Wednesday, March 18, 2009

Ukhwah bantu Nurul teruskan pengajian

YAN- Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah) meluluskan bantuan pendidikan koperasi seorang murid tahun lima, Sekolah Kebangsaan Hj Hussin Dol, memandangkan keluarganya kurang berkemampuan.
Ketua Komunikasi Koporat dan Perhubungan Awam Koperasi Ukhwah, Sharifah Aminah Al-Habshee berkata, Nurul Asyikin Ismail, akan menerima bantuan sebanyak RM40 sebulan ketika di sekolah kebangsaan, kemudian memperoleh RM60 sebulan apabila ke sekolah menengah.
Menurutnya, bantuan pendidikan itu melalui biasiswa kecil Maulidur Rasul Koperasi Ukhwah Berhad sehingga tingkatan lima sahaja. “Diharap dengan bantuan itu sekurang-kurangnya meringankan sedikit bebanan keluarga Nurul. Dengan bantuan itu juga, di harap Nurul dapat belajar bersungguh-sungguh dan mencapai dalam pelajarannya,” katanya.
Nurul merupakan anak bongsu daripada enam beradik bercita-cita untuk berjaya dalam hidupnya agar dapat membantu keluarganya kelak. Bapa Nurul, Ismail Omar yang hanya bekerja dengan mengambil upah menoreh getah berasa lega dengan bantuan tersebut.
Sumber: Sinar Harian 09-02-2009