Tuesday, July 28, 2009

KENYATAAN BALAS CUEPACS AMBIL ALIH ANGKASA




KENYATAAN AKHBAR
27 Julai 2009



Daripada :

Pengerusi Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH)
Hj Mustapa Kamal Maulut
(Merangkap Naib Yang DiPertua ANGKASA)

KENYATAAN BALAS CUEPACS MOHON KOD POTONGAN GAJI

Merujuk kepada kenyataan di akhbar-akhbar tempatan, 27 Julai 2009, saya ingin mengulas sebagai respon gesaan Cuepacs memohon menguruskan kod potongan gaji kakitangan kerajaan, yang terdapat kenyataan Cuepacs iaitu dakwaan ANGKASA memperolehi komisen RM8.1 bilion adalah tidak benar.

Saya ingin menarik perhatian pembaca bahawa ANGKASA yang telah ditubuhkan selama lebih 37 tahun, telah mempunyai kelengkapan IT, kepakaran pemprosesan potongan gaji dan kakitangan yang cekap dan tidak satu sen pun berlaku keteresan duit hilang dan sistem potongan gaji ANGKASA sehingga kini, sedangkan sehingga ketika ini sejumlah besar wang pinjaman melalui kod ANGKASA dengan selamat.

ANGKASA selaku badan gabungan koperasi sudah memang memanfaatkan keuntungan komisen tahunan kepada masyarakat melalui berbagai-bagai program seperti pinjaman pelajaran TAPAK ANGKASA, kursus dan bimbingan usahawan ANGKASA, kursus, latihan dan seminar dalam berbagai tajuk dan modul, yang semuanya diberi dalam bentuk percuma kepada masyarakat.

Untuk makluman, ketika ini terdapat anggota koperasi lebih 6 juta di Malaysia, dan darinya anggaran 1.2 juta kakitangan kerajaan menjadi anggota koperasi dan mendapat kemudahan dan faedah dari ANGKASA Termasuk ANGKASA sedang menaungi aktiviti koperasi sekolah lebih dari 1,800 buah koperasi sekolah dengan berbagai bantuan dan bimbingan percuma kepada pelajar-pelajar sekolah.

Dengan itu, adalah sangat banyak faedah yang telah dicurahkan kepada masyarakat dan kakitangan kerajaan dari perkhidmatan ANGKASA ini.

Menyentuh tentang hasrat Cuepacs ini, saya berpendapat adalah lebih wajar Cuepacs menumpukan dan memperluaskan pembelaannya kepada kakitangan kerajaan, kerana banyak lagi isu-isu kakitangan kerajaan yang belum diselesaikan seperti hal ehwal penggajian, cuti bersalin, kerja lebih masa dan Iain-Iain lagi.

Seterusnya saya mengajak Cuepacs berganding bahu dengan gerakan koperasi dalam hal menangani isu bahawa Akauntan Negara telah memberi kod potongan gaji terus kepada bank-bank perdagangan. Ini adaiah satu ancaman yang lebih besar kepada hal kebajikan yang dilahirkan oleh gerakan koperasi, yang mana hasrat Akauntan Negara itu hanya akan memberi keuntungan kewangan yang besar kepada bank-bank komersial, tetapi mereka tidak meletak kebajikan kepada kakitangan kerajaan mahupun masyarakat Malaysia sebagai keutamaan.


HJ MUSTAPA KAMAL MAULUT
KP: 620924-08-5997
HP: 013-3410461

Friday, July 10, 2009

TAWARAN DARI KOPERASI UKHWAH KEPADA ANGGOTA KOPERASI MALAYSIA

Menepati prinsip koperasi untuk menjalin kerjasama antara koperasi, Koperasi UKHWAH menawarkan perkhidmatan PENGINAPAN EKSKLUSIF DIBANDARAYA KUALA LUMPUR SEMPENA CUTI SEKOLAH NOVERBER - DISEMBER 2009,

Tawaran ini terbuka untuk Pelajar dan Guru Koperasi Sekolah , dan Anggota Lembaga Koperasi Dewasa. Tempahan segera dikehendaki :

