NYDP dan Ketua Pengarah DBKL sedang merasa coklat mengubati penyakit ketagihan merokok, yang mana merokok difatwakan HARAM di sisi Allah SWT.
Tuesday, May 26, 2009
NYDP ANGKASA Lancar Penubuhan Koperasi Jelatek
RM200,000 dana pendidikan Koperasi Ukhwah

Pengerusinya, Mustapa Kamal Maulut, merangkap NYDP ANGKASA berkata dana itu adalah hasil sumbangan setiap ahli Koperasi Ukhwah yang menderma sebanyak RM8 setahun melalui yuran khairat kebajikan.
Beliau berkata, melalui Skuad Uhkwah di Hatiku yang ditubuh pada Mac lalu, dana itu akan disalurkan untuk pelbagai program pendidikan dan kebajikan bagi membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan termasuk golongan kurang upaya dan miskin.
"Program membaiki pulih Surau Kampung 18 Luar di sini dan sumbangan kepada golongan miskin adalah antara program kebajikan yang pertama dianjur oleh skuad ini sepanjang dua hari berada di Kedah dan Perlis.
“Kedah adalah destinasi pertama program ini dijalankan dan sebanyak RM30,000 diperuntukkan untuk membaikpulih dan menyelenggara surau yang berusia hampir 40 tahun ini selepas mendapat persetujuan daripada ahli jawatankuasa dan pengasas surau, Abdul Ismail," katanya selepas merasmikan program terbabit di Kampung 18 Luar, Guar Chempedak di sini, kelmarin.
Hadir sama Ahli Majlis Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Rahim Baba dan 50 kaki tangan Koperasi Ukhwah yang berkonvoi dari Kuala Lumpur untuk menyertai pogram berkenaan.
Mustapa berkata, selain sumbangan kepada empat keluarga miskin di kampung itu, pihaknya turut membayar elaun kepada seorang guru yang membuka kelas agama di surau berkenaan.
Upacara penyerahan surau dilakukan dengan pembinaan papan tanda surau oleh Imam Masjid Guar Chempedak dan NYDP Angkasa, Hj Mustapa Kamal.
Katanya, selain itu pihaknya memperuntukkan sebanyak RM20,000 untuk membina sebuah rumah untuk penduduk miskin di Kampung Selamat, Padang Lembu, Pendang yang termasuk dalam program kebajikan skuad terbabit.
Katanya, Skuad Ukhwah akan menjalankan program terbabit di seluruh Malaysia untuk mendekati masyarakat terutama di luar bandar disamping mengenalpasti permasalahan yang berlaku sebelum menyampaikan sumbangan dalam kepada penduduk di situ.
"Pada bulan depan, skuad ini akan turun mendekati penduduk Orang Asli di Temerloh dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.
Skuad UKHWAH di hatiku adalah skuad kebajikan Koperasi UKHWAH yang berjalan ke seluruh tanahair sambil meninjau peluang untuk melakukan program kebajikan yang effektif kepada masyarakat... sedang menikmati jamuan bersama orang kampung ketika penyerahan surau di atas.
"Program ini memberi peluang kepada kakitangan Koperasi Ukhwah untuk memahami budaya masyarakat dan permasalahan setempat selain menjalankan tanggungjawab sosial organisasi," katanya.
Berita Harian, 25 Mei 2009
Thursday, May 21, 2009
KPRS melawat UKHWAH


Tuesday, May 19, 2009
NYDP MERASMIKAN BOWLING ANGKASA WP
Angkasa W.P telah berjaya mengadakan kejohanan bowling , dan penyertaannya amat menggalakkan, di mana lebih dari 50 pasukan telah mengambil bahagian.
