Wednesday, April 8, 2009

PAKEJ ACHEH TSUNAMI 2009


Monday, April 6, 2009

Kaedah Sembahyang Yang Sempurna - Mengikut Mazhab As-Shafie

SIRI 1

1. MELAFAZKAN NIAT –Harus disisi 4 mazhab melafazkan niatNiat didalam hati diantara Alif Allah dan ra akbar.-wajib Hadith:انما الأعمال بالنيات ( البخاري
Maksudnya : Setiap amalan itu disertai dengan niat.

2. TAKBIRATUL IHRAM Lafaz takbir – الله اكبر
Dinamakan Takbiratulihram adalah kerana haram segala yang halal selepas takbir.
Hadith :كان رسول الله (ص) اذا قام الى الصلاة يكبر حين يقوم (مسلم
Maksudnya : Dan adalah Rasulullah apabila bangun untuk sembahyang maka bertakbir ketika berdiri.

3. WAJIB MEMPERDENGARKAN BACAAN PADA DIRINYA
Mengeluarkan suara kadar didengar pada dirinya berdasarkan apa yang dilihat dari perlakuan Nabi s.a.w. Imam yang 4 mewajibkan gerak lidah dengan membaca dan tidak cukup dengan membaca didalam hati.Imam Shafie berkata : memperdengarkan kepada dirinya dan mereka yang disampingnya serta tidak lebih dari itu.(al-Um-1/88)Hadith :قال التابعي بن سخبرة : سألت خبابا أكان رسول الله (ص) يقرأ في الأولي الظهر والعصر ؟ قال نعمقال بأي شيء تعرفون ذلك؟ قال بالطراب لحيته ( البخاري
Maksudnya : Berkata al-Tabi’e bin Sakhbarah : aku bertanya Khababa, adakah Rasulullah S.A.W membaca pada awal zuhur dan asar ? berkata ia : ya, berkata lagi, dengan apakah yang kamu tahu begitu? Berkata, dengan bergerak-gerak janggutnya.

4. MENGANGKAT TANGAN KETIKA TAKBIRATUL IHRAM
Mengangkat serentak dengan kalimah takbir. Mengangkat tangan dengan hujung jarinya bersetentang dengan telinga dan tapak tangannya bersetentang dengan dua bahu.Bagi wanita hendaklah mengangkat dengan merapatkan dua tangan pada tubuhnya.Merenggangkan jari-jemariHadith :عبد الجبار بن وائل , عن أبيه أنه رأى النبي (ص) اذا افتتح الصلاة , رفع يديه حتى تكادابهاماه تحاذي شحمة أذنيه (ابو داود / النسائي)
Maksudnya : Abdul jabar bin Wail, ayahnya bahawa beliau melihat Nabi S.A.W apabila ia memulakan solat, mengangkat baginda 2 tangannya sehingga hampir 2 manisnya membetuli 2 cuping telinganya…Hadith :كان رسول (ص) اذا كير نشر أصابعهMaksudnya : Adalah Rasulullah S.A.W apabila bertakbir maka baginda merenggangkan jari jemarinya.

5. SUNAT MENGANGGKAT TANGAN PADA 4 TEMPAT.
Ijma’ Ulama sunat mengangkat tangan pada takbiratul ihram.Mengangkat tangan ketika ruku’ dan bangun darinya tidak ijma’Mengangkat tangan ketika bangkit dari tasyahhud awal juga tidak ijma’ 4 tempat mengangkat tangan : Pada Takbir, turun ketika ruku’, bangkit dari ruku’ dan bangkit dari tasyahhud awwalKedudukan jari :Merenggangkan (al-Nasyr) jari ketika takbiratulihram, ruku’, bangkit dari ruku’ dan bangkit dari tasyahhud awal – sunat -merenggangkan (al-tafriq) jari pada kedua lutut ketika ruku’ – sunat. Menghimpunkan jari jemari dan mengarahkan kearah kiblat diketika sujud sunat. Menghimpunkan jari jemari diatas dua peha pada duduk antara dua sujud -sunat. Pada ketika tasyahhud, meletakkan tangan kanan pada peha yang kanan dengan menggenggam selain jari telunjuk. Tidak menggerak-gerakkan jari telunjuk melainkan isyarat pada ketika الا الله.

