Saturday, February 28, 2009

UKHWAH Membeli Produk Halal 17 Koperasi Kontrak Bernilai RM9 Juta.







Koperasi UKHWAH mengambil inisiatof sebagai mentor ,membeli produk-produk halal keluaran 17 Koperasi mentee dengan kontrak 10 tahun bernilai RM9 Juta. Ini membantu koperasi-koperasi mentee menjana pendapatan tetap setiap bulan serta menambah pengeluaran. Koperasi UKHWAH bertindak sebagai pengedar produk Halal dengan jenama UKHWAH CHOICE.


Acara penyampaian Kontrak Perjanjian Persefahaman yang telah ditandatangani kedua pihak telah disampaikan oleh Pengerusi UKHWAH, Tuan Haji Mustapa Kamal Maulut didalam program Taklimat Mengkoperasikan Rakyat di PWTC baru-baru ini. Penyampaian disaksikan oleh YB Datuk Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahan dan Koperasi, serta Timbalan Menteri.


Sebagai sebuah koperasi yang terus aktif mempelbagai produk perkhidmatan dan pengguna, kami di UKHWAH memperkenalkan produk-produk Industri Kecil Sederhana (IKS) yang dibangunkan melalui Program Gerak Usahawan dengan menggunakan jenama UKHWAH CHOICE.

Jenama UKHWAH CHOICE dibangunkan di Pusat Inkubator Usahawan Bandar Tun Razak yang juga merupakan Pusat Pengumpulan dan Edaran UKHWAH SHOPPE yang beroperasi di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.


Bagi memperkenalkan produk keluaran kami dan menarik minat pengguna, kami menggunakan tagline: "JENAMA HALAL PILIHAN MUSLIMIN" yang menjadi kekuatan produk jenama UKHWAH CHOICE kerana kami hanya mengedarkan produk-produk yang terjamin status HALALnya.


OBJEKTIF


Jenama UKHWAH CHOICE dibangunkan adalah untuk merealisasikan matlamat DASAR KOPERASI NEGARA untuk menjadikan bidang koperasi sebagai instrumen ke-3 penting dalam menggerakkan ekonomi negara.


Melaluinya anggota-anggota koperasi seluruh negara boleh mengembangkan bidang perusahaan pembuatan makanan, minuman, produk kesihatan dan pengguna dengan memasarkan produk mereka melalui UKHWAH SHOPPE dengan menggunakan jenama UKHWAH CHOICE.


UKHWAH CHOICE mengutamakan produk keluaran bumiputera sejajar dengan hasrat kerajaan melalui MECD untuk melibatkan lebih ramai bumiputera menceburi bidang perniagaan dan seterusnya membantu pengusahaluar bandar menambah pendapatan melalui jualan dirangkaian cawangan-cawangan Koperasi UKHWAH diseluruh negara.


PEMASARAN DAN JUALAN


Produk UKHWAH CHOICE boleh dibeli melalui pesanan dilaman web www.ukhwah.com.my/ukhwahshoppe atau berkunjung ke cawangan Koperasi UKHWAH yang terdekat.


Kepada pengeluar produk-produk berkaitan, anda dipelawa menyertai kami sebagai pembekal.

Kepada yang berminat sila hubungi :


Alamat : UKHWAH SHOPPE
No.3, Jalan Jujur 1,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, KL

Telefon : 03-91722552
Faks : 03-91721553
Email : ukhwahchoice@yahoo.com

Pengurus : En. Hisyam Hamidi
019-3333528

Eksekutif Jualan : Cik Anis Ghani
012-3614574





SENARAI KOPERASI

KUALA LUMPUR

1) KOPERASI KOHILAL BERHAD
34/4/1 Demai Square
Jalan 4/50 off Jalan Gombak
50000 Kuala Lumpur

Produk : Ubat Gigi, Sabun Mandi
Person to contact : Tuan Haji Saidon
Jawatan : Lembaga Pengarah
H/p : 019-988 0914
Fax : 03-6038 6606

2) KOPERASI WARISAN WAWASAN KUALA LUMPUR BERHAD
( KOWARIS )
No. 3, Tingkat 1
Jalan Jujur Satu
Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur

Produk : Cokelat, Sabun Pencuci Tangan dan Pinggan Mangkuk
Person to contact : Nikmatul Azlan
Jawatan : Setiausaha
H/p : 017-397 4977
Fax : 03-9172 1553

