Tuesday, July 28, 2009

KENYATAAN BALAS CUEPACS AMBIL ALIH ANGKASA




KENYATAAN AKHBAR
27 Julai 2009



Daripada :

Pengerusi Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH)
Hj Mustapa Kamal Maulut
(Merangkap Naib Yang DiPertua ANGKASA)

KENYATAAN BALAS CUEPACS MOHON KOD POTONGAN GAJI

Merujuk kepada kenyataan di akhbar-akhbar tempatan, 27 Julai 2009, saya ingin mengulas sebagai respon gesaan Cuepacs memohon menguruskan kod potongan gaji kakitangan kerajaan, yang terdapat kenyataan Cuepacs iaitu dakwaan ANGKASA memperolehi komisen RM8.1 bilion adalah tidak benar.

Saya ingin menarik perhatian pembaca bahawa ANGKASA yang telah ditubuhkan selama lebih 37 tahun, telah mempunyai kelengkapan IT, kepakaran pemprosesan potongan gaji dan kakitangan yang cekap dan tidak satu sen pun berlaku keteresan duit hilang dan sistem potongan gaji ANGKASA sehingga kini, sedangkan sehingga ketika ini sejumlah besar wang pinjaman melalui kod ANGKASA dengan selamat.

ANGKASA selaku badan gabungan koperasi sudah memang memanfaatkan keuntungan komisen tahunan kepada masyarakat melalui berbagai-bagai program seperti pinjaman pelajaran TAPAK ANGKASA, kursus dan bimbingan usahawan ANGKASA, kursus, latihan dan seminar dalam berbagai tajuk dan modul, yang semuanya diberi dalam bentuk percuma kepada masyarakat.

Untuk makluman, ketika ini terdapat anggota koperasi lebih 6 juta di Malaysia, dan darinya anggaran 1.2 juta kakitangan kerajaan menjadi anggota koperasi dan mendapat kemudahan dan faedah dari ANGKASA Termasuk ANGKASA sedang menaungi aktiviti koperasi sekolah lebih dari 1,800 buah koperasi sekolah dengan berbagai bantuan dan bimbingan percuma kepada pelajar-pelajar sekolah.

Dengan itu, adalah sangat banyak faedah yang telah dicurahkan kepada masyarakat dan kakitangan kerajaan dari perkhidmatan ANGKASA ini.

Menyentuh tentang hasrat Cuepacs ini, saya berpendapat adalah lebih wajar Cuepacs menumpukan dan memperluaskan pembelaannya kepada kakitangan kerajaan, kerana banyak lagi isu-isu kakitangan kerajaan yang belum diselesaikan seperti hal ehwal penggajian, cuti bersalin, kerja lebih masa dan Iain-Iain lagi.

Seterusnya saya mengajak Cuepacs berganding bahu dengan gerakan koperasi dalam hal menangani isu bahawa Akauntan Negara telah memberi kod potongan gaji terus kepada bank-bank perdagangan. Ini adaiah satu ancaman yang lebih besar kepada hal kebajikan yang dilahirkan oleh gerakan koperasi, yang mana hasrat Akauntan Negara itu hanya akan memberi keuntungan kewangan yang besar kepada bank-bank komersial, tetapi mereka tidak meletak kebajikan kepada kakitangan kerajaan mahupun masyarakat Malaysia sebagai keutamaan.


HJ MUSTAPA KAMAL MAULUT
KP: 620924-08-5997
HP: 013-3410461

Friday, July 10, 2009

TAWARAN DARI KOPERASI UKHWAH KEPADA ANGGOTA KOPERASI MALAYSIA

Menepati prinsip koperasi untuk menjalin kerjasama antara koperasi, Koperasi UKHWAH menawarkan perkhidmatan PENGINAPAN EKSKLUSIF DIBANDARAYA KUALA LUMPUR SEMPENA CUTI SEKOLAH NOVERBER - DISEMBER 2009,

Tawaran ini terbuka untuk Pelajar dan Guru Koperasi Sekolah , dan Anggota Lembaga Koperasi Dewasa. Tempahan segera dikehendaki :

1. MARC RESIDENCE & SERVICE CONDOMINIUM, JALAN PENANG, kejiranan KLCC .



2. UKHWAH LAGO - berhampiran SUNWAY LAGOON , PJ.


3. VILLA UKHWAH, TAMAN TASIK TITIWANGSA, KL



4. RESORT BANDARAYA ALAM DAMAI, BANDAR TUN RAZAK, KUALA LUMPUR



5. TROPIKA JELUTONG, SHAH ALAM


6. BUDGET HOSTEL, JALAN AMPANG, BUKIT NANAS, KUALA LUMPUR


TEMPAHAN :

1. Sewaan Bilik atau
2. Sewa Sebuah Banglo

Hubungi : Bahagian Hartanah Koperasi Ukhwah
Tel : 03-26926669, 26914530

Wednesday, July 8, 2009

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI INTEGRITI KEUSAHAWANAN PENGANGKUTAN AWAM KUALA LUMPUR (KUSPA)

7 Julai 2009 - Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

NYDP Angkasa, Hj Mustapa Kamal Maulut (MKM) telah merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi KUSPA untuk pemandu-pemandu, penguasaha teksi dan usahawan.


Pernulaan mesyuarat dengan doa, dan seterusnya anggota Koperasi wajib beriman kepada Allah SWT untuk terus maju jaya.

Ucapan NYDP menyentuh anggota-anggota mendokong koperasi secara sukarela dan demokrasi, manakala anggota lembaga mesti bersikap adil dan takut kepada Allah SWT, mengelakkan daripada ketirisan wang dan melakukan aktiviti dan perbelanjaan yang lagho.

Koperasi dianjurkan untuk bergabung dengan ANGKASA, yang menyediakan latihan dan pendidikan serta masyhur dengan Biro Potongan Gaji ANGKASA. Selain itu program kerjasama antara koperasi boleh diujudkan dalam bentuk konsep Mentor - Mentee, Koperasi UKHWAH boleh ditinjau sebagai mentor perniagaan kepada Koperasi KUSPA.

Saf kepimpinan Koperasi KUSPA hendaklah disatukan kefahaman dan tindakan melalui latihan menunaikan solat berjemaah, dengan matlamat yang satu iaitu membawa kemajuan koperasi dan mendaulatkan agama Islam.

Sekian, wassalam.

Saturday, July 4, 2009

RM29.9j bina 12 unit banglo


KUALA LUMPUR: Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah) memperuntukkan RM27.9 juta membina 12 unit banglo berkembar tiga tingkat di Kiara View Sri Hartamas di sini sebagai pelaburan jangka panjang terbaru koperasi berkenaan.



Projek pembangunan Fasa 4 (a) berkeluasan 4,236.24 meter persegi dijangka siap sepenuhnya penghujung 2010.

Koperasi terbabit memiliki lapan unit banglo berkembar bernilai RM11.6 juta di perumahan elit itu yang siap pada 2007 dan kini disewakan kepada warga asing.

Setiap satu disewa pada harga RM10,000 hingga RM15,000 dan menerusi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) serta seunit dijadikan rumah tamu lengkap dengan kemudahan kelab rekreasi mini.


Pengerusinya, Mustapa Kamal Maulut, berkata koperasi digalakkan terbabit dalam bidang belian serta jualan hartanah.

Menurutnya, walaupun berisiko tetapi sekiranya dilakukan dengan betul, pelaburan itu dapat memberikan pulangan lumayan.

Hadir sama, wakil pemaju Seni Nusantara Sdn Bhd, Nizaruddin Asmuni.