Dipertandingan itu, AJK Angkasa W.P. telah menjemput NYDP Angkasa Hj Mustapa Kamal B Maulut, untuk merasmikan balingan penutup kejohanan , sekaligus menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
Di tengah-tengah kejohanan bowling W.P. itu, NYDP dikunjungi oleh tetamu ALK Koperasi dari Samarahan Serawak, yang diketuai oleh En Nawi selaku Pengerusinya. BYDP berkesempatan bersama mereka untuk makan tengahari. Sebelum itu, rombongan Serawak itu telah menginap di Banglo Resort Bandaraya Koperasi Ukhwah di Alam Damai Cheras. Sepanjang lawatan mereka selama 4 hari telah disediakan Van Koperasi Ukhwah untuk lawatan tersebut. Rombongan sangat berpuas hati dan bersyukur kerana konsep koperasi tolong menolong dapat dilaksanakan.
NYDP meluahkan rasa syukur betapa koperasi-koperasi W.P. begitu bekerjasama, dalam menghantar peserta, lebih lagi mereka juga menghadiahkan beranika hadiah dan hamper. Seorang peserta dari Koperasi Kojadi telah terpilih menerima hadiah TV JVC untuk dibawa balik kenangan manis berkoperasi.
JIKA MAHU MAJU, PERNIAGAAN MESTI JAUHI DARI RIBA DAN JUDI.
Azamin Amin Fri Mar 13, 09 4:13:40 pm MYT
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Sebarang Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hanya akan tinggal panduan semata-mata sekiranya ia tidak diwartakan oleh negeri-negeri malah tidak boleh dikuatkuasakan daripada segi undang-undang.
Itulah yang terjadi kepada 1,822 lesen judi yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan termasuk cabutan khas (lucky draw) yang melibatkan dana melibatkan lebih daripada RM70 juta.
Ianya membangkitkan persoalan sejauh mana Majlis Fatwa memainkan peranan supaya setiap dasar kerajaan yang dibuat tidak bercanggah dengan syarak seperti yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan itu.
Perkara ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd. Yusoff sewaktu sesi soal jawab tambahan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr. Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat baru-baru ini.
"Jadi, sekiranya negeri-negeri tersebut tidak mewartakan, maka dia hanya akan tinggal sebagai satu fatwa yang berbentuk sebagai satu panduan sahaja, yang tidak boleh dikuatkuasakan daripada segi undang-undang.
"Jadi, kalau misalnya beberapa fatwa yang Yang Berhormat sebut, katakan fatwa hal merokok misalnya, kalau di Selangor telah dikuatkuasakan dan diwartakan. Maka kalau orang merokok di Selangor, dikenakan tindakan undang-undang, tetapi kalau di Kuala Lumpur tidak dikenakan. Begitu juga yang berkaitan dengan lesen babi ataupun sebagainya." kata Mashitah menjawab soalan Zailah. - azm
Monday, May 18, 2009
GERAKAN KOPERASI MESTI MELAHIR 2 WATAK PEMIMPIN INI - FORMULA UNTUK MAJU JAYA
Ustaz Zainudin Hashim Fri May 15, 09 12:56:20 pm MYT
Bagi pengamal sirah para sahabat r.a., akan mendapati bahawa antara kedua-dua pimpinan tertinggi khilafah Islamiyah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. iaitu antara Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Omar bin al-Khattab, mempunyai perwatakan dan keperibadaan yang sama sekali berbeza antara satu sama lain.
Ini kerana ada yang ulama sirah seperti Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat, bahawa kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Sayidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang, sementara Sayidina Omar pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras.
Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah 'jemaah Islam' seperti PAS yang bercita-cita memperjuangkan Islam dalam segenap aspek kehidupan, terutamanya memastikan undang-undang negara berdasarkan prinsip hukum Ilahi. Ini kerana kedua-dua cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman di mana wujudnya kambing-kambing hitam yang mahu menumbangkan pemerintahan secara tidak demokratik.
Apa yang kita boleh belajar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah berkenaan, ialah salah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama, ia dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas berakhirnya perang Badar Kubra.