3) KOPERASI SERBAGUNA KAUM IBU SELANGOR DAN WILAYAH
PERSEKUTUAN BERHAD
DA, 40A Jalan Sri Setia
Gombak Setia
53100 Kuala Lumpur

Produk : Kerepek dan Kuih Muih
Person to contact : Datin Noraini bt Saharia
Jawatan : Pengerusi
H/p : 019-368 2499
Fax : 03-6189 0830


SELANGOR

4) KOPERASI FIKRAH HULU SELANGOR/GOMBAK BERHAD
41, Jalan Aman
Kampung Melayu BT. 16
4800 Rawang, Selangor Darul Ehsan

Produk : Baja Organik
Person to contact : En. Shahiful Bahari Abu Bakar
Jawatan : Pengerusi
H/p : 012-371 9738
Fax : 03-6091 8993

5) KOPERASI USAHAWAN E-MAS LEGENDA SABAK BERNAM BERHAD
Lot 160kg Tebuk Baru Tok Kalifah
Bg. Terap 45300 Sungai Besar Selangor

Produk : HomeStay ( Penginapan / Pelancongan )
Person to contact : En. Masnan Pardi
Jawatan : Pengerusi
H/p : 016-290 3078
Fax : 03-32165 537

6) KOPERASI PERSATUAN IBU TUNGGAL TITIAN KASIH BERHAD
No. 203, Jalan Labu Perumahan Ladang Baru
47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan

Produk : Kuah Rojak dan Kuih Bahulu
Person to contact : Puan Rohani Mohd Sharif
Jawatan : Pengerusi
H/p : 012-288 6605
Fax : 03-6038 6606

7) KOPERASI INDUSTRI KECIL SEDERHANA SABAK BERNAM
KUALA SELANGOR BERHAD
R1 Medan Selera
MDKS Tanjung Karang
45500 Selangor

Produk : Kerepek & Dodol
Person to contact : Tuan Haji Hassan
Jawatan : Pengerusi
Person to contact : En. Ahmad Kamal
Jawatan : Timbalan Pengerusi
H/p : 013-645 7164
Fax :

8) KOPERASI AL-RAH SELAYANG BERHAD
No. 12A, Jalan 2/6
Dataran Templer, Bandar Baru Selayang
68100 BT Caves, Selangor

Produk : Kraftangan Tempatan
Person to contact : En. Sulaiman Abdul Rauf
Jawatan : Pengerusi
H/p : 012-632 0251
Fax : 03-6092 8446

9) KOPERASI SEDEX GOMBAK BERHAD
Jalan SG/10
Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves

Produk : Kuih Bahulu
Person to contact : Tuan Haji Yuzahairi Mohd Yusof
Jawatan : Pengerusi
H/p : 012-232 8462
Fax : 03-6189 1005

10) KOPERASI MAAHAD TAHFIZ TIJARAH GOMBAK BERHAD
No. 23, Jalan Idaman 8/1
Pusat Bandar Bukit Idaman
68000 Selayang, Selangor

Produk : Kuih Raya Sepanjang Tahun
Person to contact : Hj. Muhammad Thariq
Jawatan :
H/p : 013-303 0796
Fax : 03-6139 1049

11) KOPERASI PENTERNAK IKAN AIR TAWAR KAMPUNG BUKIT
BELIMBING BERHAD
Jalan Tapak Masjid
Kampung Bukit Belimbing
45000 Kuala Selangor

Produk : Ikan Keli
Person to contact : En. Syed Zaidon
Jawatan :
H/p : 017-279 5865
Fax : -

PERAK

12) KOPERASI KAMPUNG GAJAH BERHAD
No. 113A, Pekan Kampung Gajah
36800 Kampung Gajah
Perak Darul Ridzuan

Produk : Murtabak Segera
Person to contact : En. Osman Abu Bakar
Jawatan : Pengerusi
H/p : 012-550 7989
Fax : 05-254 6055


13) KOPERASI SERBAGUNA MELAYU KINTA BERHAD
S.K. 85-84
Jalan 2 Kampung Sri Kinta
31650 Ipoh, Perak