6. SUNAT MELETAKKAN TANGAN KANAN DI ATAS TANGAN KIRI
Memegang tangan kanan dengan tangan kirinya pada pergelangan tangan. Hadith:ووضع علي يداه اليمبى على ظهر كفه اليسرى والرسغ.... ( البيهقي )
Maksudnya : Dan meletakkan di atas tangan kanannya di atas belakang tapak tangan kirinya dan pergelangan tangan.
............bersambung siri 2.( Oleh Al-Subki blog )

Sunday, April 5, 2009

NYDP ANGKASA , HJ MUSTAPA KAMAL MAULUT MENYARANKAN GERAKAN KOPERASI MENGGIATKAN FARDU KIFAYAH PRODUK HALAL.

NYDP ANGKASA Hj Mustapa Kamal Maulut sedang berucap di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Tuan Hj Latip Ismail (Taiping) dan Tuan Hj Wan Ibrahim (Alor Setar) sedang memberi pandangan tentang produk Halal kepada NYDP ANGKASA.

Antara koperator-koperator dari seluruh negara yang hadir dalam Majlis Pelacaran Fardhu Kifayah produk Halal Koperasi.



Antara produk Halal UKHWAH Choice.


KUALA LUMPUR , 4 Feb 2009- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Noh Omar menyatakan bahawa pencapaian gerakan koperasi ketika ini adalah KDNK 1 % setahun, dan mensasarkan pertumbuhan menjelang tahun 2013 sebanyak KDNK 5 %.

Ekoran dari itu , Koperasi Ukhwah telah mengambil inisiatif dengan mengerakkan rangkaian FARDU KIFAYAH pengeluaran, penjenamaan dan pengedaran PRODUK HALAL keluaran koperasi-koperasi.

Pengerusi Koperasi Ukhwah KL, Hj Mustapa Kamal Bin Maulut merangkap NAIB YANG DIPERTUA ANGKASA, menyatakan bahawa" , usaha yang di depani oleh Koperasi Ukhwah ini adalah menyahut seruan Al Quran agar ummatnya menegakkan agenda fardu kifayah bersungguh-sungguh."

Dalam ucapan NYDP itu di Kuala Lumpur baru-baru ini, beliau menambah, usaha di dalam sektor produk halal yang bersungguh-sungguh boleh meningkatkan ekonomi koperasi-koperasi seluruh Malaysia. Banyak koperasi yang boleh terlibat, seperti koperasi pertanian, koperasi perbekalan bahan mentah, koperasi pengeluaran, koperasi pengangkutan, koperasi pengiklanan dan rekabentuk, koperasi pemasaran dan hinggalah koperasi yang terlibat dengan mengekspot produk halal ke luar negara.

Tambah NYDP lagi, koperasi ini memperuntukkan budget RM9 juta untuk pembelian produk-produk halal dari koperasi-koperasi untuk tempuh 10 tahun pembangunannya, dan geran R & D dari SKM sedang dipohon sebanyak RM300,000 bertujuan melengkapkan prasarana, rekabentuk dan design pakaging yang terhebat. Suatu jenama telah diperkenalkan dipanggil " Ukhwah Choice " telah di popularkan untuk semua produk halal tersebut.

Semuga berjaya gerakan koperasi Malaysia

Thursday, March 19, 2009

UMNO DAN RAJA-RAJA

Pemimpin Umno ambil kuasa mutlak Raja-raja

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Thu Mar 19, 09 1:09:04 pm MYT
"...Apa yang berlaku di Perak, kita tidak ada arahan memaki Raja, kita tidak mahu bertempur dengan Raja kerana kita mendukung Raja Berperlembagaan."