1. MARC RESIDENCE & SERVICE CONDOMINIUM, JALAN PENANG, kejiranan KLCC .



2. UKHWAH LAGO - berhampiran SUNWAY LAGOON , PJ.


3. VILLA UKHWAH, TAMAN TASIK TITIWANGSA, KL



4. RESORT BANDARAYA ALAM DAMAI, BANDAR TUN RAZAK, KUALA LUMPUR



5. TROPIKA JELUTONG, SHAH ALAM


6. BUDGET HOSTEL, JALAN AMPANG, BUKIT NANAS, KUALA LUMPUR


TEMPAHAN :

1. Sewaan Bilik atau
2. Sewa Sebuah Banglo

Hubungi : Bahagian Hartanah Koperasi Ukhwah
Tel : 03-26926669, 26914530

Wednesday, July 8, 2009

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI INTEGRITI KEUSAHAWANAN PENGANGKUTAN AWAM KUALA LUMPUR (KUSPA)

7 Julai 2009 - Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

NYDP Angkasa, Hj Mustapa Kamal Maulut (MKM) telah merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi KUSPA untuk pemandu-pemandu, penguasaha teksi dan usahawan.


Pernulaan mesyuarat dengan doa, dan seterusnya anggota Koperasi wajib beriman kepada Allah SWT untuk terus maju jaya.

Ucapan NYDP menyentuh anggota-anggota mendokong koperasi secara sukarela dan demokrasi, manakala anggota lembaga mesti bersikap adil dan takut kepada Allah SWT, mengelakkan daripada ketirisan wang dan melakukan aktiviti dan perbelanjaan yang lagho.

Koperasi dianjurkan untuk bergabung dengan ANGKASA, yang menyediakan latihan dan pendidikan serta masyhur dengan Biro Potongan Gaji ANGKASA. Selain itu program kerjasama antara koperasi boleh diujudkan dalam bentuk konsep Mentor - Mentee, Koperasi UKHWAH boleh ditinjau sebagai mentor perniagaan kepada Koperasi KUSPA.

Saf kepimpinan Koperasi KUSPA hendaklah disatukan kefahaman dan tindakan melalui latihan menunaikan solat berjemaah, dengan matlamat yang satu iaitu membawa kemajuan koperasi dan mendaulatkan agama Islam.

Sekian, wassalam.

Saturday, July 4, 2009

RM29.9j bina 12 unit banglo


KUALA LUMPUR: Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah) memperuntukkan RM27.9 juta membina 12 unit banglo berkembar tiga tingkat di Kiara View Sri Hartamas di sini sebagai pelaburan jangka panjang terbaru koperasi berkenaan.



Projek pembangunan Fasa 4 (a) berkeluasan 4,236.24 meter persegi dijangka siap sepenuhnya penghujung 2010.

Koperasi terbabit memiliki lapan unit banglo berkembar bernilai RM11.6 juta di perumahan elit itu yang siap pada 2007 dan kini disewakan kepada warga asing.

Setiap satu disewa pada harga RM10,000 hingga RM15,000 dan menerusi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) serta seunit dijadikan rumah tamu lengkap dengan kemudahan kelab rekreasi mini.


Pengerusinya, Mustapa Kamal Maulut, berkata koperasi digalakkan terbabit dalam bidang belian serta jualan hartanah.

Menurutnya, walaupun berisiko tetapi sekiranya dilakukan dengan betul, pelaburan itu dapat memberikan pulangan lumayan.

Hadir sama, wakil pemaju Seni Nusantara Sdn Bhd, Nizaruddin Asmuni.

Sunday, June 28, 2009

NYDP Rasmi Hari Koperasi Sekolah di Kuching



Kukuhkan integrasi dalam koperasi







KUCHING, Rabu- Kerjasama harus diwujudkan antara koperasi sekolah dan koperasi dewasa di negara ini, kata Naib Yang Di Pertua ANGKASA Haji Mustapha Kamal Maulut.


Berucap di Program Hari Koperasi Sekolah 2009 di Sekolah Sukan Negeri SMK Tabuan Jaya hari ini, katanya, sebagai contoh, Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH) kini menganjurkan pakej pelancongan bermotivasi (motivasi dalam ekspedisi) sebagai salah satu cara mengukuhkan integrasi dalam koperasi.


