Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran NYDP Hj Mustapa Kamal b Maulut. Beliau telah menyampaian ucapan aluan dan merasmikan majlis Penutup Hari Keluarga tersebut. Beliau juga telah meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah-hadiah.
Monday, April 20, 2009
HARI KELUARGA KOKITA
Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran NYDP Hj Mustapa Kamal b Maulut. Beliau telah menyampaian ucapan aluan dan merasmikan majlis Penutup Hari Keluarga tersebut. Beliau juga telah meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah-hadiah.
Saturday, April 18, 2009
SIFAT BERANI SYARAT KOPERASI BERJAYA
HJ. MUSTAPA KAMAL BIN MAULUT
NAIB YANG DIPERTUA ANGKASA
@PENGERUSIKOPERASI PENDIDIKAN ISLAM MALAYSIA (UKHWAH)
KEBERANIAN (syaja’ah) amat penting bagi para koperator. Koperator-koperator disarankan agar mempunyai sifat berani dalam menerokai perniagaan baru dengan kajian "viability of the project". Berani akan mendorong kepada kemajuan koperasi.
* Dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi, jika kamu orang-orang yang beriman.
MAJLIS KOPERASI MALAYSIA
Tarikh: 14 April 2009
MUKADIMAH
1. 21 Julai 1922 - Koperasi Kredit Pertama: Syarikat Bekerjasama Jimat Cermat Dan Pinjaman
Wang, Pekerja-pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad.
2. Selepas Perang Dunia Ke 2 - Syarikat Kampong Kerjasama Kerana Meminjam Wang
Dengan Tanggungan Tidak Berhad , Tebuk Hj. Musa, Titi Serong , Krian ( Penanam padi ).
3. 12 Mei 1971 – ANGKASA didaftarkan.
Bilangan koperasi yang didaftarkan di Malaysia sehingga tahun 2007 adalah sebanyak 5,170 buah koperasi, manakala jumlah anggota adalah sebanyak 5,864,250 orang.
Pencapaian koperasi sepertimana yang diisytiharkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun 2009 adalah gerakan koperasi hanya menyumbang sebanyak 1% KDNK Negara, manakala SKM mensasarkan 5% KDNK pada tahun 2013.
Dalam penyusunan kabinet baru 2009, Perdana Menteri telah memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Dengan demikian, tiada lagi kementerian khusus yang menaungi gerakan koperasi. Kini koperasi menjadi entiti perniagaan biasa yang akan bersaing di persada perniagaan nasional dan antarabangsa.
PENUBUHAN MAJLIS KOPERASI MALAYSIA (MKM)
Definisi: MKM ialah satu badan yang terdiri daripada koperasi-koperasi dari seluruh Malaysia yang berdaftar dan layak menjadi ahli MKM. Tujuan MKM adalah untuk mewujudkan satu lagi saluran bagi memperjuangkan konsep koperasi untuk mempertingkatkan nilai tambah kepada usaha kerajaan dalam menambahbaikan ekonomi rakyat Malaysia. Melalui saluran ini, MKM dapat memperkembangkan konsep koperasi ke tahap yang lebih tinggi serta mengubahsuai sistem koperasi menjurus kepada perniagaan yang mantap dan professional dalam memperkukuhkan ekonomi anggota-anggota koperasi.
Tujuan: Perkembangan terkini menunjukkan bahawa payung koperasi dari MECD adalah telah dimansuhkan mengakibatkan kedudukan koperasi terumbang-ambing tanpa nampak penghujungnya. Oleh itu, semua koperasi perlu bekerjasama antara satu sama lain mengikut sektor-sektor tertentu jika ingin terus menjadi pertubuhan ekonomi yang releven. Walaupun sewaktu MECD pencapaian koperasi tidak menampakkan kejayaan yang sepatutnya memandangkan pergerakan koperasi Cuma menyumbang 1% sahaja KDNK Negara.
Oleh itu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur ( DPMMKL) terpanggil untuk bersama-sama dengan kerajaan untuk menjadikan koperasi lebih mantap dan egen pembangunan ekonomi yang efektif. DPMMKL mencadangkan satu Majlis Koperasi-koperasi yang dinamakan Majlis Koperasi Malaysia diwujudkan dalam usaha membantu kerajaan ke arah mempertingkatkan ekonomi Malaysia. DPMMKL juga boleh memberi kepimpinan dan bimbingan kepada koperasi-koperasi di Malaysia dalam usaha mencapai matlamat tersebut. Justeru itu, MKM boleh dilihat sebagai payung koperasi-koperasi dan saluran suara bagi pihak koperasi-koperasi untuk menyampaikan hasrat tujuan kepada pihak yang berwajib.