Dalam peperangan itu, umat Islam berjaya membunuh kira-kira 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain, baginda Rasulullah s.a.w. tidak dapat memutuskan kedudukan 70 tawanan tersebut. Maka kedua-dua Abu Bakar dan Omar dipanggil untuk mendapatkan pendapat mereka. Sayidina Abu Bakar mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.
Rasulullah bersetuju dengan pendapat Abu Bakar itu, walau bagaimanapun baginda tetap mahu mendengar pendapat daripada Sayidina Omar pula. Omar juga menyatakan bahawa pendapat Abu Bakar itu ada kebenarannya, tetapi baginya disebabkan puak-puak musyrikin itu adalah punca kepada berlakunya penyelewengan terhadap umat manusia, maka beliau mecadangkan agar kesemua mereka yang ditawan itu dipancung sahaja kepala mereka.
Rasulullah s.a.w. tidak dapat nak memutuskan antara kedua-dua pendapat itu, namun baginda menegaskan bahawa mahu berjumpa mereka berdua pada keesokan hari di tempat yang sama. Pada malam itu Allah SWT memutuskan keputusannya mengenai kedudukan tawanan perang melalui ayat 67 surah al-Anfal sebagai teguran kepada Nabi: "Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Boleh dibuat kesimpulan mengenai ayat di atas, bahawa Allah SWT mahu agar Nabi-Nya membunuh (dengan memenggal kepala) para tawanannya, ada mufassir menyebut seolah-olah pendapat Omar menepati ayat yang telah Allah tentukan sejak di 'Luh Mahfuz' lagi kedudukan mereka yang menentang Rasulullah. Ia bukanlah satu pendapat yang memperlihatkan kegarangan Omar, akan tetapi merekalah punca ramai manusia menentang Allah SWT.
Setelah kewafatan baginda Rasulullah, tampuk pemerintahan diserahkan kepada Sayidina Abu Bakar dengan cara syura dijalankan. Abu Bakar berpegang prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin ketumbukan perang agar ketahan Islam dapat dipelihara. Khalid Bin al-Walid menjadi pilihannya, kerana Khalid adala individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan.
Ringkasnya, apabila Sayidina Abu Bakar meninggal dunia, jawatan itu tidak dikekalkan Omar kepada Khalid, kerana Omar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama, nanti mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Khalid menerima pelucutan jawatannya sebagai panglima perang, kerana beliau juga tahu keadaan tersebut, maka Sayidina Omar melantik Sa'ad Bin Abi Waqqas yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.
Maknanya, kedua-dua Sayidina Abu Bakar dan Omar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam 'jemaah Islam'.
SYUKRAN,
Saturday, May 16, 2009
H1N1: Kes kedua dikesan di P.Pinang. Tunaikanlah Solat 5 Waktu dan Makanlah Yang Halal Buatan Orang Islam.
PUTRAJAYA: Kes kedua influenza A (H1N1) dikesan di Pulau Pinang dan disahkan pagi ini, yang melibatkan rakan kepada pesakit pertama yang dikesan semalam, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat hari ini.
"Pesakit ini adalah rakan kepada pesakit pertama dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang. Beliau kini berada dalam keadaan stabil dan tidak lagi demam," katanya dalam sidang akhbar di sini.
Katanya anggota keluarga pesakit berkenaan juga telah dikuarantin di kediaman mereka untuk tempoh tujuh hari bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan virus tersebut.
"Setakat ini mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.Mengulas lanjut, Dr Ramlee berkata kementerian telah mengenal pasti kesemua kontak yang berada dalam penerbangan yang sama dengan pesakit pertama dan kedua. Penerbangan MH091 yang merupakan destinasi terakhir pesawat terlibat, membawa 192 penumpang dan 15 anak kapal pada tarikh berkenaan, katanya.
"Daripada 192 penumpang, seramai 119 masih berada di negara ini, melibatkan 81 warganegara Malaysia dan 38 bukan warganenegara. Baki 73 penumpang lagi telah meneruskan penerbangan masing-masing ke luar negara pada tarikh yang sama, 13 Mei," katanya.