Produk : Kuah Pecal, Kuah Nasi Impit & Rendang Tok
Chairman :Datin Hajah Faezah bt Abu Kassim
Jawatan : Pengerusi
Person to contact : Pn. Natrah Nordin
Jawatan : Penyelaras
H/p : 013-530 1958 / 03-2492 413
Fax : 03-2492 412


PAHANG

14) KOPERASI SERBAGUNA KAMPUNG KOI JERANTUT BERHAD
Kampung Koi, Damak
27030 Jerantut, Pahang

Produk : Daging Salai, Ikan Salai dan Makanan Ringan
Person to contact : En. Hamzah
Jawatan :
H/p : 017-953 1275
Fax : 09-268 1850


15) KOPERASI SERI TANJUNG BERHAD
Gelanggang Budaya
Kampung Seri Tanjung
28050 Kuala Krau, Pahang

Produk : Dodol, Madu, Gula Kabong & Ternakan Ikan Patin
Person to contact : En. Azmi
Jawatan : Pengerusi
H/p : 016-9700 915
Fax : 03-4257 2407


KELANTAN

16) KOPERASI TERNAK BERHAD
Lot 254, Tingkat 1
Jalan Ismail Petra
17500 Tanah Merah Kelantan

Produk : Penternakan Lembu Kambing
Person to contact :
Jawatan :
H/p :
Fax : 09-9552 700

TERENGGANU

17) KOPERASI SYARIKAT SERBAGUNA KAMPUNG APAL BESUT BERHAD
27, Pekan Apal 22020
Jertih Terengganu

Produk : Kuih Bawang dan Batang Buruk
Person to contact : En. Ali bin Omar
Jawatan : Pengerusi
Person to contact : En. Sabri Muda
Jawatan : Wakil
H/p : 019-987 5275
Fax : 09-6311 275


17 koperasi di atas bertindak sebagai pembekal kepada Koperasi Ukhwah, dengan nilaian belian RM5000 setiap bulan, untuk jangka masa kontrak 10 tahun. Dalam masa terdekat, Pegawai Ukhwah akan turun kepada setiap koperasi tersebut bagi menyelaras produksi mengikut piawaian Halal dan Berqualiti tinggi.


Koperasi Ukhwah akan menerima perbekalan secara bulk (pukal), dan akan mengumpulkan di pusat pengumpulan di bandar Tun Razak Kuala Lumpur, dan segera akan menyiapkan pembungkusan atas jenama Ukhwah Choice untuk sedia di pasarkan.

Rangkaian Ukhwah Shoopee akan segera di wujudkan di setiap pejabat-pejabat cawangan Ukhwah di seluruh negara. Manakala pemasaran luar negara melalui rangkaian hotel Ramada di Saudi Arabia untuk belian para jemaah Umrah dan Haji sepanjang tahun. Koperasi Ukhwah telah dilantik sebagai agen pemasaran bilik-bilik hotel Ramada yang terletak di Makkah, Madinah dan Jeddah.


Selamat maju jaya

Friday, February 27, 2009

UKHWAH SPONSOR RM105,000 TIKET PELAJAR CEMERLANG KE HONG KONG - PENDEDAHAN KEPADA PELAJAR LUAR BANDAR, Lawatan Sambil Belajar Ke Hong Kong 15 – 18 Mac

Tanjung Karang: “Saya pernah ternampak logo UKHWAH ni pada tahun lepas. Waktu itu memang saya tak rasa apa-apa dan memang tak ambil tahu tentangnya. Tetapi saya terkejut apabila UKHWAH mengambil sekolah tempat saya mengajar, Sekolah Kebangsaan Seri Segambut menjadi ‘anak angkat’.

“Dan saya tambah teruja apabila UKHWAH telah menaja saya dan tiga pelajar sekolah ini untuk percutian ke Hong Kong. Bagi saya sumbangan UKHWAH sangat besar kerana ia menjadi pendorongan kepada pihak sekolah untuk meningkatkan pencapaian sama ada dalam pendidikan atau sahsiah.

“Saya bersyukur dengan peluang ini. Ini merupakan satu bonus kepada sekolah kami. Bukan mudah untuk mendapat peluang seperti ini”, jelas Cikgu Fadli Bin Haji Lebai Saaban, salah seorang guru pengiring kepada pelajar yang terpilih.















Tiga orang bekas pelajar tersebut, yang telah mendapat kelulusan terbaik dalam peperiksaan UPSR telah terpilih untuk menyertai lawatan ini.