Struktur: Ahli MKM hendaklah terdiri daripada semua pengerusi-pengerusi koperasi di Malaysia yang berdaftar mengikut klasifikasi masing-masing seperti koperasi kredit, agrobisnes, pengguna, perkhidmatan, pengeluaran dan lain-lain dengan syarat koperasi-koperasi yang diklasifikasi tersebut harus bergabung aset dan kepakaran untuk keuntungan maksima melalui keusahawanan mereka secara global. Dicadangkan juga bahawa MKM ini terbuka, dan semua ahli-ahli MKM berpeluang untuk memberi pandangan dan cadangan usahasama serta mewujudkan tabungnya sendiri untuk kepentingan koperasi-koperasi yang bergabung di bawah MKM. Satu jawatankuasa penaja telah ditubuhkan di bawah program DPMMKL yang mana buat sementara ini, Presiden MKM seharusnya Yang DiPertua Dewan PMMKL dan semua jawatankuasa ini digarap sebagai Protem Komiti.
Satu perjumpaan akan diadakan tidak lama lagi untuk pelancaran rasmi dan pelantikan penjawat-penjawat MKM. Semua koperasi yang menganggotai MKM akan menandatangani satu memorandum persefahaman ke arah pembentukan MKM. Semua koperasi dari seluruh Malaysia dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini. Jelajah penerangan ke seluruh negara akan dibuat untuk memberi maklumat berkaitan dengan penubuhan MKM. Diharap penubuhan ini dapat memberi galakan dan nafas baru kepada koperasi-koperasi Malaysia dalam usaha mengembangkan ekonomi yang berpaksikan kepada keusahawanan dan perniagaan.
Jawatankuasa Penaja MKM
Presiden : Presiden DPMMKL
Timbalan Presiden : Timbalan Presidan DPMMKL
AJK : Jawatankuasa DPMMKL (sementara).
Wednesday, April 8, 2009
Monday, April 6, 2009
Kaedah Sembahyang Yang Sempurna - Mengikut Mazhab As-Shafie
2. TAKBIRATUL IHRAM Lafaz takbir – الله اكبر
3. WAJIB MEMPERDENGARKAN BACAAN PADA DIRINYA
4. MENGANGKAT TANGAN KETIKA TAKBIRATUL IHRAM
5. SUNAT MENGANGGKAT TANGAN PADA 4 TEMPAT.
6. SUNAT MELETAKKAN TANGAN KANAN DI ATAS TANGAN KIRI
Sunday, April 5, 2009
NYDP ANGKASA , HJ MUSTAPA KAMAL MAULUT MENYARANKAN GERAKAN KOPERASI MENGGIATKAN FARDU KIFAYAH PRODUK HALAL.
Tuan Hj Latip Ismail (Taiping) dan Tuan Hj Wan Ibrahim (Alor Setar) sedang memberi pandangan tentang produk Halal kepada NYDP ANGKASA.
Antara koperator-koperator dari seluruh negara yang hadir dalam Majlis Pelacaran Fardhu Kifayah produk Halal Koperasi.
Antara produk Halal UKHWAH Choice.
KUALA LUMPUR , 4 Feb 2009- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Noh Omar menyatakan bahawa pencapaian gerakan koperasi ketika ini adalah KDNK 1 % setahun, dan mensasarkan pertumbuhan menjelang tahun 2013 sebanyak KDNK 5 %.
Ekoran dari itu , Koperasi Ukhwah telah mengambil inisiatif dengan mengerakkan rangkaian FARDU KIFAYAH pengeluaran, penjenamaan dan pengedaran PRODUK HALAL keluaran koperasi-koperasi.
Pengerusi Koperasi Ukhwah KL, Hj Mustapa Kamal Bin Maulut merangkap NAIB YANG DIPERTUA ANGKASA, menyatakan bahawa" , usaha yang di depani oleh Koperasi Ukhwah ini adalah menyahut seruan Al Quran agar ummatnya menegakkan agenda fardu kifayah bersungguh-sungguh."
Dalam ucapan NYDP itu di Kuala Lumpur baru-baru ini, beliau menambah, usaha di dalam sektor produk halal yang bersungguh-sungguh boleh meningkatkan ekonomi koperasi-koperasi seluruh Malaysia. Banyak koperasi yang boleh terlibat, seperti koperasi pertanian, koperasi perbekalan bahan mentah, koperasi pengeluaran, koperasi pengangkutan, koperasi pengiklanan dan rekabentuk, koperasi pemasaran dan hinggalah koperasi yang terlibat dengan mengekspot produk halal ke luar negara.
Tambah NYDP lagi, koperasi ini memperuntukkan budget RM9 juta untuk pembelian produk-produk halal dari koperasi-koperasi untuk tempuh 10 tahun pembangunannya, dan geran R & D dari SKM sedang dipohon sebanyak RM300,000 bertujuan melengkapkan prasarana, rekabentuk dan design pakaging yang terhebat. Suatu jenama telah diperkenalkan dipanggil " Ukhwah Choice " telah di popularkan untuk semua produk halal tersebut.
Semuga berjaya gerakan koperasi Malaysia