Kita perlu jelas dalam persepsi terhadap makna keadilan dan makna kezaliman, Tanggapan orang kampung apabila pukul kepala atau belasah pun nama zalim. Tidak memberi hak yang sewajar termasuk juga dalam zalim.
Kita melihat bagaimana langkah-langkah yang diambil terhadap negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai contohnya dalam mengagihkan pelaburan, dalam mengagihkan pelaburan asing.

Di sana ada kempen-kempen yang tidak menggalakkan pelaburan pergi negeri-negeri lain daripada yang diperintahkan oleh Barisan Nasional (BN) apabila kita sebuah negara yang mengamalkan federalisme.
Federalisme ini mengiktiraf negeri-negeri yang dipilih oleh rakyat kerajaan tertentu. Dalam hal yang tertentu pihak BN sebagai contoh, di Terengganu semasa kita memerintah dirampasnya royalti petroleum walaupun di sana ada perjanjian.

Kami tidak lupa peristiwa ini. Sabah sendiri yang sudah 50 tahun ketinggalan. Jalan berpuluh kilometer sahaja tidak ada lebih raya. Di Sarawak saya pergi kempen pilihan raya barangkali wakil rakyat kenal rakyat masa pilihan raya sahaja.
Ini termasuk dalam perngertian kezaliman dan kita tidak boleh hendak hapuskan kemiskinan kalau boleh biar mengatasi masalah kemiskinan. Hendak atasi masalah kemiskinan pun kita tidak mencapai kadar kemiskinan yang masih besar dalam negara kira.Begitu juga kadar pengangguran masih besar.

Sekarang kita masih menghadapi krisis ekonimu yang melanda dunia dan tempias masuk ke dalam negara kita. Kita mahu satu pembelaan yang wajar kepada mereka yang dibuang kerja.
Saya lihat dalam TV bagaimana negara komunis walaupun dia komunis dia zalim, kadangkala dia sebagai contoh yang perlu kita ambil.Menyediakan peruntukan untuk memberi bantuan kepada pekerja-pekerja yang dibuang kerja. Ini satu amalan yang perlu diambil contoh oleh kerajaan.
Apa yang berlaku di Perak, di mana kita tidak ada arahan untuk memaki Raja, kita tidak mahu bertempur dengan Raja kerana kita mendukung Raja Berperlembagaan.

Raja berperlembagaan dengan seti yang sebenarnya. Siapa yang membubar Perlembagaan, yang merampas kuasa Raja-raja? Kita tidak mahu Raja-raja memberi kuasa mutlak.
Akan tetapi apa yang berlaku ialah, pemimpin Umno telah mengambil kuasa mutlak daripada Raja-raja dia sendiri untuk menyalah gunakan kuasa dan inilah yang mencelarukan negara. Saya tidak menyanggah titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Titah itu menggambarkan perpaduan yang rapuh. Inilah yang saya sebutkan. Perpaduan yang masih rapuh yang perlu kita tegakkan.
Membina perpaduan rakyat
Dalam membina perpaduan rakyat, mesti kita membina modal insan. Modal insan adalah modal diri manusia. Untuk membina manusia mestilah dengan ilmu, dengan iman dan dengan akhlak.
Di sinilah Islam memulakan ayat yang pertama yang bermaksud, "bacalah dengan nama Tuhan-Mu".

Ilmu yang dibaca dengan iman dan dengan akhlak. Ilmu adalah asas untuk membangunkan manusia yang menjadi masyarakat madani dan masyarakat Hadhari atau madani, masyarat yang bertamadun.
Perkataan hadarah yang bererti bandar dan hadir berhimpun di satu tempat dan Tuhan jadikan manusia ini hidup bermasyarakat.