Nursyuhaida Binti Azman merasakan peluang ini terlalu istimewa baginya. Ia bagaikan mimpi, tidak pernah terfikir bahawa ia akan melawat ke Hong Kong.

Menurut Cikgu Radziah Ismail, guru dari SMK Tiram Jaya, yang memang aktif menyertai beberapa buah koperasi, Koperasi Ukhwah memang berbeza. Pencapaiannya dalam perniagaan dan pengurusan ahli koperasi sangat luar biasa. Selain dividen yang tinggi, koperasi juga mampu menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

“Lihat saja hari ini, ini bukan kali pertama koperasi menaja pelajar keluar negara. Ini membuktikan koperasi ini amat berdaya maju dan berjaya dalam perniagaan yang dijalankan,” ujar Cikgu Rodziah lagi.

Beliau amat bersyukur dan berjanji akan menjadi lebih aktif untuk menyertai koperasi. Beliau akan memberi pendedahan kepada penduduk kampung tentang kelebihan menyertai koperasi. Beliau yakin, ramai penduduk yang 90% daripadanya adalah golongan petani akan menyertai koperasi.

Pelajar yang terpilih dari SMK Tiram Jaya, Nurul Amira Binti Aslan dan Nor Amiera Binti Mohd Saleh, menyatakan rasa gembira yang tidak terhingga. Mereka tidak mampu meluahkan keseronokan itu dengan kata-kata.

Seramai 24 pelajar dan enam guru pengiring telah menerima tiket penerbangan ke Hong Kong. Segala perbelanjaan, dari tiket penerbangan hinggalah wang poket peserta telah ditaja oleh Koperasi Ukhwah.

Tuan Haji Mustapa Kamal Maulut, Pengerusi Koperasi Ukhwah merangkap Naib Yang DiPertua Angkasa ( NYDP ) berharap agar segala program yang dirancang akan dapat menyuntik semangat kepada para pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh sehingga melanjutkan pelajaran ke universiti dalam dan luar negara.

Tuesday, February 24, 2009

UKHWAH MELAHIRKAN PELAJAR GLOBAL - Majlis Penyerahan Tiket Penerbangan Ke Hong Kong 15 – 8 Mac



Tanjung Karang: Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi akan meneruskan usaha untuk memberi pendedahan kepada seluruh masyarakat tentang kelebihan menyertai koperasi. Ini termasuk kepada masyarakat luar bandar yang mungkin selama ini tidak tahu tentang faedah-faedah apabila menjadi ahli koperasi, kata menterinya, Dato Noh Haji Omar.

Dalam majlis Penyerahan Tiket Penerbangan Ke Hong kong kepada pelajar dan guru sekolah terpilih di Daerah Tanjung Karang, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Koperasi Ukhwah kerana telah menaja segala perbelanjaan tersebut. Pelajar yang dipilih merupakan pelajar yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan UPSR yang lalu.

“Ini merupakan contoh yang terbaik apabila menyertai koperasi. Selain dividen yang tinggi untuk setiap ahli, koperasi juga mampu untuk menganjurkan aktiviti yang boleh membantu masyarakat.

“Siapa yang sangka, anak-anak kita yang duduk diluar bandar ini boleh melancong ke Hong Kong, boleh merasa naik kapal terbang, merasai sendiri pengalaman yang selama ini hanya boleh didengar atau dilihat dalam media masa.

“Malah Koperasi Ukhwah juga telah menaja pelajar melancong sambil belajar di Vietnam, China dan Korea. Ini mendedahkan pelajar kepada dunia luar, tentang budaya, kemajuan, iklim dan sebagainya. Bukankah ia merupakan aktiviti koperasi yang amat bermanfaat?” tambah Dato Noh lagi.

Melihat dari kejayaan program yang dianjurkan di Tanjung Karang ini, kementerian berhasrat akan mengadakan lebih banyak pelancaran program koperasi di kawasan luar bandar. Tujuannya agar masyarakat luar bandar akan mendapat pendedahan dan maklumat tentang koperasi.

Cikgu Fadli Bin Haji Lebai Saaban dari SK Seri Segambut dan Cikgu Radziah Bt Ismail dari SMK Tiram Jaya yang ditemui selepas majlis penyerahan tiket mengucapkan syukur yang tidak terhingga. Bagi mereka, peluang yang diberi oleh Koperasi Ukhwah adalah sesuatu yang pasti tidak dapat dilupakan sehingga akhir hayat. Mereka berjanji akan meningkatkan lagi usaha mereka untuk memajukan sekolah.

