengan sekelip mata 6.5 juta pengikut koperasi akan hilang kepada bank.
Pendapatan utama koperasi adalah aktiviti pinjam-meminjam , kini semua anggota berhijrah meminjam ke bank, koperasi hilang pendapatan. 5500 koperasi tidak mampu membayar sewa pejabat maka 5500 premis pejabat terancam untuk di tutup.
Umumnya sebuah koperasi mempunyai 9 Anggota Lembaga, seorang isteri dan 4 orang anak. Ertinya 9 Lembaga X 6 ahli keluarga X 5500 koperasi = anggaran 230,000 masyarakat koperasi kikis pendapatan untuk menyara hidup mereka. Manakala anggaran 5 staff setiap koperasi X 5500 = anggaran 30,000 masyarakat hilang pekerjaan. Bukankan ini ancaman malapetaka sosio-ekonomi Negara Malaysia.
Manakala Angkasa secara langsung akan hilang pendapatan, kerana selama ini Angkasa tiada pendapatan lain selain khidmat kod potongan gaji, malang bagi Angkasa selama 37 tahun penubuhan tanpa sebarang inovasi mempelbagaikan pendapatan. Seramai anggaran 600 pekerja akan terancam gaji bulanan apabila Angkasa hilang pendapatan. Manakala pejabat-pejabat Angkasa negeri yang 90 % menyewa akan kecundang tidak mampu membayar sewa.
Akhirnya siapa yang akan dapat untung dari langkah A G ini ? Jawapannya adalah bank-bank bukan GLC dan bank-bank Luar Negara. Di mana dokongan A G kepada saranan Perdana Menteri, 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, sebaliknya bank bukan GLC dan bank Luar Negara didahulukan.
Sudah jatuh di timpa tangga; “after the land is sold, the Malays will be driven to live at the edge of the forest and even in the forest itself. In the end, the area in Iskandar Malaysia will be filled with Singaporeans and populated with only 15 per cent Malays “ DAN
“Bank-bank bukan GLC dan bank-bank Luar Negara keuntungan, rakyat Malaysia dan bangsa Melayu dibelakangkan “, adakah ini erti 1 Malaysia dan dasar Liberasasi Malaysia.
Mungkin cita-cita A G ini di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang cemburu kepada Angkasa, kerana senang -lenang dapat pendapatan anggaran RM70 juta setahun. Kalau begitu, nikmat Angkasa ini harus dikongsi bersama oleh semua rakyat Malaysia dan juga pihak-pihak bank koperasi, bank GLC, bank bukan GLC , bank luar Negara dan semua pihak di serata dunia. Caranya adalah Angkasa di tukar kepada badan koperat, di senaraikan di BSKL, dengan good governance and professionalism tinggi, dengan nilai Sadiq, Amanah, Telus dan Taqwa, maka seluruh umat dunia akan berkongsi dividen keuntungan Angakasa yang lumayan.
NYDP ANGKASA Hj Mustapa Kamal b Maulut
Stop Accountant General dari memberi kod potongan gaji kepada bank-bank. Inilah harapan yang adil, saksama dan membawa kemakmuran rakyat Malaysia.
Sila beri cadangan dalam comment.
Sekian, terima kasih.