Manusia tidak boleh menghasilkan keperluan secara individualistik. Mestilah bermasyarakat, perlu berhimpun dan tukar menukar antara satu sama lain.
Ini yang dimaksudkan dengan madani. Baju yang kita pakai daripada kain, kain daripada benang, benang daripada kapas dan kapas ditanam. Untuk tanam kapas kena ada benih dan cangkul.

Cangkul daripada besi. Tidak mungkin seorang manusia mahu sehelai baju, dia buat kerja semua.
Dia yang cari besi untuk cangkul, dia cari benih kapas dan dia seorang yang pintal benang. Sampai kiamat dan sampai mati tidak jumpa baju dan bertelanjang.
Mesti ada manusia yang melombong, ada manusia yang bercucuk tanam, ada manusia yang berniaha dan semua pihak ini berhimpun dalam satu bandar yang dinamakan Madinah. Inilah madani. Ini makna madani.

Inilah makna hadhari. Kehadiran. Mereka bertemu di satu tempat dan manusia yang hadir ini mestilah dibangun kemanusiaannya dengan ilmu dan dengan akhlak yang tepat. Dengan ilmu yang memberi manfaat.
Bukan ilmu yang tidak memberi manfaat. Ini salah satu yang perlu kita faham. Kita mendukung kerajaan membina sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian yang banyak tetapi sejauh mana kita berjaya dalam modal insan.

Kita sedang menghadapi keadaan yang parah. Anak-anak muda yang tinggal di pusat serenti lebih ramai daripada di universiti. Ini satu hal. Ini menunjukkan modal insan kita dalam keadaan begitu celaru. Dia perlu selesai. Di sana ada tempat yang tidak kena. Kita mahu rakyat yang berilmu dengan sebanyak-banyaknya.
Untuk mengilmukan rakyat dengan sebanyak-banyaknya, mestilah dengan bahasa ibunda. Untuk mendalami dan menimba ilmu daripada bangsa asing itu perlu kita mengetahui bahasa asing. Tidak menjadi salah. Digalakkan belajar ilmu bahasa asing. Akan tetapi hendak mengilmukan rakyat sebanyak-banyaknya mestilah dengan bahasa ibunda.

Bahawa kita sendiri telah menonjolkan slogan dalam tahun 60-an Bahasa Jiwa Bangsa. Apabila kita buang bahasa kita, kita menghilangkan jiwa bangsa kita sendiri. Kita telah menerima satu hakikat yang sangat baik.
Semua kaum menerima bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Bahasa pengantaraan di antara kaum yang mengilmukan rakyat.

(Artikel ini dipetik daripada laman web Presiden PAS) _

Wednesday, March 18, 2009

Ukhwah bantu Nurul teruskan pengajian

YAN- Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah) meluluskan bantuan pendidikan koperasi seorang murid tahun lima, Sekolah Kebangsaan Hj Hussin Dol, memandangkan keluarganya kurang berkemampuan.
Ketua Komunikasi Koporat dan Perhubungan Awam Koperasi Ukhwah, Sharifah Aminah Al-Habshee berkata, Nurul Asyikin Ismail, akan menerima bantuan sebanyak RM40 sebulan ketika di sekolah kebangsaan, kemudian memperoleh RM60 sebulan apabila ke sekolah menengah.
Menurutnya, bantuan pendidikan itu melalui biasiswa kecil Maulidur Rasul Koperasi Ukhwah Berhad sehingga tingkatan lima sahaja. “Diharap dengan bantuan itu sekurang-kurangnya meringankan sedikit bebanan keluarga Nurul. Dengan bantuan itu juga, di harap Nurul dapat belajar bersungguh-sungguh dan mencapai dalam pelajarannya,” katanya.
Nurul merupakan anak bongsu daripada enam beradik bercita-cita untuk berjaya dalam hidupnya agar dapat membantu keluarganya kelak. Bapa Nurul, Ismail Omar yang hanya bekerja dengan mengambil upah menoreh getah berasa lega dengan bantuan tersebut.
Sumber: Sinar Harian 09-02-2009

Monday, March 9, 2009

Salam MaulidurRasul -Khairaa Ummah

ISLAM bukan saja satu ajaran yang mengandungi hukum-hakam serta suruhan-suruhan dan larangan, tetapi ia juga merupakan satu ajaran yang lebih luas daripada itu. la meliputi juga soal-soal seperti membangunkan jiwa (iman) hingga seseorang itu cinta kepada ALLAH, terasa hina di hadapan ALLAH dan inginkan bantuan serta pertolongan daripada-Nya; dan membangunkan fikiran dengan ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan dunia mahupun pengetahuan Akhirat.