"Pakej ini disediakan melalui sayap pelancongan Koperasi UKHWAH yang menggarapkan elemen pelancongan dan motivasi (dua dalam satu)," katanya.


Beliau yang juga Pengerusi Koperasi UKHWAH berkata, sepanjang perjalanan peserta akan dibimbing dengan program motivasi untuk mendorong kecemerlangan dan membina sahsiah diri.



"Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik, di samping memiliki akhlak mulia dan moral yang tinggi," ujarnya.



Beliau juga menyatakan bahawa Koperasi UKHWAH menyediakan insentif bagi pelajar yang memiliki kedua-dua kriteria tersebut dengan meng-hadiahkan pakej pelancongan ke Australia dan London.


"Sebelum ini Ukhwah membawa pelajar-pelajar cemerlang melawat ke Vietnam, Beijing, Seoul dan Hong Kong," katanya.


Mustapha berharap dengan adanya Program Hari Koperasi Sekolah itu akan menarik minat pelajar-pelajar untuk menyertai koperasi.



Tema Hari Koperasi Sekolah (HKS) tahun ini ialah Integrasi Koperasi Sekolah dan Koperasi Dewasa Teras Kecemerlangan.



-Khamis 25 Jun 2009


Sunday, June 14, 2009

Pertubuhan Sister In Islam SIS dari dulu mengelirukan umat Islam.

Mufti sokong majlis fatwa siasat SIS
Jimadie Shah Othman Jun 12, 09 4:55pm

Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bersetuju dengan gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal Sisters ini Islam (SIS) disiasat berhubung dakwaan menggugat akidah Islam."Saya setuju dibuat siasatan (terhadap SIS)," katanya, sambil menyifatkan usul yang diluluskan di muktamar PAS itu "bagus".

Harussani, seorang anggota Majlis Fatwa Kebangsaan, berkata terdapat beberapa tafsiran SIS, antaranya berkaitan isu poligami dan pembahagian harta pusaka berbeza dengan pandangan sedia ada."Saya baca-baca (kenyataan SIS), nampak lain sikit, buang (membelakangkan) ayat al-Quran (dalam dua isu ini)," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Ditanya sama ada beliau akan membawa cadangan menyiasat SIS untuk dibincangkan dalam muzakarah majlis fatwa yang akan datang, Harussani berkata:"Ada bahagian kajian di Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Kertas (kajian) patut dikemukakan mereka terlebih dahulu. "Hendak bermuzakarah mestilah ada kertas." Tambahnya, dalam Islam, merumuskan sesuatu hukum "tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa."Walaupun pihak lain seperti mufti boleh membentangkan kertas mereka sendiri untuk dibincangkan, tambahnya, lebih baik kemudahan dan kepakaran Jakim digunakan bagi tujuan itu.


Ahad lalu, usul yang dibawa PAS Shah Alam diterima tanpa bahas di hari terakhir di muktamar ke-55 berbunyi, antara lain: "(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. "Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.


Gesaan menyiasat dan mengharamkan SIS antara 12 usul yang diterima tanpa bahas di muktamar tersebut. Ia bagaimanapun mendapat bantahan meluas daripada pemimpin-pemimpin Pakatan, yang disertai PAS, dan sejumlah NGO. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga membantah cadangan tersebut.


PAS Shah Alam semalam menyatakan hasratnya untuk menarik balik sebahagian perkataan dalam usul tersebut, antaranya "mengharamkan", dengan alasan ia tidak sempat dimuktamadkan sebelum dibawa ke mukamar. Yang Dipertuanya, Khalid Samad dijadual mengadakan sidang akhbar 2 petang Ahad ini bagi menjelaskan lagi kontroversi usul tersebut.

Wartawan malaysiakini.

Tuesday, June 2, 2009

STOP ACCOUNTANT GENERAL DARI MEMADAM ANGKASA DAN GERAKAN KOPERASI.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Oleh : NYDP ANGKASA
HJ MUSTAPA KAMAL BIN MAULUT.
1 Jun 2009

Saya mulai dengan mengungkap komen dari Y.M. Tun Dr Mahadhir Mohammad, bahawa :

Local media quoted Mahathir as saying, “after the land is sold, the Malays will be driven to live at the edge of the forest and even in the forest itself. In the end, the area in Iskandar Malaysia will be filled with Singaporeans and populated with only 15 per cent Malays.”
20 April 2009- NST.