Sekembalinya dari Hong Kong nanti, mereka berhasrat untuk berkempen kepada guru-guru dan masyarakat setempat agar menyertai koperasi, terutamanya Koperasi Ukhwah.

Pelajar yang ditemui pula menyatakan rasa terkejut dan teruja kerana tidak menyangka akan diberi peluang yang diluar jangkaan seperti itu, seolah-olah seperti mimpi. Selain akan belajar bersungguh-sungguh, mereka juga berhasrat untuk bercerita kepada ibubapa dan keluarga mereka tentang sumbangan koperasi Ukhwah kepada masyarakat.

Monday, February 23, 2009

PAS ada 'Baiah' elak lompat parti - Ustaz Hadi

Mohd Sabri Said
Mon | Feb 23, 09 | 10:22:06 am MYT

KEPALA BATAS, 23 Feb (Hrkh) - "Baiah merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihan raya sama ada umum atau kecil."

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan, PAS nyata mempunyai rahsia tersendiri untuk menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada mengambil sikap melompat parti kerana tindakan itu bukan sahaja membelakangkan kehendak Allah s.w.t bahkan meninggalkan amanah manusia yang mahu seseorang Adun itu melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Katanya rahsia tersebut ialah 'Baiah' yang merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti berbanding parti lain ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihanraya samada umum atau kecil.

"Perbezaan kekuatan Adun-adun PAS ialah 'Baiah' berjanji dengan Allah s.w.t sekiranya kami menipu, khianat, menyeleweng kami akan dilaknat oleh Allah.s.wt, oleh malaikat dan segala yang melaknat.

"Itulah yang tiada dalam parti lain kerana masing-masing mengambil agama suku, politik suku, " ujarnya ketika berceramah di pekarangan Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terenganu memberitahu, walaupun ada Adun atau kepimpinan yang melompat keluar parti, semua pihak boleh melihat di mana 'kedudukan' mereka tika ini.

ImageSambungnya, golongan terbabit kehilangan maruah dan kehebatan bahkan jika berada dalam parti lain hanya sekadar melukut di tepi gantang bukan lagi diberikan kepercayaan sebagai kepimpinan sepertimana dalam PAS sebelum ini.

"Kita tengok mereka yang lari dari PAS apa yang mereka perolehi sebagai hukuman di dunia.

"Mereka hilang maruah, hilang kehebatan dan tidak ke mana walhal golongan terbabit mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Itulah perhitungan antara dosa dan pahala, " tegasnya.

Justeru itu, PAS tetap berusaha mengajak parti lain untuk bersama PAS memperjuangkan kedaulatan demi menjaga maruah yang tinggi tidak kerana pandangan manusia sebaliknya kerana Allah s.w.t.

PAS katanya, tidak memaksa parti lain terutamanya bukan Islam menerima Islam semata-mata menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah menyelewengan amanah rakyat dengan melakukan berbagai kekejaman dan kezaliman.

Menyentuh mengenai peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalanya, Dato' Seri Najib Razak sepatutnya belum lagi waktunya kerana Perdana Menteri tidak lagi 'selesai' dengan amanahnya terhadap rakyat sebagaimana janjinya sewaktu mula memegang tampuk pemerintahan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa tahun lalu.

Janji Abdullah katanya untuk menyelesaikan masalah kehakiman, rasuah, polis, SPR dan pekerti kalangan kepimpinan Umno masih jauh. "Beliau seharusnya berusaha untuk tanganinya sehingga selesai bukan memberi jalan berundur kepada orang lain yang pastinya mempunyai agenda lain dalam pentadbiran baru kelak.

"Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman, Suruhanjaya Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak setakat itu sahaja malahan kena bersama parti lain di luar BN kerana ia bukan masalah Umno. Ia masalah semua rakyat dan ia perlu dengan sistem demokrasi yang betul, " Kata Ahli Parlimen Marang itu.