Islam juga merupakan ajaran yang dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di tengah-tengah masyarakat manusia. Ia juga dapat memberi guide line bagi cara-cara membangunkan akhlak, mencetuskan persaudaraan, memandu manusia berekonomi, membangunkan rumahtangga, bermasyarakat, dan lain-lain lagi.

Oleh itu, kalaulah ajaran Islam itu benar-benar dapat difahami dengan sebaik-baiknya serta diterima dengan jiwa yang murni (iman yang bersih), dapat disampaikan dengan metod (uslub) yang baik serta dengan penuh hikmah, dan dapat pula diperkuat dengan hujah-hujah akal fikiran, sudah tentu umat Islam sentiasa subur jiwanya dengan iman, sentiasa bercahaya akalnya dengan ilmu pengetahuan, sentiasa dapat mengubati penyakit masyarakatnya dengan panduan yang datang daripada Islam, dan dapat menuntun kemajuan-kemajuannya berlandaskan ajaran Islam.

Dan sudah tentu masyarakat Islam akan menjadi masyarakat yang terbaik; akhlaknya tinggi bak bunga yang indah; ilmunya luas dapat membantu membangunkan tamadun yang cemerlang; jiwanya tenang serta kuat berjuang dan mampu menempuh ujian-ujian yang berat; ukhwahnya padu hingga menjadi satu ummah yang bersatu padu laksana batu-bata yang dapat dicantumkan antara satu dengan yang lain dengan simen yang baik hingga terbangunnya sebuah rumah besar, gagah dan indah serta dapat menaungi penghuni-penghuninya dalam suasana penuh aman, damai dan selesa.

Ertinya, lahir sebuah masyarakat Islam yang tidak lagi dapat dicerai-beraikan oleh musuh-musuhnya. yang dapat bertindak dengan satu irama mental dan fizikal - sama ada terhadap musuh ataupun dalam menyelesaikan masalah masyarakat yang timbul, sehingga menjadi satu masyarakat yang baik dan menjadi contoh kepada bangsa dan penganut agama lain.

Tepat sepertimana yang difirmankan oleh ALLAH SWT bermaksud: "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan ke tengah masyarakat (manusia); kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu beriman kepada ALLAH." (Ali Imran: 110)

Dengan ertikata lain, umat Islam akan layak menjadi guru dan pemimpin, serta menjadi ikutan kepada seluruh manusia di dunia.

Thursday, March 5, 2009

UKHWAH unjur penguasaan hartanah RM300 Juta


Pengerusi UKHWAH, Haji Mustapa Kamal Maulut berkata, Koperasi UKHWAH melancarkan unjuran pengusaan hartanah sehingga nilai RM300 Juta dalam tempoh 3 tahun dari sekarang.

Untuk masa terdekat ini Koperasi UKHWAH melangkah ke peringkat global, akan membeli bangunan di London bernilai 4 Juta Pound Sterling.

Selain itu Koperasi UKHWAH juga akan membeli bangunan di Kota Mekah dan Madinah untuk kegunaan umat Islam menunaikan ibadah umrah dan haji.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Galeri Hartanah UKHWAH di Kuala Lumpur 2 Mac 2009 yang lalu.

Berkenaan Galeri Hartanah UKHWAH, bangunan setinggi 5 tingkat di Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur merupakan hartanah terbaru milik UKHWAH bernilai RM2.7 Juta yang dibeli secara tunai.