Accountant General di bawah seliaan Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya

Atas keprihatinan bangsa Malaysia, satu lagi isu sedang mengancam Negara Malaysia, kali ini adalah badai tsunami kod potongan gaji kakitangan kerajaan, bakal akan membedal pantai hadapan badan apex Angkasa, di ikuti gerakan koperasi, bank koperasi Bank Rakyat, Bank Persatuan, bank-bank GLC, dan akhirnya panji terpacak di bank-bank bukan GLC dan Foreign Bank.

Begitu hebat bunyi abstract , namun tidak ramai yang menyelami dan menyedari implikasi yang dahsyat bakal menimpa Angkasa dan Koperasi. Baru-baru ini Acountant General ( A G ) telah memanggil 27 buah bank dalam dan luar Negara, memberi taklimat akan memberi kod potongan gaji .

Bantahan dilakukan oleh Angkasa dan gerakan koperasi, memaksa Acountant General ( A G ) mendengar pandangan Suruhan Jaya Koperasi Malaysia. Akibatnya A G menangguhkan niat untuk memberi kod potongan gaji kepada bank-bank.

Tetapi penganalisa kewangan gerakan koperasi masih menyedari ancaman kerana walaupun A G menangguhkan pemberian Kod Potongan Gaji kepada bank, namun cadangan memberi kod potongan gaji masih akan diteruskan atas kod potongan PERUMAHAN dan AUTOMOBILE.

Dengan niat member kod potongan kepada bank, ini sebenar membuka lubang pertama “ pin hole “ kepada bank :



1. Kod perumahan boleh di tawarkan oleh pihak bank secara pakej, hutang rumah + hutang peribadi, atau hutang rumah + hutang overdraft, atau hutang restructuring loan + personal loan. Yang semuanya akan di bayar balik melalui kod potongan gaji bank.


Jumlah hutang bank sanggup memberi lebih besar, tempuh bayaran sangat panjang mungkin hingga 30 tahun, kadar keuntungan sangat rendah, tiada charges upfront, baki duit take home juga banyak. TIADA peminjam yang sanggup menahan gamitan ini.

2. Pinjaman automobile juga boleh di manipulate kan, banyak kali boleh membuat refinance kereta, tanpa perlu tunjuk geran kereta, pasal pembayaran instalment sangat senang potong gaji terus dari majikan.

Bank Negara selaku "Penguatkuasa" kepada bank-bank yang beroperasi di Malaysia

Bank yang dipunyai oleh bukan GLC seperti P. Bank dan H. L. Bank mampu menawarkan interest rate sangat rendah, kerana longgokan duit current account mereka sangat banyak. Orang buka Melayu majority membuka current account di bank bukan GLC, dan P. B. dan H.L.B. tak perlu bayar dividen kepada duit-duit ini. Maka lambakan wang inilah yang akan ditawarkan sebagai pakej personal loan dengan interest rate antara 0 % - 2 %. Bank luar Negara lagi besar dana mereka seperti H. S. Bank, N. S. Bank, S. C. dan lain-lain.

Tiada bank-bank GLC yang sanggup melawan, Maybank, CIMB, RHB, Ambank, Affin, Eon ? Semuanya duit mereka ber kos kerana mereka mesti membayar dividen kepada stakeholder mereka.

Apatah lagi Bank Rakyat, Bank Persatuan , yang masing-masing mempunya tanggungan modal sher yang wajib membayar dividen di hujung tahun, lagilah pula koperasi kredit, semuanya akan tewas kepada loan-loan dari bank-bank bukan GLC dan bank-bank luar Negara.

Dengan niat AG nak beri kod potongan kepada bank , adakah boleh meningkatkan ekonomi Negara? Sayugia di ingatkan bahawa kakitangan kerajaan hanya berjumlah 1.2 juta manusia, dan kini memberi pendapatan kepada Angkasa anggaran RM70 juta setahun. Jika beralih tangan kepada bank, RM70 juta setahun bahagi tak sama rata antara 27 bank, berapalah sangat dapatnya, maka bukanlah ia akan meningkatkan suasana ekonomi masyarakat.

