Thursday, March 5, 2009

UKHWAH unjur penguasaan hartanah RM300 Juta


Pengerusi UKHWAH, Haji Mustapa Kamal Maulut berkata, Koperasi UKHWAH melancarkan unjuran pengusaan hartanah sehingga nilai RM300 Juta dalam tempoh 3 tahun dari sekarang.

Untuk masa terdekat ini Koperasi UKHWAH melangkah ke peringkat global, akan membeli bangunan di London bernilai 4 Juta Pound Sterling.

Selain itu Koperasi UKHWAH juga akan membeli bangunan di Kota Mekah dan Madinah untuk kegunaan umat Islam menunaikan ibadah umrah dan haji.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Galeri Hartanah UKHWAH di Kuala Lumpur 2 Mac 2009 yang lalu.

Berkenaan Galeri Hartanah UKHWAH, bangunan setinggi 5 tingkat di Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur merupakan hartanah terbaru milik UKHWAH bernilai RM2.7 Juta yang dibeli secara tunai.