Beliau berucap di dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu lagi.Turut berceramah pada malam itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Nordin dan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang turur dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man. - azm_

Peneraju ANGKASA 2009




YDP: Dato’ Abdul Rahim Abu Bakar (1,249 undi)
TYDP: Prof. Dr. Mohd. Ali Haji Baharum (1,209 undi)
NYDP1: Haji Mustapa Kamal Maulut (1,055 undi)
NYDP2: Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah (888 undi)
NYDP3: Hajah Armi Haji Zainudin (749 undi)



Penarikan diri Prof. Diraja Ungku A. Aziz dari mempertahankan jawatan sebagai Yang Dipertua ANGKASA telah memberi laluan kepada dua lagi pencalonan bagi jawatan yang sama. Pengerusi Koperasi Shamelin Berhad, Dato’ Abdul Rahim Abu Bakar telah dipilih sebagai Yang Dipertua ANGKASA yang baru menggantikan Pak Ungku. Beliau yang memperoleh 1,249 undi berjaya menewaskan seorang lagi calon, Pengerusi Koperasi Pembangunan Melayu Raub Berhad, Dato’ Yidris Abdullah yang mendapat undi sebanyak 677. Menang dengan majoriti 572 undi.

Bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua, ia kekal menjadi milik penyandangnya, Prof. Dr. Mohd. Ali Haji Baharum dengan memperoleh undi sebanyak 1,209 menewaskan Prof. Madya Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan yang mendapat undi sebanyak 749 dan Haji Abd. Latip Haji Ismail dengan 128 undi.

Pencalonan bagi memilih jawatan Naib Yang Dipertua telah memihak kepada Haji Mustapa Kamal Maulut dari Koperasi Ukhwah Berhad dengan memperoleh sebanyak 1,055 undi, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah dari Koperasi Pekebun Kecil Daerah Lipis Berhad mendapat jumlah undi sebanyak 888 dan manakala seorang lagi calon wanita Hajah Armi Haji Zainudin dari Koperasi Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) Berhad dengan memperoleh undi sebanyak 760.

Ukhwah sasar miliki hartanah RM300 juta


Oleh Ainul Asniera Ahsan


KUALA LUMPUR 8 Jan. - Koperasi Pendidikan Islam Malaysia (Ukhwah) menyasarkan untuk memiliki hartanah bernilai RM300 juta dalam tempoh lima tahun akan datang.
Pengerusinya, Mustapa Kamal Maulut berkata, pihaknya sedang mengintai peluang bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara terutama di Mekah, Madinah, London dan Australia.
Menurut beliau, Ukhwah yang ditubuhkan sejak 11 tahun lalu, kini memiliki pelbagai hartanah termasuk jenis komersial, kediaman dan industri bernilai RM120 juta di lokasi strategik di ibu negara.
Antara lokasi hartanah milik Ukhwah di Taman Titiwangsa, Denai Alam, Shah Alam, Plaza Damas, Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Permaisuri.
Yang terbaru, Ukhwah membeli 24 banglo tiga tingkat yang bernilai RM2.8 juta seunit di Sri Hartamas.
''Kini kami menyasarkan untuk memiliki hartanah di sekitar KLCC, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Iskandar Malaysia'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau berkata, pelaburan yang dibuat oleh Ukhwah, sekali gus memberi peluang kepada Bumiputera menceburi bidang hartanah apatah lagi ia merupakan koperasi tunggal di Kuala Lumpur yang memiliki hartanah dengan nilai yang besar.
Menurut beliau, peluang pelaburan itu terbuka kepada semua individu dan badan-badan pertubuhan dengan jumlah pelaburan minimum sebanyak RM1,000 hingga RM50,000.
Untuk permulaan, Ukhwah menawarkan pulangan lima peratus setahun daripada jumlah pelaburan, ujarnya.
Mustapa Kamal menjelaskan, pelaburan yang dibuat oleh Ukhwah itu bertepatan dengan Dasar Ekonomi Baru yang menyasarkan pemilikan 30 peratus pemilikan aset hartanah.
''Sebenarnya, Bumiputera mampu dan berupaya menguasai lebih banyak hartanah di lokasi-lokasi strategik yang sebelum ini hanya dimiliki oleh kaum lain,'' tambah beliau.
Katanya, penguasaan hartanah oleh Bumiputera sekiranya ada koperasi yang lebih besar seperti Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) turut serta dalam pelaburan itu.
''Kami sedia menawarkan pengalaman dan kepakaran kepada mana-mana koperasi yang berminat,'' tambah beliau.