Bank bukan GLC dan Luar akan menarik pelanggan kepadanya, Bank GLC juga tidak akan dapat menawarkan interest lebih rendah daripada mereka. Pelanggan akan lari dari Bank Rakyat, BSN, AgroBank sebab mereka hanya mampu paling rendah sanggup menawarkan interest 3.5 %, maka Bank Rakyat akan tumbang terdahulu kerana keuntungan utama adalah dari personel loan melalui kod potongan gaji Angkasa.

Anggaran 5500 koperasi didaftarkan seluruh Negara, dan mewakili anggaran 6.5 juta anggota koperasi se Malaysia. Tawaran 0% interest oleh bank bukan GLC dan Luar akan memancing 6.5 juta anggota koperasi untuk mengambil personal loan kepada bank, maka dengan sekelip mata 6.5 juta pengikut koperasi akan hilang kepada bank.

Pendapatan utama koperasi adalah aktiviti pinjam-meminjam , kini semua anggota berhijrah meminjam ke bank, koperasi hilang pendapatan. 5500 koperasi tidak mampu membayar sewa pejabat maka 5500 premis pejabat terancam untuk di tutup.

Umumnya sebuah koperasi mempunyai 9 Anggota Lembaga, seorang isteri dan 4 orang anak. Ertinya 9 Lembaga X 6 ahli keluarga X 5500 koperasi = anggaran 230,000 masyarakat koperasi kikis pendapatan untuk menyara hidup mereka. Manakala anggaran 5 staff setiap koperasi X 5500 = anggaran 30,000 masyarakat hilang pekerjaan. Bukankan ini ancaman malapetaka sosio-ekonomi Negara Malaysia.

Manakala Angkasa secara langsung akan hilang pendapatan, kerana selama ini Angkasa tiada pendapatan lain selain khidmat kod potongan gaji, malang bagi Angkasa selama 37 tahun penubuhan tanpa sebarang inovasi mempelbagaikan pendapatan. Seramai anggaran 600 pekerja akan terancam gaji bulanan apabila Angkasa hilang pendapatan. Manakala pejabat-pejabat Angkasa negeri yang 90 % menyewa akan kecundang tidak mampu membayar sewa.




Akhirnya siapa yang akan dapat untung dari langkah A G ini ? Jawapannya adalah bank-bank bukan GLC dan bank-bank Luar Negara. Di mana dokongan A G kepada saranan Perdana Menteri, 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, sebaliknya bank bukan GLC dan bank Luar Negara didahulukan.




Sudah jatuh di timpa tangga; “after the land is sold, the Malays will be driven to live at the edge of the forest and even in the forest itself. In the end, the area in Iskandar Malaysia will be filled with Singaporeans and populated with only 15 per cent Malays “ DAN



“Bank-bank bukan GLC dan bank-bank Luar Negara keuntungan, rakyat Malaysia dan bangsa Melayu dibelakangkan “, adakah ini erti 1 Malaysia dan dasar Liberasasi Malaysia.



Mungkin cita-cita A G ini di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang cemburu kepada Angkasa, kerana senang -lenang dapat pendapatan anggaran RM70 juta setahun. Kalau begitu, nikmat Angkasa ini harus dikongsi bersama oleh semua rakyat Malaysia dan juga pihak-pihak bank koperasi, bank GLC, bank bukan GLC , bank luar Negara dan semua pihak di serata dunia. Caranya adalah Angkasa di tukar kepada badan koperat, di senaraikan di BSKL, dengan good governance and professionalism tinggi, dengan nilai Sadiq, Amanah, Telus dan Taqwa, maka seluruh umat dunia akan berkongsi dividen keuntungan Angakasa yang lumayan.


NYDP ANGKASA Hj Mustapa Kamal b Maulut

Stop Accountant General dari memberi kod potongan gaji kepada bank-bank. Inilah harapan yang adil, saksama dan membawa kemakmuran rakyat Malaysia.
Sila beri cadangan dalam comment.
Sekian, terima kasih.